Semalam tengok berita dan ada kisah keluarga miskin anaknya 7 orang.. Anak tak didaftar kelahiran dan tak ke sekolah.. Alasan anak tak didaftar kelahiran sebab ayahnya pernah ditipu bahawa nak daftar lahir kena bayar RM500. Jadi ayahnya serik..
Kejam ke if saya kata, kalau kurang mampu, jangan la beranak banyak.. Yer, Rasulullah menyuruh umatnya beranak banyak supaya meramaikan umat. Tapi if nasib anak terumbang-ambing, tak ke sekolah, tak tahu 3M, bila besar stress lalu menjadi mat rempit, merompak, jadi GRO sebab tak tahu nak buat kerja lain, umat Islam yang macam inikah yang kita mahu?
And then, semalam berita pasal mat rempit, ditemuramah mat rempit ni punca dia merempit, dengan lancar dia kata, "sebab mak bapak. Kat rumah stress jadi kita merempit ar. Hilang stress sikit." Amboi2 senangnya ko salahkan mak bapak ko eh..
Anyway, pasal kemiskinan tegar ni, member2 yang buat tajuk kemiskinan tegar masa Penempatan Daerah boleh bagi komen kot. Tapi dari apa yang saya dengar mase kelas penempatan daerah (time mata terbukak luas tu kan), banyak juga $$$ yang diberi kepada mereka. walaupun tak dapat hidup mewah, rasanya cukup untuk memberi yang asas kepada keluarga dan anak2..
Anak2 yang dari golongan ini dapat RMT, then duit saku, yuran sekolah free, mungkin penambahan pada yuran PIBG, etc, etc.. (Tapi if chekgu2 jenis yang gemar pakai buku kerja mahal2, memang masak la budak2 nak membeli, pakainya 2-3 muka je. Musykil jugak saya pada guru2 yang gemar sangat beratkan beg budak2 dengan buku kerja. Agaknya dapat komisyen dari syarikat buku kot bila dapat jual ke anak murid???)
Geram jugak la kan bila JKM datang rumah mereka2 ni nak bagi sumbangan bile tengok ade 1 stack majalah Mangga.. Orang kata jangan bagi ikan, bagi pancing.. Pancing macam mana la nak diberi kepada mereka ni?? Pemberi pancing atau ikan pun jangan la simpan untuk diri sendiri..
Menulis sekadar pandangan seorang layman yang tak buat research hanya sekadar observation.. Dalam hal masyarakat kita yang semakin sakit ni, tak boleh la menuding jari pada 1 pihak je,
Mak bapak tak pandai jaga anak
Cikgu tak pandai mengajar
Kerajaan tak buat sebarang tindakan
Diri sendiri? takde akal fikiran nak fikir mana baik dan mana buruk??
Islam itu lengkap dan sempurna.. Berbaliklah pada ajarannya dan kita pasti akan mencapai kegemilangan. InsyaAllah..

aku tgk jgk berita tu. tp aku yakin ada sbb lain dia x daftar. mungkin si bapak bukan warganegara atau si emak bukan warga negara.
ReplyDeletex kn la sampai anak 7 dok bodoh mcm tu jgk.
mana peranan jiran-jiran? x kan jiran2 x pelik tgk anak x pegi sekolah.
x kn jiran bengap sangat samapi x ambil port langsung pasal budak2 tu.
kalo mcm tu, kita mengalami krisis sosial yg amat teruk skrg. mgkin terlalu tumpu kpd pembangunan fizikal, kita terlupa pembangunan rohaniah.
tiap kali tuding jari kat org lain, ada 4 jari lagi tuding kat diri sendiri. itulah manusia...
ReplyDeletedah tau tak terbela yg dia buat anak ramai-ramai tu apahal??
well to tell u the truth, my daughter even befriended with some kids who received no pocket money from the parents, even a single cent . Always got response, why none of the balance from her daily allowance goes into the tabung, she always said, "kesian kawan tak makan, mak dia tak bagi duit." I wonder whether the teachers aware of the kid's condition?
ReplyDeleteAnd parents too. Ini zaman millenium. Zaman dulu-dulu, memang ramai miskin tegar. sekarang pelik kalau anak tak diberi duit belanja since its about money these days.
