Monday, 14 September 2009

Kegilaan

Bila tiba hari raya...
Semua insan jadi gila....

Gila shopping barang rumah..
Kenapa tiap kali hari Raya mesti beli langsir baru, perabot baru lalu berhutang di Courts yang tanpa cengkeram tu membelanjakan duit nak beli barang sekolah anak2. Lepas tu marah Kerajaan sebab takde Bonus hujung tahun.

Gila nak beli biskut raya banyak2 warna pelangi..
Kat ofis ni memang giler shopping biskut raya yang hargenye sangat tak reasonable. Ade plak 1 balang biskut kecik yang max boleh muat 40biji dijual dengan harga RM28?? Lagi nak kelentong aku yang budak belajar food science ni, cakap biskut kopi tu tak gune nescafe. Aku tanye die bis tu guna kopi ape? Kopi yang ade hampas cap Hang Tuah tu ker? ke guna coffee bean import dari Brazil yang membuat harge melampau tinggi. Die tak mo layan aku. Aku pun tak nak beli.

Super boss pun tak terkecuali menjual biskut bangkit yang besar gedabak bersaiz hampir 2/3 telapak tangan aku. Bagi aku macam membazir hidang biskut besar2. Sebab tak semua ibu bapa kat luar sana macam parents aku yang sentiasa menjegilkan mata kat kami semua bila pinggan kami penuh makanan atau biskut raya tak habis bila melawat saudara di Hari Raya. Jadi, hidangla biskut raya kecil2 comel tu.

Bab biskut raya, samada aku buat or aku beli yang kat Tesco RM9.99 sebalang ade 50 biji tu. Rasenye sama je macam yang harga RM20 kat ofis. Nama syarikat pengeluar boleh check dengan JAKIM untuk halal. Si suami pula masih menuntut janji aku untuk membuatnya kek coklat yang sampai sekarang tak dapat2. Hehehe. Ma dah ade oven baru, nanti saya buat eh sayang.

Gile shopping baju, tudung raya.
Baju raya aku adalah baju kurung atau baju kebaya biasa tanpa renda atau lace2 jarang. Baju paling glamer aku pernah pakai adalah baju sanding aku. Baju jarang adalah sama sekali tidak dibenarkan oleh si suami yang jeles itu. Bagi aku, tudung berharga RM50 untuk tudung kecil ada awning berbatu itu tidaklah murah. Mahal atau murah itu adalah subjektif bergantung kepada kemampuan. Tapi bila seorang N17 berkata kepada aku batik Noor Arfa berharga RM350 adalah murah, aku rasa nak pengsan.

Aku beli ikut kemampuan. Sesetengah orang berusaha keras membeli handbag tulisan besar bling2 "C", wallet LV, kasut Nine West, speck hitam CD, oleh sebab tiada budi bahasa, pembawakan diri yang poyo, bagi aku kalau die beli kat KLCC pun, aku cop dia beli kat Petaling Street. And kadang2, orang yang berpakaian sederhana, tapi budi pekerti baik, bersopan, apa yang dia pakai nama mahal dan classy.

*Pada ketika ini terbayang Sis Yanie memperagakan dengan gaya gedik 1 beg Guess dengan logo G sebesar alam "Look at me, look at me, I'm wearing a G bag". Kata Kak Yanie, orang2 yang sengaja beli barang2 untuk menayang jenama adalah orang yang tidak secure dengan diri sendiri. Dia nak orang lihat dia dan kagum dengannya kerana mampu membeli barang jenama mahal, therefore, aku adalah orang hebat*

Beli lah barang yang harganya sedikit mahal, jangan mahal sangat dan guarantee ade kualiti. Wallet yang aku pakai sekarang dah hampir 7 tahun usianya. Sis Yanti bagi pada birthday aku yang ke 19. Wallet leather yang sangat tahan lasak. Warna hitam yang kalau kotor tu, memang takkan visible punye. Dan aku takkan ganti wallet baru sampai die lunyai.

Gila makan.
Selagi tangan tak sakit bawa plastik warna merah, oren, kuning, selagi tu dia pusing dan pusing PARAM aka Pasar Ramadhan (hahaha, akronim yang baru dibelajar dari Fird). Lepas tu, makanan tak habis, buang dalam tong sampah. Tengok la plak bile tibe jamuan raya jabatan/kementerian nanti. Amik makanan tak ingat dunia, pastu tak habis.

Gila sanggup berhimpit di Jalan TAR atau Jalan Masjid India. Lagi gila yang bawa anak2 kecil pastu tak pakai mask. Dahle orang Malaysia ni bersin dan batuk tak reti tutup mulut. Euwwww

Gila main mercun sampai putus jari.. Orang Cina sambut Gong Xi Fa Cai, orang India sambut Deepavali tapi yang putus jari, anak orang Melayu.. Ait??

Gila bawa kereta laju2 nak balik kampung tak ingat orang tersayang.. Macamla kampung tu akan berlepas ke bulan kalau terlewat 30minit. Sebab ko punye 30 minit, orang lain tersangkut kat jam 3-4jam. Tak campur yang maki hamun sebab jadi penyebab jam..

Pening, banyak orang ade penyakit kegilaan melampau....

Patutnya bulan Ramadhan jadi lebih bersih dan suci, banyak orang gile lagi ada....

Joe kate die nak beli baju Melayu jenama Nagoya berharga RM40. Suka hati lah bang oi.. :) You look great in everything you wear.

Tamat sudah cerita orang gila menjelang Raya.

2 comments:

  1. aku suka baca hang punya blog

    biskut raya : betoi...aku pon amik yang kakak aku tempah kat kawan dia and then biskut C4 yang RM13 tapi nampak cun melecun itu...p.s : kat mydin RM9 je weih...aku nak rasa gak kek cekelat ko tu...

    batik RM350 murah? : giler arrrrr...aku jangan kata RM350...RM35 pon aku dah pikiaq bratus kali...aku pun sama pengsan cam hang...

    barang mahal : aku pernah baca dalam newsweek apsal LV still boleh catat keuntungan walaupun dalam economic recession ini? jawapan mudah...quality tiada tandingan...lifetime guarantee...

    PARAM : aku pi beli ala kadar yang kompem aku habiskan....and kalau aku pi jamuan raya pon, aku memang tak tau malu pi jalan dua tiga puluh kali kat meja hidangan daripada amik slambak letak tapi tak abis...

    Jalan TAR : aku pi...wajib...sebab memang murah...and kain sedap pakai...tahun lepas aku beli thai silk RM50 (baju yang aku pakai jadi pengapit cik abang hang tu la)..tahun ni target nak SLB...

    main mercun : one word - BANGANG!

    pecut : heheheeh...cik abang ko pon bleh tahan gak...marah skit dia..huahuah

    ReplyDelete
  2. Thanx :)

    Abg Joe approve baru boleh bagi ko makan kek aku ;) Sampai bila baru aku mampu beli beg LV. Aku orang gila jugak sebab nak try gi Jalan TAR Khamis ni ;) Joe bawa slow je sekarang. Ingat orang tersayang :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...