Mr.Joe masih dalam meeting walhal jam dah pukul 6.30pm.
Sejak ade camera baru ni kan, asyik nak snap gambar je. Jadi saja gatal snap gambar meja ofis yang menjerit-jerit kecil menyuruh saya buat 5S.


Gara-gara terlewat keluar minit mesyuarat, maklum balas tak mendapat sambutan. Lantak lah (Boleh tak camtu?)
Sebab semua orang dah nak balik, saya terpaksa keluar ofis jugak. Banyak sangat cerita seram berlaku kat ofis Aras 4 tu. Pack2 barang, tunggu Mr.Joe kat luar sambil main Diner Dash dalam handphone.
Tiba2, hujan turun, masuk balik tunggu kat sofa lobi utama bersama driver2. Lantaklah (lagi sekali) dan continue main Diner Dash.
Aiyo, dah nak pukul 7 ni. Sms Mr.Joe jap,
Chairman tak solat ke, ayat bisa-berbisa.
Ntahlar diorang ni .
Mendengus2 sambil main Diner Dash balik. Beberapa minit kemudian, dah bosan main Diner Dash. Dah bergerak 1 level yang sangat susah.
Apelar start meeting pukul 5.30. Tahu tak hari Jumaat ialah hari semuorang pulang awal. Ada yang nak balik kampung, ada yang plan nak tengok movie midnight, ada yang plan nak tido awal sebab esok nak gi jogging. Merampuih2 saya menunggu Mr.Joe. Tak marah Mr.Joe, marah Chairman meeting die. Sian Mr.Joe, kejap2 sms,
-
Ok tak tu?
-Tunggu kat dalam tau, jangan tunggu luar.
-Jap nak abis dah.
-Jap nak abis dah.
-Jap nak abis dah. (Bape kali daaaa)
Pukul7.30, dah gelap. Hujan turun lebat, kilat, guruh.
Mr.Joe tepon. "
Dah abis dah"
Then, baru teringat Bro Wan soh bawak balik cop. Camne nih, taknak masuk sorang2. Malas nak tunggu Mr. Joe temankan.
Masa Night Walk Modul Bomba, boleh jer jalan 2 km dalam estet getah disinari cahaya bulan dengan memakai helmet Bomba yang busuk. Oleh itu, ku gagahi jua masuk ke ofis berhantu itu. Bila lagi nak test power kan.
Cis, ofis gelap gelita. Takut, berlari2 ke tempat suis lampu. Berlari2 ke cubicle, ambil cop n berlari2 tutup suis. Fuh, selamat keluar dari ofis tanpa sebarang weird encounter.
Keluar2, Mr.Joe dah menunggu kat luar lobi.
Dah amik cop ker?Dah. Terus berlalu masuk kereta konon2 merajuk sebab kena tunggu lame.
Hehe.
Tapi tak merajuk lama pun. Masa nak solat Maghrib kat Surau Presint 16, Mr.Joe hampir jatuh tergelincir kat surau. Tak tahan nak gelak lar.. heeee