Bila kita rasa kita hebat, kadangkala kita pandang rendah pada orang lain. Bertudung bulat, berstokin tak bermakna kita lebih baik berbanding yang hanya bertudung segi tiga. Sifat riak tu tak sepatutnya ada dalam diri kita. Sama macam bila kita riak membawa kereta "Aku tak pernah accident", tengokla, lagi dua-tiga hari korang akan diduga Allah..
Adalah suatu yang sangat indah bila kita lihat perubahan yang sangat drastik kepada seseorang yang dahulunya boleh dikatakan tersasar dari ajaran Islam yang sepatutnya. Kini, dah bertudung, gambar2nye yang dahulu agak terdedah telah dibuang daripada photos FB. Dan beliau sangat2 bersyukur diberi petunjuk sebelum ajal datang menjemput. Dia sangat2 cantik bertudung sekarang. Saya suka.. Rasa macam nak peluk dia erat2..
Orang selalu cakap, orang yang tersesat ni, tak dapat hidayah daripada Allah dan Allah hanya memberi hidayah pada insan2 yang dipilihNya.. Tapi sesetengah ulamak berkata, hidayah itu perlu dicari dan insyaAllah ia akan datang pada kita.
Sesetengah daripada kita, memandang serong pada saudara baru. Kononnya mereka yang dilahirkan sebagai Islam lebih baik daripada yang baru memeluk Islam. Bagi saya, korang silap. Mereka yang baru menemui Islam ni (yang memeluk Islam bukan sebab perkahwinan) kebanyakannya lebih baik daripada mereka yang dilahirkan sebagai Islam. Kerana bagi saudara baru ini, mereka nampak kesucian Islam itu daripada pandangan seorang yang tersasar sehingga membuat mereka tertarik untuk memeluk Islam. Mereka lebih menyayangi Islam dan mendalami Islam dengan sebaik2nya kerana mereka bersyukur mereka menemui sesuatu yang sangat suci.
Saya dah bosan dengan pandangan2 pelik orang di surau shopping complex ketika saya hendak solat. Saya pernah terdengar bisikan budak kecik kepada ibu mereka "Nape orang Cina tu solat mak"
Saya tak geram dengan ayat budak kecil tu, saya geram dengan reply mak nya, "Dulu je dia Cina" dengan nada yang macam memperlekehkan.
Helo, if betul saya saudara baru, saya kecik hati tau.. Tak boleh ker bagi jawapan yang lebih bernas seperti "Dia bukan orang Cina, dia orang Islam dan dia sayangkan Allah, sebab tu dia solat"
Dilahirkan sebagai Islam tak bermakna kamu tu superior sangat dalam Islam. Bila saudara baru cuba nasihatkan sesuatu, jangan la dibalas dengan ayat, "Kau tu dulu kafir, macam kau tahu banyak sangat". Ustaz Ridwan Tee menangis bila bercerita tentang hal ini.
Nauzubillah himinzalik, minta Allah jauhkan dugaan ini kepada saya dan anak cucu cicit saya. Tapi saya geram la tengok orang2 Melayu yang letak Religion = "Muslim" dalam FB die tapi dengan bangganya dalam album ada gambar tengah minum beer. Ko nak buat taik, ko buat sorang la, jangan babitkan agama tu sendiri.
Dah banyak negara2 Islam yang Allah jatuhkan bala. Tak mustahil suatu hari nanti adalah Malaysia. Bacalah qunut nazilah supaya dijauhkan bala kepada kita.
~Saya tak pandai agama. Cuma meluahkan apa yang saya rasa, apa yang saya tahu.

aku suka entry ko kali ni.
ReplyDeleteko ingat lagi tak cikgu osman masa kita sekelas darjah 6?masa tue,betapa dia memandang aku sebelah mata bila dlm kelas itu hanya kerana aku dtg kelas dgn tdk mnutupkan kepala.walaupun waktu itu kita belum matang utk mebuat sebarang penilaian tentang hidup,tapi aku sering rasa dipulaukan hanya kerana issu itu.
salahkah aku wpun ketika itu aku belum melangkah masuk usia baligh?hinakah aku bila ade kawan2 mendikriminasikan aku untuk mghulurkan salam persahabatan??
*tetiba aku rasa emo plak
uish, apsal nih yaya? macam emo je. hihihi. well, you know my stance in this. i've spoken so much about it :)
ReplyDeleteFitri: Aku still blur tgh cari wajah ko dalam ingatan aku yang tak organzie ni.. Bagi nama penoh mesti aku ingat.. InsyaAllah..
ReplyDeleteAla, cikgu Osman mase tu saje jer.. Ler, ko dipulaukan ker? Balik ni aku nak balik tgk album lame.
Mala: Memang tgh emo.. hehehe.. Semalam jer mcm emo.. skrg dah ok =)
Lain kali buat disk defregmenter 2 kali seminggu.Hehehe!nnti la aku add dorang.kalau sekalipun aku dah add,belum tentu derang kenal aku lagi ke tak.
ReplyDeleteFitri Asrah Bt Razali.cukup takk?ke ko nk no telefon aku?hehehe!
Larikkkk!!
Aku kenal!!!!
ReplyDeleteKo dah kawin kan? hehehe
If aku cerita adegan ko tersepit bas kat budak2 smekses, mesti diorang ingat punyer lah =) hehehehe
oit..oit..!!
ReplyDeleteklu cite tersepit bus tue,aku leh terima lar.tapi aku belum kawen lagi la!!mne ko dge khabar angin yg mmg angin nih??
knape aku dgn bus begitu sesuatu??zaman kanak2 yg memalukan.kesain aku!!
ReplyDeleteAlamak, tu Fitria lar..
ReplyDeleteSalah Fitri pulok..
Maafin..
Relax ar, aku pernah berlari pakai serkop jer masa PJK =p
fitria da kawin eh?alhamdulillah.
ReplyDeletetakpe..kamu lebih somey lagi2 klu lari dgn serkup jek.
kirim salam kat sesapa yg masih ingat aku..=)