Kenapa bila sebut mee segera orang akan bersimpati? Ketika saya di Kolej Y UKM dulu, saya cukup pemalas nak turun cafe kecil (bukan kafe pun sebab makcik tu datang dan tapaukan makanan untuk pembeli je), kalau lambat turun, makanan habis, lepas tu kena pergi kat area She*ll tu beli makanan, maka mee segera, biskut dan nestu*m adalah makanan ruji saya, bila housemate cakap "makan mee segera je" dengan nada simpati, saya pulak rasa simpati dengan diri saya (sebab tu la masa uni paling kurus - fat cume 16%).
Mama cakap, masa dia pergi honeymoon kat Jepun tahun 70-an dulu, mee segera tu orang makan selamber kat kedai serbaneka. Ianya adalah makanan on-the-go.. Majoriti mereka makan mee segera. Cepat dan kenyang..
Prof saya dulu pun cakap okey je makan mee segera tapi kene minum air banyak sebab kandungan garam yang sangat tinggi.
Ape2 pun, mee segera tu makan kegemaran suami yang ke-6 kot. Saya paling gembira bila dia tiba2 datang kat saya yang tengah golek2 depan tv lepas balik dari pejabat, "Yang, malam ni dinner mee segera".
Saya pun ape lagi, umpama dapat tenaga booster, terus jerang air dalam periuk 1 dan 2. Periuk 1 rebus mee, periuk 2 letak telur, sayur, ayam. Tos mee dan masuk dalam periuk 2. (Saya tak suka air rebusan mee kering tu, buat kuah jadi likat semacam maka saya asingkan.)
Mee segera saya sihat, ade telur, sayur2an dan lauk2.. Pastu marah suami hirup kuah msg tu dan bagi dia minum air kosong bergelas2.
Jadi, ok je kan makan mee segera? Bukan kate tak mampu nak beli makanan lain atau malas nak masak, tapi kadang-kala convenient. Janganlah sampai tiap hari mee segera..
Tadi sambil2 masak lunch (bukan mee segera, dengar kat al-kuliyyah, 3 ciri wanita yang masuk syurga:
1. Jaga solat (masuk waktu terus solat);
2. Jaga puasa; dan
3. Jaga suami
Pastu adalah elaboration yang lain.
SA-TEK-JA-DER-BADI-HATI-TAULA-GAS-HEMAT-SABA-KAT-CIP <---aish, melekat dah formula Tonggak 12 ni :D
Cepatlah suami pulang solat Jumaat, dah lapar ni....

masih terngiang ngiang kat telinga aku kena sound oleh hamba allah ni waktu aku makan megi
ReplyDelete~makan megi nanti jadi bodoh~
tapi aku slamber ajer...hehehe...
hahahha... mak pak aku pon suka megi weh! siap wat stok kt umah! cuma takde la masak cm kt asrama dlu.. kalu masak kt umah, kami taruk sayur, telur, sosej...haaaa... sapa kata tak berkhasiat??? even kt asrama dlu aku masak megi taruk sayur kobis ngn naget! ok wat????
ReplyDelete**org yg kata megi tak bgus adalah org yg kurang merasa nikmat dunia! rugi sguh!** =p
setuju..orang kata memang tak bagus makan mee segera..tapi kalau dipelbagaikan dengan lauk-pauk cam sayur, ayam, udang, tauhu kira ok lah daripada mee megi ngn kuah semata ;)
ReplyDeletep/s : tak suka jugak bila suami hirup kuah mi megi sampai licin..saya pun akan mula membebel...hehehe
mana ada makan meggi jd bodoh. suma yg berjaya adalah kerana megi menemani zaman persekolahan/peruniversitian mereka.
ReplyDeletetp, kalau sampai kena jerang 2 periuk, dah tak segera dah..
er, aku terus terang cakap, aku memang tak begitu berkenan megi. letaklah macam-macam pun - sayur, buah-buahan, redoxon vitamin c, jamu whatsoever, kalau nama megi, aku memang kureng sikit. cuma aku makan time aku kena travel and negara tuh mengamalkan pemakanan babs, so aku kena flexible sikit.
ReplyDeleteheheheh. but anyway, it's the closest thing about malaysia when you are abroad :) and oh good luck ptk!
Mal: Lahai, tak elok cakap begitu. Die belum rasa penangan mee Pama..
ReplyDeleteIna: Megila paling sedap, kan2 :D
Niza: sila bebel bila dia hirup kuah sampai habis :D
Koyabest: Paling segera ialah masuk megi dalam pinggan ada air dan letak dalam microwave..
Mala: Kenapa ko tak suka megi?? :D Oh thank u.. PTK susah lar tadi.. T__T