Monday, 30 August 2010

Putrajaya+3jam=KL

Seronok Sis Yana pulang ke KL nak berbuka bersama, maka hari Jumaat lepas, berkobar2 nak balik KL terus dari pejabat. Baju2 nak bermalam di rumah Mama dan barang berkaitan, dah kemas masa waktu rehat panjang hari Jumaat tu.

Jam 5.30 keluar dari Putrajaya. Bahagia tengok tiada kesesakan di simpang ke UPM. Owh, detik di hati, "mesti tak sesak punya, hari ni orang Selangor cuti. Lagipun Selasa Merdeka, mesti ramai ambil cuti Isnin dah balik kampung pagi hari Jumaat."

Jangkaan meleset.. Selepas tol Sungai Besi jam 5.50, dengar kat radio, ada kemalangan kat depan TUDM, lepas tu Jalan TAR sesak teruk sehingga bulatan Dato' Onn ditutup, Jalan Bukit Bintang dan depan Tabung Haji sesak. *menangis*

Tapi masih berfikiran positif dan membaca surah Ad-Duha tak berenti, semoga perjalanan lebih mudah.

Kesesakan bermula seawal Petronas selepas tol Sungai Besi. Pada jam 7, baru sampai simpang nak ke SMART Tol tu.

Baru nak sampai simpang ke SMART Toll

Dan akhirnya, bunyi azan berkumandang di radio, baru kat depan TUDM. *menangis sambil terbayang2 ayam percik kelantan yang dibawa oleh Sis Yana*

Apa yang boleh dimakan ni??? perjalanan masih jauh. Perut dah pedih sebab dah memang sampai waktu berbuka, secara psikologinya, perut dah mula bekerja keluarkan enzim pencernaan bersedia untuk penerimaan makanan.

Haaaa, nasib bawak biskut raya yang nak bagi Mama. Maka, hari Jumaat tersebut berbuka dengan biskut Almond Orange. Sedap2, sampai habis 1 layer belah atas. Pastu tekak kering, takde air minuman....

Kereta2 lain kelihatan asap berkepul2, bukak puasa dengan rokok la tu..

Jam 8.30 malam, selamat sampai rumah.. Oh, ayam percik terhidang di meja makan..


Pengajaran: Kita merancang, Allah menentukan. Bawak la air letak dalam kereta di waktu unpredictable begini. Kesesakan di KL memang gilers.....

4 comments:

  1. yeay dpt ayam percik..lame giler jam tuh..

    ReplyDelete
  2. alahai.. ciannyer.. pengajarannya.. next time kalo nk gerak, bw bekal siap2

    ReplyDelete
  3. Nizabeba: Memang sangat lame. Nasib bukan saya yang drive :D

    Ina: Tak sangka, ni paling teruk rasenye. Dulu paling busuk pun before kul 8 dah sampai rumah...

    ReplyDelete
  4. ok la tuh.. jgn jd mcm aku thn lepas.. ms otw blk utara.. kunun blagak la.. bole smpai kg sblm sahur.. alih2 apa pon tak sempat smpai.. gerak mcm sipot lagi.. minum air je sahur.. huuhhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...