
Tiba di rumah pun dah hampir jam 12, pergi pusat beli belah yang dekat2 jerlah. Singgah Car*efour sebab nak cari baju kurung kecil untuk Niece Hani. Sebab mahal melampau, (tak logik baju kurung kecik simple harga RM79??!!!!), Ma akhirnya decide untuk jahit sendiri.
Singgah pula ke A*ON Setiawangsa. Amazing, tak ramai orang pun berbanding Wan*sa Walk yang kereta parking melimpah2 kat tepi jalan. Orang lain cari baju raya, saya beli periuk nasi. Heh. Beli periuk nasi yang paling kecil sebab periuk nasi sedia ada besar sangat.
Berbuka ayam percik lagi. Nyaman sekali... Ayam percik KL tak senyaman ayam percik Kelantan. Sis Yana, raya ni bawak balik banyak2 lagi, saya order berbayar untuk dibuat stok lauk :D
Hari Ahad, dimulai dengan menemani suami berkhidmat untuk negara ke rehearsel sambutan Kemerdekaan di Stadium Tertutup Bukit Jalil. Joe adalah penyelaras pengangkutan peserta2 yang buat persembahan, jadi kene pantau petugas2. Panas2 gini, nasib buat dalam stadium yang ada aircond. Persembahan yang paling menarik cuma abang2 Navy yang berbaju putih bersih pusing2 senapang. ngeeeee..
Nak ambil gambar dengan Sazali Samad dengan biceps nya yang berketul2, kehampaan. Tunggu orang kurang, last2 dia dah balik...
Balik tu dah hampir jam 1, tengok2 tayar kene paku.. sheeessssshhhh. 2 kali tragedi kereta. Nasib lar kedai tayar ade yang buka hari Ahad.
Lepas tu singgah Mega Sale dari kilang di Presint 2. Masuk2 tu, dah rasa gila. Bukan gila nak shopping sebab barang murah, giler marah sebab tengok ibu2 dan bapa2 bawak bayi2 kecil mereka bersesak2 bershopping. Ralat pilih barang, anak2 dibiar bersepah2. kecik, besar, dalam pram semua ada. Misi penculikan pasti boleh dijalankan dengan cemerlang di sana. Ada sorang akak ni, marah pulak anak dia yang sedang nangis, "Diam! Jangan la nangis, mak tak habis shopping lagi ni!!" Nauzubillah...
Hasil jelingan barang2 di situ, harganya lebih kurang sale di S*go.
Kusyen2 range harga RM20-RM40, bedsheet Ak*mi 220 thread count RM30-RM50, bedspread range RM80, biskut raya RM15, semua harga standard bila sale kat Ju*co or S*go. Ma*gi Tastylite murah giler la, tapi kene beli 4 harga RM12, kasut2 sukan lelaki tu, tak tau nak compare, baju kurung siap, sama harge dengan kedai2 pulau kat Car*efour Wangsa Maju, barangan elektronik, lebih kurang macam di B*st D*nki semasa sale.
Misi adalah mencari kasut kerja Joe. Jadi, barang lain2 tu jeling2 je tengok harga. Tak beli apa2 pun akhirnya. Bagus kan? Kejayaan cemerlang melawan nafsu pada hari tersebut. Rasenya, kami je kot yang keluar empty handed.
Berkeputusan ke P*rkson, Ala*anda. Pelbagai pilihan kasut kerja lelaki murah2 sehingga rambang mata. Dapat beli kasut dengan harga lebih murah dan cantik. Giler marah juga kat di sana sebab ramai budak2 berbanding orang tua. Ade 1 couple ni, anak dia siap ditepek cool fever kat dahi, pastu dibawa shopping pula. Istighfar lagi, semoga kami bukan begitu...
Beli juadah berbuka puasa seawal jam 4 petang. hehe, terkejut pakcik kat Rasa tu.
Pengajaran: Jangan tergoda, kawal nafsu anda semasa membeli-belah :D



