Sunday, 8 November 2009

Belajar menjadi surirumah

Mama dan papa telahpun selamat sampai di Jeddah pada jam 9malam waktu tempatan hari Jumaat (echeh, macam berita TV3 yang dibaca oleh pembaca berita kesayangan, Yasir Mansor).

Sepatutnya Jumaat tu saya cuti. Tapi cancel sebab si Panjang tak boleh cuti. Bos cakap, datang lewat sikit pun takpe. Bangun seawal 5.00 pagi, bersiap dan bersolek untuk menghantar mama dan papa ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.

Melihat jemaah haji berjubah dan berkain ihram, buat saya rindu sangat nak menjejak kaki lagi sekali ke Tanah Suci Mekah. Kalau orang tanya saya, tempat yang paling saya nak pergi, tidak lain dan tidak bukan, mestilah Mekah atau Madinah again and again and again. Terima kasih kepada Mama sebab belanja kami sekeluarga ke sana. Ingat lagi mase tu Sukan Komanwel, orang cakap, Malaysia akan kena bom. Dalam hati saya cakap, “Selamat aku ada kat Arab Saudi”. Alhamdulillah khabar angin tu kekal sebagai berita palsu umpama propaganda supaya orang tak datang Malaysia.

Time mama dah nak masuk, air mata mula mengalir laju seperti air terjun Niagara. Nasib baik eyeliner Etude saya tu waterproof dan takkan buat mata saya jadi mata panda. Saya memang suka menangis. Dulu masa mama pergi tahun 2001 pun saya menangis bagai nak rak dan papa telah membeli saya belon helium walaupun ketika tu saya dah berumur 17 tahun.

Papa pulak cakap pada si Panjang, “Jaga anak SAYA elok2”. Heh, papa saya memang skema.

Maka bermulalah episod hidup sebagai isteri berkerjaya. Haha, gedik. Semalam basuh baju sebanyak 3 load, air basuhan yang dikumpul, direcycle pulak untuk basuh lantai tempat sidai kain. Kemas dapur. Hari ini, si kurus telah mengemas ruang porch dan ruang tamu semasa saya sedang sibuk prepare lunch.

Then, si kurus siap pergi jual surat khabar lama ke tempat recycle. Weekend depan, dah plan nak kemas wet kitchen dan jual semua botol2 plastik, kaca dan aluminium yang terkumpul di luar wet kitchen. Keluarga saya environmentalist. Sampah-sarap diasingkan. Sampah biodegradable ditanam di laman. Kami dah buat lebih awal dari projek PJH di Putrajaya la weh.

Owh, semalam genap 3 bulan saya jadi isteri kepada Kamarul Redzuan. Ini kali pertama saya sebut nama penuh suami dalam blog. Orang selalu tersilap ingat nama dia Wan Kamarul.

Di usia yang baru mencecah 3 bulan perkahwinan, saya tak dapat cope la dengan rumah mama yang banyak ruang nak dimaintain. At the end or the day, dah terlalu penat lalu terpaksa cancel nak tengok midnight kat cineleisure. Signing off..

Happy anniversary ke 3 bulan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...