Tuesday, 8 December 2009

Pertembungan 2 budaya

Selamat sudah jadi isteri selama 4 bulan semalam. Alhamdulillah, Joe masih sayang pada saya yang suka menangis ni.

Sejak mula bergelar isteri, saya lebih suka buat kerja2 memasak. Lagi2 bila kat dapur tu ada TV. Boleh menonton Melodi sambil potong bawang untuk masak tengah hari pada hari Ahad. Masa zaman muda remaja dulu, saya lebih suka buat kerja mengemas. Lebih suka buat kerja yang tak bergerak seperti membasuh pinggan. Next suka ialah membasuh toilet. Pantang tengok ada lumut, jam-jam tu jugak boleh ambil berus scrub semua lumut. Tapi memandangkan Joe adalah pengemas yang cemerlang, saya pun buat penurunan kuasa kepada beliau. However, cuci toilet masih kerja rutin saya.

Memasak...

Saya dibesarkan dalam keluarga yang makan makanan basic. Makanan basic bagi definisi saya ialah ayam, udang, sotong, ikan (kembung, sardin, tamban, tenggiri, tongkol, selar dan bawal), daging, sayur (carrot, sawi pak choy, celery, kacang buncis, peria, bendi, kacang peas, cauliflower dan broccoli)). Saya tak makan ikan sungai, saya belajar makan pucuk betik, pucuk paku n pucuk ubi masa masuk Uni sebab masa tu susah nak cari sawi dan carrot). Saya tak makan organ dalaman, limpa, perut, hati, lidah etc, etc. Saya juga tak makan petai, jering, kerdas atau apa2 yang menyebabkan mulut dan urin berbau.

Sebabnya, chef keluarga iaitu mama saya tak masak makanan yang dia tak makan. Makanan yang dia tak makan ialah makanan yang saya tak makan. Papa saya pulak ialah orang Kelantan tulen yang makan segala2nya except petai dan jering dan beberapa lagi yang saya tak sempat tanya papa.

Situasi saya adalah seperti mama dan papa yang mana Joe adalah seperti Papa.

Joe juga seperti papa yang makan je ape yang dimasak oleh isteri. Tak pernah komplen. Sebab kalau papa komplen, kena pergi makan kat luar tapi papa takleh makan kat luar, perut die extra sensitip. Nak tak nak, kena makan jugak chef mama masak. (papa bawak lunch-box ke tempat kerja sehingga dia pencen, kiut kan?)

Kadang2 saya jadi buntu nak masak ape. Saya adalah jenis yang suke makanan pedas dan bercili tapi Joe takleh makan yang pedas2, nanti muka die merah2 masa makan then esoknye die sakit perut. Kalau ikutkan hati, tiap hari nak masak yang cili2 jer..

Saya tak suke masakan bersantan seperti kari, kurma dan kerutuk. (tak suke makan tapi tahu masak ;)

In the end, ada beberapa menu je yang available untuk dimasak.

Ada 2 menu kesukaan Joe yang saya suke masak, ikan bilis garing bercili dengan kentang potong nipis dan ikan keli masak cili. Itu pun, Joe yang tolong siangkan ikan keli. (geli ar pegang ikan keli >_<

Hari tu, saya cuba masak pucuk ubi masak lemak. Dah sudah masak, taste die pelik. Tak macam kat kedai. Daun pun extra liat nak gigit. Rupe2nye pucuk ubi yang saya beli tu dah tua. dah bukan pucuk lagi. Adoi, baru lar teman tahu. Padanla kuah die pun pahit2, extra klorofil dalam daun.

Menu favourite suami adalah jering masak sambal. Entah bile teman nak belajar masak menu ni dengan kakak ipar. Kalau masak pun, suami makan sorang. Teman memang tak lalu makan petai, jering dan adik-beradiknya ni.

Ni lar namenya perkahwinan. Duduk serumah dengan seseorang yang dibesarkan dengan cara yang berbeza dengan kita. Tapi takla terlalu berbeza sangat. Walaupun orang puteh cakap opposites attract, saya rase opposites tu tak boleh la terlalu extreme. Sorang kutu rayau, sorang suka dok rumah membaca Newsweek, tak ke haru rumah tangga?

Apa2 pun, dua2 kena belajar adapt. Dua2 yer, if sorang je tolak ansur, tak aci lar kan?

3 comments:

  1. alhamdulillah... moga bahagia ye. jgn tergigit lidah Wan :p

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....
    inchek joe blasah ajer makan aper yang ada...bahagia betul..

    p.s:aku juga tak makan organ dalaman tapi aku sangat suka petai...bakal isteri aku nanti WAJIB tau masak laksa...hahahaha

    ReplyDelete
  3. HAdi: Ooops, dah ter'gigit..hihihi
    Mal: Sebab die sangat understanding, lagi aku beria nak belajar masak makanan favourite dia. Petai? Wan tak boleh makan petai untuk dinner. Lunch je bleh..hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...