Tuesday, 11 May 2010

Penyebab

Memang sangat genius ar arkitek Putrajaya ni bina lampu isyarat dan tempat tunggu bas beberapa meter sebelum pintu masuk Kompleks E.

Sekarang, bas terpaksa berhenti selepas pintu masuk Kompleks E pada waktu pagi, penumpang bas pulak akan melintas kat kenderaan yang banyak bertali arus nak masuk Kompleks E.

Sekali melintas, seorang.... 2 orang... 3 orang..... berjalan ala2 model dan courtesy untuk angkat tangan berterima kasih kepada kenderaan yang berhenti tu jangan harap la kan.

Pak guard kat tepi, setakat berdiri, sesekali angkat tangan suruh kenderaan jalan tu apa fungsinya? Kenderaan tau dah, memang kene jalan.

Tak boleh ke Pak Guard tu tahan kejap orang yg berjalan nak melintas tu bagi ramai sikit dalam 10-20 orang, baru bagi mereka lintas sekali harung. Takdelar kenderaan kejap2 kene berhenti, kejap2 kene berhenti bagi jalan kat sorang.. dua orang...

Kalau Pak Guard malas sangat, tolong bina jejambat untuk orang melintas..

5 comments:

  1. pak guard tu cakap, dalam kontrak, tak cakap dia kene jaga jalan.so, he just mind his own biz.

    ReplyDelete
  2. Tu ar, mcm Wan cakap, sebab tu die jadi guard. straightforward.. A is A..

    ReplyDelete
  3. actually penyebab utama jem kat situ ialah junction yg terlalu dekat, selepas traffic light. sape ntah punya idea. bengang je. planner kot. buat master plan tak fikir future development. eh, ke architect? :P

    ReplyDelete
  4. Arkitek!!
    Dan orang yang meluluskan.

    Tak kira, aku still rase penjalan kaki yang memberhentikan kereta setiap 10 saat tu penyebab jem..hehehe :p

    ReplyDelete
  5. yaya, arkitek design je and yang melihat kseluruhan planning ialah town planner.
    sekiranya diluluskan dan dipersetujui ramai, diorg guan la master plan tu.
    ni mengikut apa yang aku belajar dulu2 la. dah tak praktis, lupa dah.

    pejalan kaki? hehe....aku geram time diorang terhegeh lenggang kangkung. benci ok...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...