Monday, 1 February 2010

Moving

1 perkataan: Penat.

Selagi lagi bersyukur kerana telah mendapat training mengangkat barang2 dan membuat kerja dengan cepat dan tangkas semasa DPA dulu. Mungkin ini hikmahnya Allah tak beri saya rejeki untuk berbadan dua dan mengidam2 supaya saya dapat membantu suami secara lincah untuk mengangkat bundut2 bajunya yang banyak. (memang banyak). hehehe

Fridge kami terjatuh!

Kejadian semasa memunggah fridge oleh seorang pakcik, (suami kepada kenalan mama). Entah macam mana pakcik tidak nampak bendul dan terus menolak fridge dengan trolinya, lalu DUM yang sangat dahsat pada petang hari Sabtu. Fridge jatuh terlentang, pintu freezer terbukak.

"Alamak, pakcik betul2 tak nampak bendul ni"

Saya sedikit risau. Fridge tu memang dah season. Mama da pakai hampir 10tahun. Lalu diperturun untuk kegunaan anaknya ini. Tapi suami relax, seperti biasa. "Perkara dah berlalu, takde ape boleh ubah dah".

Ok, ok, saya juga cuba merelakskan diri.

Fridge diangkat cepat2.

Ingat ye kawan2, fridge tak boleh letak terlentang. Kalau udah terlentang, perlu diangkat cepat2. Kalau agak2 dah terlentang lebih 10min, jangan on kan dia, bagi lar masa dalam 4-5jam baru on. Ni pesan pakcik chef yang terer membuat roti dan pastries yang sedap2 masa saya practical attachment dulu.

Sebab fridge terlentang tak sampai 10min, sesampai di apartment kami, terus on nak tengok ada kerosakan. Alamak, fridge bawah tak sejuk.

Pakcik terus menerus mengucap, "Pakcik betul2 tak nampak bendul tu, warna tiles dia sama".

Ala, kesian pakcik, bukan pakcik sengaja nak jatuhkan fridge saya.

Bila hendak pulang, pakcik hanya nak amik RM20 je instead of RM100. Dia kata dia tak sedap hati sebab telah merosakkan fridge kami. Kami kata, esok kami akan datang, kalau fridge ok, nanti kami bagi baki yang perlu dibayar kepada pakcik.

Keesokan harinya, setelah berkali2 trip angkat barang2 Joe dari rumahnya ke kereta dengan tanpa bantuan sesiapa, kereta pun sudah penuh, kami ke Putrajaya.

Perkara pertama saya buat bila sampai, bukak fridge.

Alhamdulillah sangat2. Fridge elok2 sahaja!!! Ah, seronoknya..

Bersyukur sangat2 yang tak terhingga. Saya senyum sampai ke telinga kerana tak perlu baiki fridge, or worse, kena beli fridge baru.

*****

Semua kejadian itu datang dari Allah.. Kalau berlaku perkara yang tak dijangka, senyum saja. Bermasa muka pun tak dapat mengubah ape2.

p/s: Fridge tersebut jenama National yang mana sekarang adalah Panasonic. Barang National, rocks!

2 comments:

  1. Yaya, aku setuju 888.98% dengan ko pasal jenama National. Kat rumah aku ada seterika jenama National yg ada sejak aku kecik lagi dan sampai sekarang masih berfungsi elok. Seterika tu mmg berat tapi sangat lah tahan lasak. Seriuslah weh, National mmg rocks dan mmg legend! =)

    p/s: jgn tanya kenapa 888.98%. aku pun x tau knapa..

    ReplyDelete
  2. Aku pun ada seterika NAtional yang berat berkilo2gram tu.. Hehehe, dah berpuluh tahun! Barang lame memang made to last.. Barang sekarang, is made to buy a new one after a few years..

    p/s: Aku membuat kesimpulan, ko peminat nombor 8 :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...