Sejak mula menjadi warga Putrajaya, semakin keraplah membeli makanan2 di sini. Lokasi, Presint 16 dan Taman Warisan.
Pengalaman saya di:
Taman Warisan.
Roti John.
Sampai di Taman Warisan, saya order Roti John. Lepas tu, pergi ke tempat orang jual nasi goreng kampung. Entah kenapa malam tu ramai betul orang. Tunggulah nasi goreng kampung Abg Joe masak sehingga hampir 15-20 minit. Dan bila dah siap, kembali ke tempat Roti John, orang yang sama boleh tanya saya kembali, "Nak order ape kak?"
Baru 15 minit dik takkan dah luper. Takkan dalam masa 15minit ada 1000 pelanggan sampai tak ingat order. Dan dah 15 min, takkan tak siap2 ordernya. Abg Joe pun cakap lah, tadi dah order Roti John ayam. Baru lah nak buat, tak pula nak minta maaf bila dah buat salah tu. Then saya sambung, "dari tadi takkan tak siap2 lagi." *bengang*
Ini bukan kali pertama berlaku.
Makanan tak sedap, servis teruk, saya boikot tempat ini.
Bagi saya Roti John di tempat ini adalah over-rated. Saya tak tahu apa yang orang kata sedap sangat tentang Roti John ni. Intinya ada telur dadar yang dicampur cebisan ulang suara CEBISAN daging atau ayam yang sekadar lekat kat celah gigi je, ada mayonis, kobis dan sos cili, Harga RM3.70.
Roti John di tempat lain, intinya memang ada ayam/daging berketul2, rotinya belah dalam disalut telur. Sos melimpah, harga RM3.50 -RM4.
Agaknya roti john di Taman Warisan ni sebab takde pesaing, mereka perlekehkan servis dan produk. Saya tak suka!
Nasi ayam
Ada 2 tempat jual nasi ayam, 1 nasi ayam kampung yang berharga RM5.50. Yang ni sedap, no doubt tengok harga la kan. Lagi yang belah dalam, murah sikit, bersekali dengan orang jual nasi briyani. Urgh, 1st time saya datang situ, ada anak2 lipas. Yucks! Saya boikot tempat ini.
Tempat jual makanan goreng eg: Nasi goreng etc.
Rasenya dah 2-3kali dah order nasi goreng kampung + telur dadar TAKNAK BAWANG. Sebab Abg Joe pantang makan bawang untuk mengelak bau badan (Serius berkesan sebab Abg Joe langsung tak busuk walaupun balik dari main badminton yang berpeluh2 sakan). Dan 2-3kali tu jugaklah penggoreng ini letak bawang dalam telur dadar.
Lebihbaik tak perlu tulis la kat kertas tu, kome buat salah jugak.
Kalau keadaan tak mendesak, saya boikot tempat ini.
Burger
Sama kes macam roti john. Datang order kat A yang sedang goreng burger then saya pergi order makanan lain. Bila datang balik, B tengah goreng burger, tanya saya nak order apa. Bila saya cakap tadi dah order sekian, sekian, B boleh menjawab, "tadi orang lain yang goreng kak."
"Dah tu, korang tak kerje tempat yang sama ke?", B kelu tidak berbahasa.
Burger banyak urat, servis teruk, saya boikot tempat ini.
Presint 16.
Nasi ayam
Jangan beli pada waktu petang. Timun dan tomato die dah busuk. Ayam juga terasa
***
Orang selalu mengadu tempat makan ni mahal, tempat makan tu mahal, teruk, kotor, ada lipas bla, bla, bla tapi mereka masih setia makan di tempat yang sama setiap hari. Sebab kamu semua masih setia makan di situ, pakcik/makcik tu pun tak kisah lar nak turunkan harga atau perbaiki servis/kualiti sebab pelanggan masih ada.
Jadilah pengguna yang bijak. Kalau tempat tu tak senonoh, makanan mahal, servis teruk, tak perlu la jejak kaki lagi di situ. Dan janganlah biar diri anda diperlekeh oleh peniaga. Takda anda, takda lah mereka.
Kita tak minta layanan seperti raja tapi cukup lah sekadar saling hormat-menghormati dan menepati apa yang sepatutnya anda berhak terima sebagai pelanggan.
Paling tak suka peniaga yang bagi makanan basi atau servis yang teruk/rude.
Dah 2 tahun boikot makan breakfast di Cafe E7.






