Monday, 28 September 2009

Berkesan sungguh..

Pagi semalam, saya dengan tidak sengajanya telah terpegang penutup periuk panas semasa mengahangatkan lauk di kampung. Sebab ada kakak ipar, takdelah saya menjerit kesakitan. Control beb. Lalu saya telah membuat muka hampir menangis menuju ke suami yang sedang bermalas2an di katil dan menunjukkan ibu jari saya yang melecur.

Suami membawa saya ke bilik air lalu menggosok sabun mandi kering ke ibu jari yang melecur tersebut. Suami cakap, jangan basuh dulu. Maka berlangsung sesi merengek2 sebab jari yang sakit dan mengomel lokasi melecur tersebut akan menggelembung. Suami cakap tak.

Dan pagi ni, jari saya telah kembali normal. Menakjubkan!

Guna la petua orang tua2 ini yang memang ternyata berkesan.

2 comments:

  1. kenapa bila aku baca jari melecur & suami atas katil tu aku membayangkan upacara penyembuhan yang agak ekstreme?


    Muahahahahaha....



    *jaga jari baik-baik ye*

    ReplyDelete
  2. Ahahahaha..

    Upacara penyembuhan extreme tidak boleh diceritakan kepada orang ramai :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...