Monday, 1 November 2010

Wealthy students

Bermewah2 dan pergi clubbing bila dapat duit biaya siswa.. <-- aktiviti segelintir siswa siswi.. Hujung sem makan nasi dengan telur..

Saya terkejut bila mendengar amaun biaya siswa dalam negara yang diluluskan oleh uhuk, uhuk ni pada tahun 2007 ditingkatkan sebanyak 67% per tahun.. Amaunnya sangat2 banyak.. (Lepastu fikir2 balik, 2007 selepas tu 2008 ada buat, ehem, ehem..)

Bayangkan pada zaman saya, yuran per semester dalam julat RM1-2K ikut berapa banyak kredit hour yang diambil dan tambahan sikit bagi yang tinggal di kolej kediaman uni, maka ada lebihan dalam 1K++. Bagi siswi penjimat seperti saya, uhuk, uhuk, boleh save dalam 500 ke 800/sem, kumpul2 lepastu pergi buat braces..haha

Dan sekarang, fuh, banyak betul.. Standard tu pada zaman saya, hanya budak Pet*****, Es**, Sh***, M****** je. PTPTpuu pun dalam range cukup2 boleh hidup seperti budak biaya siswa gomen ni.

Saya setuju jika review kadar dibuat untuk course2 kritikal seperti Medic, Dental dan sealiran, tapi untuk course lain yang tak berapa mahal, rase macam tak relevan. Boleh naik ikut kenaikan taraf hidup tapi kenapa banyak sangat?? Lepastu, saya tertanya pulak, budak U**M dapat kadar sama ke sebab setahu saya yuran di sana dalam beberapa ratus je per sem. Perlu tanya penyain surat tu lagi. Sejak aritu asyik kacau dia pasal perkara ni. haha

Pemilihan adalah computerized, syarat pertama, mesti dapat pointer ditetapkan kemudian lihat tanggungan dan pendapatan isi rumah..

Adik saya bengang. sebab, ehem.. Tidak dapat dinyatakan di sini, sensitif..

Ape2 pun, saya kata pada adik saya, biarlah apa orang nak buat, yang penting adalah keberkatan duit yang diterima. Lepas tu, ayat garang sikit, belajar2 la jimat dah tahu mama papa tanggung..hehehehe.. JANGAN NGADA NAK ADA AWEK!!! Dan beliau juga sedang berusaha gigih untuk skor sem 1 dan apply sekali lagi.. Good Luck :)

6 comments:

  1. yaya..suh adik ko wat part time.. masuk rotu.. trun trening dpt extra money.. ujung mgu turn latihan sejam rm3.50.. kurang2 ko trening 12 jam (dh dpt rm42.00 seminggu) ujung thn plak kalo ko tak de ponteng latihan dpt bonus rm750 (tu masa zaman aku.. skrg tak tahu la.. dh review lagi tinggi harga yg diorg byr)

    **itu cara aku berdikari kt U dlu.. tak mintak duet kt mak pak aku pon.. plus dpt makan pree smping slim body! ahaks**

    ReplyDelete
  2. tu laaa...budak2 course architecture n engineering pun pakai duit banyak. lagi2 kalo ada projects itu ini. every sememester duit keluar macam air. huhuhu...

    ReplyDelete
  3. 2007 eh. hahahahaha. aku rasa aku tau apa yang kau cakapkan nih :) sebab aku rasa time tuh, aku pun bengang jugak.

    hehe. takpelah, rezeki.

    ReplyDelete
  4. Ina: Adik aku, ROTU??? ngeh3, jgn harap ar.. Budak tu 24/7 dengan gitar dia..

    Niha: Certain courses memang patut lar review kadar tu. Tapi archi, tak ramai yang dapat kan sebab post tu pun tak banyak dalam govt. Itu pun mempengaruhi pengambilan..

    Mala: Tu lar, rezeki budak2 sekarang, tapi kalau amaun tu dikurangkan, mungkin ramai yang boleh dapat..

    ReplyDelete
  5. yaya, 24/7 gitar lagi bgus masuk rotu.. tiap event ble tunjuk skill =p

    ReplyDelete
  6. Ni pun, tiap kali event kolej, muke dia ade.. Glamer ar konon dengan rambut ala2 noh-huj*n-awak-busuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...