Monday, 4 July 2011

Syukur..

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku amat bersyukur dengan segala yang dikurniakan kepadaku Ya Allah..

Bekerja di jabatan yang mana 10% perjawatan diperuntukkan untuk warga OKU bermakna, saya akan berjumpa sekurang2nya sekali warga OKU dalam sehari. Yang paling ramai, adalah yang cacat penglihatan.

Ada 1 waktu ni, saya dikehendaki berurusan dengan seorang pegawai. Ketika saya tiba di workstationnya, dia sedang bercakap di telefon membelakangi saya. Saya tidak pastu sama ada hendak mengganggu perbualannya atau membiarkan dia sedar saya ada di situ. Berdehem susah, batuk pun sudah saya mula bosan setelah hampir 5 minit menunggu. Bos dia nampak saya yang masih di situ, terus memanggil nama pegawai tersebut. Rupa2nya dia buta....

Kerja saya pula melibatkan pemprosesan perihal perkhidmatan pegawai dan kakitangan. Setiap hari, saya membaca surat2 permohonan pertukaran, melihat Kew.8 mereka, ada yang tinggal berjauhan dengan suami dan anak beratus km, gaji hanya 1/3 gaji saya, ada yang menderita pelbagai penyakit dan banyak lagi kesulitan yang dihadapi..

Memerhati dan membaca perkara2 ini membuat saya insaf..

Kerana sebelum ini saya kerap merungut walhal hanya berbeza tempat kerja dengan suami sejauh 45km, masih mahupun gaji yang lebih besar, masih berbelanja perkara2 yang kadang-kala tidak berfaedah sedangkan jika disedekahkan wang itu pun lebih baik, masih mahupun kemewahan hidup yang mana hidup masih boleh diteruskan tanpanya.

Maka, sejak kebelakangan ini saya rasa hidup ini lebih mudah dan kurang tekanan jika niat di hati ditetapkan segala pekerjaan yang dilakukan adalah kerana Allah, untuk mendapat keberkatanNya dan bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diberi..

Selagi saya mampu, saya akan cuba sehabis baik.

Oleh sebab itu, saya memang rasa nak sepak sorang2 yang tengah duduk walaupun tengok wanita mengandung, orang tua sedang berdiri di dalam tren. Setelah 2 bulan menjadi pengguna pengangkutan awam, aksi pura2 tidur bila pintu tren terbuka MEMANG berlaku. Sorry to say, golongan yang selalu buat macam tu ialah lelaki. Dan setakat ni, setelah berpuluh trip, baru ade seorang lelaki bagi tempat duduk kat perempuan. Sebelum ni, hanya wanita yang bersimpati dengan wanita. Dan yang lagi mendukacitakan, wanita yang selalu memberi seat kepada tak kira bangsa dan agama itu adalah non-muslim.. Sedihkan??

5 comments:

  1. aku belajar manners banyak masa kat uk dulu. aku ingat lagi, sekali tuh... angkat beg besar gile naik tangga kat one of the underground stations in london. tetiba rasa beg ringan gile, sebab ada org tolong angkatkan dari belakang. baik sangat mamat tuh. and he was black.

    kasi seats nih pun, aku belajar dari sana. sebab selalu sangat nampak org buat mcm tuh, so lama-lama mcm terikut and rasa malu kalau tak kasi seats.

    lelaki malaysians mana gentleman! hahahah. teringat article pasal lelaki melayu yang kurang gentleman (kecoh-kecoh dalam newspapers dulu), sbb tuh perempuan lebih gemar lelaki bukan melayu. kekadang ada benarnye :)

    ReplyDelete
  2. Cakap pasal angkat beg ni, teringat Malin asyik cakap Wan gentleman sebab dia tolong Malin angkat beg dia mase kat INTENGAH. Begitu mendalam kesannya bila kita tolong orang kan? Orang akan ingat lama.

    Aritu ade mamat Melayu (kacak) offer seat dia dalam ERL. Siap panggil nama aku sebab ternampak bracelet aku. Aku berpandangan, mesti dia ingat aku preggy sebab mase tu aku pakai baju tak longgar dan posisi berdiri tertentu menampakkan perut buncit. hehe. Whatever it is, dia adalah seorang yang gentleman.

    Setakat ni, aku observe, lelaki mat salleh je gentleman dalam train. Yang lain, pura2 tido kekonon tak sedar la ade orang yang lebih memerlukan seat tu. pfffttttt

    ReplyDelete
  3. kalau tgk org2 macam ni, mmg buat kita insaf...tak kisahlah dia patah kaki sbb merempit ke...tp kita ttp kene bersyukur sbb dilahirkan sihat dan sempurna...

    ReplyDelete
  4. ada hikmah disebalik pertukaran tpt keja ini :)

    Kadang kita terlupa, terasa diri kita je yg tak bernasib baik, tp ada yg lebih tak bernasib baik dari kita.

    Pedoman utk akak juga :))

    ReplyDelete
  5. Niza, kalau aku tau dia patah kaki sebab merempit, aku tak leh nak kesian sangat ar.. hehehehe

    Kek reen, tu lah. Even pengalaman terpaksa bersusah turun naik train dalam hujan dan panas juga ada hikmahnya. Dan saya bersyukur sebab Allah masih sayang saya untuk mengingatkan saya tentang ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...