Saying these, I'm not really calculative bout the moolah thing. More worries on the kid's motivation to go to school as these kids might be drop out someday.
Hope we can think something brilliant like the pancing konsep.
I wish the Rancangan Makanan Tambahan and Program Susu Sekolah is still there to exist.
babe,
ReplyDeletekat kampung angkat aku dulu, nak ikutkan ramai je yang berduit. tapi mentaliti masing-masing la kut, mentaliti orang miskin.
duit banyak, anak tak antar gi sekolah. tak peduli pasal pelajaran anak-anak langsung. aku la yg sebok2 marahkan anak2 dia suruh study, boleh tak? duit banyak, tapi still harapkan bantuan kerajaan.
aku ingat, mak ayah angkat aku nak mintak risda buat jalan masuk gi kebun getah dia. i was like, "waaaaa, gi menoreh pun malas, nak mintak special treatment lak."
sampai sekarang malas nak jumpa diorg.
to solve hardcore poverty is to break the cycle. even dalam millenium development goals (MDGs) as stipulated by the world bank, hardcore poverty is one of the goals yang kita nak achieve. takleh juga salahkan the parents for having too many kids because they are not educated on family plannings.
ReplyDeletetapi poverty is still a big issue to tackle. susah. sebab melibatkan ramai pihak and as usual, bagi duit banyak2 but somehow tak sampai ke target. mesti hilang atau kurang di tengah jalan. tak faham betullah.
yaya, mase aku tgk berita tu aku pon ckp benda sama. sama lah ngan bersamamu..xlarat nak tgk org pura2 miskin.mkn pisang rebus konon, tp kat tgn ade gelang emas.wth? tp yg penting aku pon bising bile asek sebut ayat cliche spt......' kalau boleh dpt bantuan drp KERAJAAN...bla..bla..bla..."
ReplyDeleteGet a job, useless!!
manusia x pernah cukup
ReplyDeletenaluri manusia itu
sekiranya diberikan 2 gunung emas
mesti berkehendakkan gunung emas yg ke3..
Rosli: Aku pun macam syak yang mereka tu bukan warganegara. Tapi anak2 die sehat and takde la kurus giler macam tak cukup makan.
ReplyDeleteHadi: Aktiviti buat anak bile tak de keje lain.. Malaysia tak nak buat family planning macam kat Indon ker, ketuk beduk sebagai sign supaya makan contraceptive pill..hehehe
Min: RMT and susu sekolah dah takde sebab orang2nye corrupted. Sekolah bagi duit kat kantin supaya buat makanan untuk student, dihidangnya makanan basi. Susu sekolah tak jaga quality that led to contamination..
zaman aku sekolah dulu, jarang2 la dengar kes food poisoning ni and aku sangat envy makanan RMT sebab parent aku bekalkan aku makanan and pocket money 30sen je mase sekolah rendah..
Ara: Nak wat camne, parents sendri sekolah tahap mana je. Family angkat aku pun ade tanah berekar tanam getah, tapi tak diusahakan sebab die cakap lori susah masuk nak angkat getah sekerap. Kalaulah mereka sumbangkan wang sikit sorang untuk buat jalan yang lebih elok, diorang boleh dapat untung yang lagi lumayan kan?
Mala: True poverty happens everywhere. Tapi aunts and uncles aku yang cina sentiasa berpegang kepada prinsip, "yang penting kita rajin kerja, anak pergi sekolah, makan cukup. lain2, belakang kira.." Bagusnya if semuorang fikir macamtu kan?
Hanie: Rantai zhulian kot? hehe, but still bagi interpretation yang salah pada orang yang memandangkan kan?
Ryo: Tapi kenapa naluri manusia yang tak elok ni kita nampak pada orang muslim sahaja?? pastinye sebab syaitan usaha lebih gigih untuk menyesatkan orang Islam.. dan mereka yang ikut nafsu pasti akan tersesat..
tah ar..bukan nak membebel..tp kalo org miskin, anak ramai...org sederhana atau kaya..anak sorang dua..jarang nmpk anak berdozen cam org miskin..huhuhuhuh...
ReplyDeletetp maybe sbb miskin, mlm tade buat ape sgt, so tade mende lain kecuali tooot ar kot...tp tah ar, kalo ikotkan logik, kita miskin, tanggungan pon mesti la kecik kan? so, kene la rancang hidup~