Thursday, 12 November 2009

Berhati2lah di jalan raya

Siapa yang tersekat dalam jam kat dalam Putrajaya heading towards SILK highway semalam, angkat tangan.

Jam semalam adalah yang kedua teruk saya pernah alami. Yang pertama teruk ialah jam betol2 selepas tol UPM menghala ke Sungai Besi. Masa tu, kereta saya berada beberapa meter je selepas pondok tol dan dalam 20meter dari tempat kejadian kemalangan. Kereta yang kemalangan tu tutup kedua2 lorong jalan. Nak tunggu tow-truck datang je dah sejam. Sempat la tengok paramedic bawa keluar mangsa dari kereta remuk tu. Everything in front of my very eyes. And lama sangat kereta tak gerak, terpaksa matikan enjin.

Semalam, dalam Putrajaya je dah sejam lebih, kereta bergerak kelajuan seperti siput. Kalau jalan kaki pun dah sampai tol UPM.

Rupa-rupanya ada kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal betol2 kat tepi simpang nak ke Hospital Serdang. Daripada 3 lane, jadi 1 lane. Mayat masih di tepi jalan (dah tutup dengan palstik hitam polis tu) dan darah masih banjir di atas jalanraya. Ngeri...

Geng paramedik dilihat berbual di tepi divider. Cuma musykil, hospital Serdang sekangkang kutu je dari tempat kejadian, kenapa tak dibawa mayat tersebut ke hospital? Kenapa mayat tidak boleh dialih supaya kereta tak slow down nak tengok? Mungkinkah ada prosedur tertentu? Kenapa mengambil masa yang terlalu lame? Kereta bergerak seperti siput dalam Putrajaya dah pun mengambil masa selama sejam lebih.

Anyway, aku plak nak marah lebih2. Macam ar aku yang drive walhal aku tidur je dalam kereta. Suami cubit2 hidung pun tak sedar. Nasib ada suami :)

6 comments:

  1. ha'ah kan...awat la paramedik tak bawak terus mayat (or jenazah if muslim) tu gi spital?

    ReplyDelete
  2. gunalah motosikal untuk mengharungi traffic jem sambil bersiul riang :D

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:11 pm

    i was there too..tapi arah berlawanan la..sempat gak tengok mayat terdampar atas jalan..iskk ngeri..dah la saya pengguna tetap motor ke tempat keje..berhati-hati untuk semua..

    ReplyDelete
  4. I tatau la betul ker ni. Bawak motor atas highway is safer than federal road yang penuh pot holes dan penunggang-penunggang daring ni selain ada emergency lane tu kan.

    I penah gak berada di tempat kejadian accident motor di federal highway di shah alam. Motor bawak laju kat lane motor, ntah apa kena, terlanggar tiang bas stop tempat i tunggu bas dan terus I lari ke tepi. Mungkin salah budget nak corner ker. Pastu dia bangun geleng-geleng kepala dan rebah balik, dan kesian, dia meninggal. Bila polis datang, memang dah tiada member tu, so kami tutupkan mayat dengan suratkhabar.

    Kesimpulan, jangan bawak motor laju tak kira di mana mana pun!

    ReplyDelete
  5. Medcham: Sebab tu ar jem. Saya tengok tak pe, saya tak drive ;)
    Akmal: Tak taular diorang tunggu ape. Tapi jem yang amat dahsat hari tu.
    Hadi: Bersiul riang and hati2 tau!
    Min and all yang menunggang motor: Hati2!

    ReplyDelete
  6. Salam. bagi kes kemalangan maut, tiada apa yg boleh dilakukan oleh sesiapapun hatta paramedik sekalipun sehinggalah pegawai penyiasat tiba di lokasi. kedudukan mayat walau mcamana sekalipun menghalang lalulintas, tidak boleh dialihkan selagi segala butiran, ukuran, jarak dan keadaan mayat perlu direkodkan. ini adalah sebagai prosedur utama dan perlu serta wajib apabila kes di bawa ke mahkamah untuk mendakwa atau menentukan siapa yg bersalah, ia juga sebagai keperluan tuntutan insuran dan juga keperluan pendakwaan.
    lagipun, bukan hari2 ada kemalangan maut yg menyebabkan sesak di lokasi yg sama. jadi, kita sebagai pengguna, kenalah bersabar dan mengambil iktibar dari kejadian.
    bagi kes mangsa cedera, ia perlu dihantar segera ke hospital setelah paramedik tiba di lokasi.persoalan hospital hanya terletak beberapa meter, bukan bermakna mayat mesti di bawa segera ke hospital selagi siasatan di lokasi kejadian tidak selesai.
    kematian semasa kemalangan juga bukan bermakna mangsa maut akibat kecederaan, tetapi mungkin akibat sakit jantung, atau sebab2 lain dan itulah keperluan post-mortem bagi menentukan PUNCA kematian.
    kedudukan mayat yg tidak boleh dialihkan sebaik kemelangan maut berlaku adalah bagi menentukan dan laporan lengkap samada mangsa maut akibat digilis, atau akibat tercampak, atau akibat terkejut lalu meninggal akibat sakit jantung, atau akibat terjerut talipinggang keledar atau akibat hentakan atau kecederaan dipukul orangramai sebaik kemalangan berlaku dan berbagai sebab lagi.
    fakta ini amat penting untuk keperluan di mahkamah dan tuntutan insuran.
    walaubagaimanapun, keperluan untuk menyelesaikan segera kes di lokasi sehingga mayat di bawa ke hospital dan kenderaaan di alihkan segera, amat menjadi keutamaan untuk keselesaan pemandu lain.
    kita juga perlu ingat, apabila sesuatu kemalangan berlaku, polis mungkin hanya dimaklumkan 15 min atau setengah jam kemudian atau agak lambat, berbanding pihak hospital.jadi selalunya, anggaran masa antara sejam hingga dua jam baru semuanya akan selesai.
    hati2 di jalanraya, ingat tersayang, salam hormat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...