Thursday, 20 May 2010

Jangan cakap taknak atau tak akan.

Allah itu suka menguji umatNya.

Itu Ma selalu cakap sejak dari kecil lagi.

Dulu masa sekolah, saya cakap sampai bila2 pun TAKNAK pakai handbag.
Cuba tengok berapa banyak handbag pelbagai saiz dalam almari tu.

Dulu mase zaman Uni, saya cakap sampai bila2 TAK AKAN pakai kasut tinggi
Cuba tengok ada berapa kasut tinggi 3 inci kat dalam bilik tu.

Dulu bila ada perkara best2 nak berlaku, mesti kata TAKNAK demam or sakit.
Confirmed, hari kejadian mesti demam, sakit or kena beguk.

Dulu saya cakap saya TAK AKAN suka pada lelaki tinggi.
Cuba tengok betapa tingginya suami saya.

Dulu saya cakap, TAKNAK buat kerja2 menulis.
Cuba tengok berapa minit mesyuarat kena buat.

Sekarang saya cakap, kalau saya diberi rezeki dan punya anak, saya TAK AKAN letak gambar anak saya sebagai PROFILE PICTURE kat FB.
Kita tunggu dah lihat :B

9 comments:

  1. cakap taknak banyak kali untuk statement last tu, konfem jadik! haha

    ReplyDelete
  2. Niha: Ape yg Ahaa?

    Nawal: Kalau jadi, remind akak pasal post ni ek.

    Am: belum, aku belum jadi mak buyung lagi..

    ReplyDelete
  3. which reminds me of myself. tapi aku takdela cakap "takkan" or tak nak".

    i used to be very boyish (still am, i suppose? :P). then aku mmg takde baju kurung (melainkan baju raya), girly sandals, etc. dulu aku lebih suka pakai jubah dengan jeans. or any baju melebihi lutut, dengan jeans (again). heheheeee~

    so let the "whatever will be" just be :D

    ReplyDelete
  4. eleleh.. ayat hat last tue.. saja arr tue taip "tak nak".. sure nak letak punya lah tueee.... huhu.. tambah2 kalau punya anak comey lotey... huhu


    p/s : just a silent reader & love to visit your blog..

    ReplyDelete
  5. HA: Aku pun gile anti baju pempuan dulu. Siap keluar pakai snowcap ala rappers.. Ah, my dark ages.. :)

    Cik Senah: Kalau letak pun, mesti dgn ibunya sekali.. :)
    p/s: Thanx :)

    ReplyDelete
  6. ahahaa
    aku suke post yg ini..

    dan kite tgk je nanti
    yaya letak gambar baby dia..hehe

    ReplyDelete
  7. Ryo: TAK AKAN letak Yaya Jr or Wan Jr bersendirian di profile picture..hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...