Bacaan title hendakla dibaca dengan intonasi seperti "Tora datang lagi"..
Sejak saya mula kerja, (cheh, macam lar dah kerja berpuloh tahun), sehari sebelum Thaipusam, saya mesti amik cuti. Sebabnya, jem yang melampau. Ah yer, rumah saya hanyalah dalam 1km ke Batu Caves. Pagi ini juga telah menampakkan kesan pre-Thaipusam. Jem yang melampau2 dengan orang ramai mula membanjiri Batu Caves. Abg polis pun ramai. Kereta di park di bahu jalan. Orang melintas jalan raya 6 lane seolah2 ada immunity takkan dilanggar.
YAB PM katanya akan datang melawat Batu Caves pada malam ini. Abang Joe, kita mesti keluar pejabat sharp jam 5. Kita masuk Jalan Tun Razak, lepas tu masuk Semarak terus ke DUKE, then masuk Sri Gombak, tembus ke Wira Damai bla, bla bla...
At times like this, how I wish I have pintu suka hati..

aku pernah tersangkut dalam jem pasal thaipusam pada tahun 2007...antara pukul 8 malam hingga 11 malam sewaktu cuba melintasi bulatan besar bagak itu untuk pulang ke sri gombak...kerana waktu time itu aku baru ajer kat kl....so aku tak menyedari 'significant' hari tersebut dengan trafik jem...aku tersangkut 3 jam kat atas bulatan itu...then bila dah boleh pusing aku terus patah balik ke kl and amik jalan setapak balik ke sri gombak...arghhhh
ReplyDeletesetiap kali 2 hari sebelum dan selepas Thaipusam, aku tiada di area KL.
ReplyDeleteaku tak sanggup berpesta lampu brek.
Mal: Kitorg pun bila nak ke Setapak, sanggup amik Jalan Kuching, ke Jalan Tun Razak and ke Jalan Semarak.. Walapun jauh, tapi ternyata lagi cepat.
ReplyDeleteHadi: Tahun depan, taknak pesta lampu break lagi :( Aku nak amik cuti sebelum dan selepas, pergi bercuti..