Saturday, 22 January 2011

$

Di mata saya ada $ bila bos suruh tanggung kerja.. Hanya $ pengubat hati bila tiba2 kerja banyak tak menang tangan antara nak siapkan kerja hakiki dan kerja yang ditanggung.. "Yaya ingat lah $, bersabarlah lagi 6 bulan, bayangkan kitchen cabinet yang cantik2 itu.." bermain2 di fikiran.. Sungguh tidak bermoral.. hahaha

Menanggung kerja itu perlu sukarela bila di'offer'. Kalau kita offer seseorang tu tanggung kerja dan di matanya terlihat kegembiraan, syabas. Tapi masa saya dioffer, di mata saya hanya pandangan kabur tidak menunjukkan minat. Ini kali ke4 saya tanggung kerja. Saya tahu bebannya.

Untuk pembangunan kerjaya, menanggung kerja ada merit. Itu saya suka. Oleh kerana di kementerian ini, saya tiada harapan untuk dapat merit bagi menghadiri kursus2 atau mesyuarat2 antarabangsa, saya perlu kumpul merit dalam skop yang berbeza.

Yer benar, menanggung kerja mendapat 1/4 gaji hakiki yang ditanggung. Maka, malulah saya kepada Allah sekiranya saya masih pulang pada waktunya, sedangkan staff saya masih bertungkus lumus menyiapkan laporan. Malu kepada staff dan malu kepada diri sendiri.. Sekiranya saya telah dibayar untuk berbuat kerja demikian, saya wajib siapkan kerja tersebut setimpal dengan $ yang diberi.. Hendak ambil cuti pun saya malu sekiranya kerja sedang dalam keadaan memuncak..

Tetapi, dalam 2 minggu yang lepas, rasa tidak tertahan lagi. Apetah lagi bila diminta membuat sesuatu yang bukan dalam skop menanggung kerja saya. Sekarang saya tahu kepincangan yang berlaku dan saya kini berada dalam situasi "bahaya" yang boleh membawa stress melampau. Saya tak mahu stress, saya mahu mengandung.. hehehe

Saya masih boleh menghadapi kerja banyak, tapi saya tidak suka menajdi mangsa politik pejabat.. Itu saya sangat2 benci.. Kalau saya tak boleh tahan lagi, cukup2lah tu. Cari lah calon lain yang berkelayakan.

Terima kasih tak terhingga kepada suami yang memahami, yang setia mendengar celoteh saya, yang tidak kisah makan masakan orang lain kerana isteri tak sempat masak, yang sabar menghadapi mood swing saya, yang tolong mengurus hal rumah tangga.. Sayang awak sangat2..

Apa2 pun, permulaan tahun 2011 yang baik dengan perkara2 berikut:
1. Lulus PTK;
2. Dicalonkan untuk dapat "cek" (hehehe); dan
3. InsyaAllah, gaji batch saya naik tahun ni..

Alhamdulillah..

6 comments:

  1. tahniah. tp aku xdpt tamggung kerja still kene balik jam 7 - 8 mlm. sib baik wanie dh pndh. ada aladan nk balik jam 6 ptg sbb kene ambil adwa. hehehe...

    ReplyDelete
  2. waaaahhhh dapat APC! tahniah!

    ReplyDelete
  3. hahaha tahniah lulus ptk! :) dan tahniah juga jika dah confirm dapat apc.

    aku penah tanggung keje juga, tapi sekejap. sbb kekadang aku rasa macam tak adil, since colleague aku satu lagi pun ikut bekerja dan sama-sama tolong, bila aku dapat gaji menanggung tuh, aku kasi dia half.

    take care yaya, jangan stress stress and persetankan hal politik ok?

    ReplyDelete
  4. Anwar: Jabatan untuk high-flyer memang macam tu.. hehehehe

    Hadi: Thanx, calon je baru :)

    Mala: Thank you :) Nanti aku dapat duit menanggung tu pun, aku nak share dengan staff yang banyak tolong aku.
    Bertambah stress sebab mulai bulan 2, aku takda bos. Dia dapat sambung belajar.. Kalau takda pengganti, aku kena lead the unit bila naik empatplohempat.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Ikram: Thank you :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...