Tuesday, 12 October 2010

Sleep, awake, sleep, awake, doze

Inilah yang berlaku selama beberapa malam yang lepas. Ye, penangan PPK.
Buku2 dan bantal2 bergolekan di ruang tamu. Dicampur nota2 di laptop. Mata tu pejam 30 minit, sedar 10min, pejam 50 minit lagi, sedar 5 minit. Pejam 2 jam, tak sedar2 lagi sampai pagi.

Selesai sudah 2 penulisan bertulis.

Generik? Boleh lar..

Fungsional? Boleh blah.. huhuhu.. Soalan yang keluar senang, tapi kita buat preparation untuk soalan yang lebih rumit..

Topik2 yang keluar
1. Tempoh percubaan
2. Rawatan perubatan luar stesen, elaun dan kemudahan yang layak diterima
3. Tender. Ada bagi jadual beli barang2 komputer setiap bulan selama 6 bulan. Listkan kesilapan dan tatacara yang betul.
4. MBS-Batas perbelanjaan dan program perjanjian (6markah), tujuan buat laporan pengecualian (7markah!!), tujuan buat dasar baru, one-off dan pengubahsuaian dasar (7markah). Saya ingat soalan ni sebab bace soalan berpuluh kali, contemplating antara nak jawab atau tidak. akhirnya tak jawab.
5. APEC. Senaraikan kelebihan join APEC, 20marks seketul tanpa soalan anak2.
6. ECP - galakan insentif yang ditawarkan 20 markah seketul jugak.
7. Ancaman luar boleh menggugat keselamatan negara, huraikan pernyataan tersebut. 20 markah seketul. Soalan ni macam soalan karangan SPM.
8. Huraikan program2 yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk menjaga keselamatan negara, 20 markah seketul.
9. Tanah, pasal proses ambil tanah
10. Kanun tanah
11. Kuasa PBT
12. Pembuangan sisa pepejal, huraikan faktor2 berlakunya masalah ini, 20 markah seketul
13. Kerjasama Selatan-Selatan
14. ARF
15. Virus komputer, apa penyebab virus (6 markah), tndakan serta merta bila komputer kena wirus (6markah), tindakan jangka panjang bagi mengelakkan komputer dijangkiti virus (8 markah)
16. Tanggungjawab dan tatacara seorang pegawai dalam penggunaan internet dan emel, 20 markah seketul.

Lihat, ada 6 soalan yang markah 20 seketul, tiada soalan anak2, ini soalan bujang trangtangtang. Ini soalan bahaya, tapi ada yang soalannya umum, boleh la goreng2 buat nasi goreng hangus.. huhuhuhu

Presentation kami hari Khamis petang. Dan saya ialah penjaga masa dan juga presenter terakhir.. Esok saya perlu masuk ofis seperti biasa..

Sekarang di pejabat, lagi 20 minit mahu pulang. Sempatla buat kerje sikit tadi tapi sangat2 mengantuk ni.

Panjang sudah berada di rumah, golek2 tidur2. Ayat takleh tahan die tadi mase makan kat Ice-Room Bangi (tak sedap puuuuuuun), "Nak buat apa lah petang ni dan esok, banyak gila masa terluang". Chis, tau lar die dapat cuti tanpa rekod 4 hari.

Hari ni malas masak, mahu tidur awal :D

Weekend ini kita berjimba2.. Yey..

Tapii...
Ma dah ke Oz semalam, pergi jumpa cucu lagi 2 orang kat sana. 2 orang cucu dah pulang ke tanah air for good (tapi kene posting ke KK pulak lagi 2 bulan), rindu nak jumpa cucu lagi 2 orang pula.. Bila keluarga sukeri nak dapat cucu ke5 ni?

Seperti yang dijangka soalan mengenai dah berisi ke belum datang bertubi2 dalam masa 2 hari ni.. Saya jawab, esok aku pregnant.. hehe..

13 comments:

  1. apec confirm aku leh jawab for 25 marks. hahahahahahahahaha :)

    ReplyDelete
  2. Tu ar, bila aku tengok soalan tu, terus ingat ko.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. ancaman luar tu rasanya ada kua ms aku amik ptk.. sama jugak ngn tatacara email tu.. eh, aku kompom ble jwb yg soalan keselamatan je.. tp siyes la.. agak susah gak fungsional korg

    **kan aku dh ckp.. jgn stado.. korg stado gak.. aku dlu jd zombie! hehehe**

    ReplyDelete
  4. Ancaman luar??? Kacang jer.. Soalan ancaman berbunyi:

    Anak dara:
    "Kau ni bila lagi nak kawin???"

    Bini orang:
    " Kau dah berisi belum???"

    Bini orang yang dah ada anak:
    " Bila kau nak tambah anak??"

    Bini orang yang banyak anak:
    " Bila kau nak berenti beranak nih??? Tak penat ker??"

    Bini orang yang dah ada nak besar:
    " Bila kau nak dapat menantu?"

    Ksimpulannya, orang memang xreti nak diam dari tanya soalan bukan-bukan.

    ReplyDelete
  5. Ina: Si kurus Noni jawab konfiden. Stress kitorang yang dok sebelah meja dia. Dia kate senang..

    Stado ar lagi best :D

    Wanie: Diorang takde modal nak tanye dah kot... Pempuan=kahwin/beranak

    ReplyDelete
  6. giler ah contoh jawapan si mama adwa ni.. tarbaek!!!

    yaya, si kurus tu mmg! ada ke patot pas paper generik call aku mintak softcopy pasal isu keselamatan? wat??? nk luruh jantung aku tgk cara dia stadi....

    ReplyDelete
  7. Ina: Die bace 6 round Perintah Am Bab A.. Masuk dewan pun, tak benti lagi bace notes. Stress mak..

    ReplyDelete
  8. erm
    mcm mner ko blh ingat in details
    soalan2 yg kluar smlm?

    erm ko spent mase copy soalan
    dlm kertas kotor ya?

    uhuk.uhuk...

    ReplyDelete
  9. bukan ar, aku spent mase dok membaca soalan ulang kali dalam tempoh 3 jam tu terus terhafal :D

    ReplyDelete
  10. wahhhh kelassss
    yaya pon boleh hafal soalan sumer...mesti dah blank...sama la cam aku dulu...bila blank baca soalan bebanyak kali...sampai terhafal...hahahah...

    soalan 4 kompem aku akan jawab tanpa rasa curiga...hahaha...

    yang lain tu apa lagi...nasi goreng extra well-done lah...

    apa apa pun gud luck lah yaya..

    ReplyDelete
  11. ye ar, 3 jam tu belek2 kertas soalan dok ulang2 bace soalan kot2 la boleh dapat cetusan idea untuk menjawab, last2 terhafal :D
    Thanx Akmal. Hopefully lulus lah, walaupun dalan hati ni tak rasa pun boleh lulus T____T

    ReplyDelete
  12. aku pun dulu terasa benda yang sama...sometimes wonders do happen when we least expected it...i believe in that now...hehehe...call me a hopeless dreamer...but just have faith...insya allah...

    ReplyDelete
  13. Harap2 begitulah. Thank you :)
    For the time being, bergumbira dulu ek? :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...