Tuesday, 10 November 2009

Penyesalan itu tiada gunanya

Sungguhpun sekarang bermastautin di rumah mama, tapi line streamyx sangat teruk. Ulang suara, STREAMYX SANGAT TERUK. Sampai terasa nak tulis surat atau email geram+marah+bengang kepada CEO TM bahawa line internet korang sangat mengecewakan. Dan saya suspek, Streamyx telah menjadi adik-beradik angkat dengan Astro secara senyap kerana bila hujan jer, internet down.

Saya tak suka menjadi pengguna yang dibuli. Sedangkan tanpa pengguna/ pembeli, peniaga tak akan ada bisnes. Tapi akhirnya, pengguna juga dibuli seperti diikuti promoter kedai Aldo serapat 20cm seakan saya akan mencuri sebelah kasut yang di display di rak tersebut.

Attention to promoter kedai kasut yang average pengunjung adalah 20 orang sehari, siapalar yang nak curi kasut sebelah yang korang display tu wey. Lain lar kedai kasut Vincci, yang sentiasa ramai orang especially Vincci KLCC. Kat situ memang berisiko orang 'ambil' kasut sepasang tanpa membuat bayaran.

Kecil2 dulu, selain bercita-cita menjadi model (uhuk, uhuk), saya pernah bercita2 menjadi lawyer. Saya rasa menjadi lawyer sangat hebat sebab semua undang2 ada di hujung jari. Dan bila ada orang nak menipu saya tentang akta2 dan peraturan2 di Malaysia, saya boleh cakap, “I’m a lawyer and I know my rights”. Wah, hebatnya! Dan bila nak membaca Concession Agreement Hospital Support Service ni, takdelah saya mengacau En.Fird atau kena baca sampai 30x untuk faham.

Teringat pulak zaman menghafal buku Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, papa bersungguh-sungguh mengajar macam mana nak baca akta, masa tu memang terer, tapi lepas habis exam Undang2 Makanan, macam debu diterbang angin, terus hilang ilmu tersebut, sikit demi sedikit.

Cita-cita saya menjadi lawyer terkubur bila saya decide untuk ambil aliran sains tulen ketika naik Form 4. Saya belajar di sekolah semi-urban. (Chey, taknak cakap sekolah rural). Dapat 7A masa PMR mase tu pun dah cukup hebat wa cakap lu. Keputusan PMR yang kurang cemerlang akhirnya mengakibatkan saya tidak dapat join MRSM seperti adik-beradik yang lain.

Maka, saya kekal di sekolah tersebut dan tidak pula masuk aliran sastera walaupun keinginan untuk menjadi lawyer yang kuat sebab kelas sastera kat sekolah saya mase tu, erm, macam mana nak cakap eh, ala korang pun tahu aliran sastera sekolah semi-urban macam mane kan. Tak perlu diexplain di sini ;-)

Adakah saya menyesal dengan kesudahan saya sekarang? Oh, tidak sekali. Saya seronok jadi pelajar Sains Makanan dan Pemakanan semasa di Universiti walaupun pelajar lelaki Melayu course saya hanyalah 3 orang (tak tahu apa kaitan). Selain kesihatan, makanan adalah antara benda terpenting dalam dunia ni. Banyak yang gua tahu, korang semua tak tahu. Sedikit sebanyak, gua rasa macam doctor jugak, Doctor makanan. Heh..

Saya tidak menyesal menolak lamaran menjadi Pegawai Teknologi Makanan yang boleh buat kerje2 lab (macam dalam CSI tu, pakai goggle, lab coat putih dan glove) testing2 makanan tetapi memilih menjadi Penolong Setiausaha (Penolong kepada Setiausaha?) lalu berjumpa dengan suami di PTD Unggul. Suami kata, jangan hidup dalam penyesalan. Tapi saya masih menyesal saya mengambil nyah itu sebagai wedding planner saya. (Dengar cerita, kedainya di Puchong telah dibakar oleh client yang tidak puas hati, lalu dia membuka kedai di sini. ish, ish, ish)

Anyway, rupanya jawatan PTD ini ada dibincangkan di forum lowyat.net seawal tahun 2006. Pada ketika itu, memang time saya ambil exam PTD, baru lepas habis exam Final Sem. Seronok juga membaca persepsi orang Malaysia tentang jawatan ini.

Pastu saya ternampak nama Dinosorbiru. Dinosorbiru telahpun menjadi PTD di KKM (betul kan, kan, kan?) Tetapi yang paling saya terkejut bila ada satu orang Malaysia ni cakap Tan Sri Dato' Sri Zeti Akhtar Aziz tu Perdana Menteri Malaysia. Saya rasa nak pengsan....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...