Monday, 29 December 2008

RM20 per movie?

Persatuan Pengeluar Filem Malaysia mencadangkan agar harga tiket wayang Hollywood dinaikkan kepada RM20. Mereka seakan menyalahkan harga tiket yang sama bagi filem tempatan dan filem luar menyebabkan pengguna memilih filem luar.

Bagi saya tak boleh nak salahkan pengguna. Jika filem Malaysia tu baik produksinya, pengguna tidak ragu2 memilih cerita tersebut. Sepanjang hidup saya, saya baru menonton 3 filem Malaysia di wayang: Perempuan Melayu Terakhir, Puteri Gunung Ledang dan Jangan Pandang Belakang. Dan ada filem2 best yang saya tak sempat nak tonton di wayang seperti Qaisy&Laila dan Sepi. Saya bukan anti filem Malaysia tapi filem M'sia kerap kali mengecewakan saya..

Pada satu ketika dulu, saya lebih suka membeli VCD (original tau) dan menonton bersama keluarga. Tetapi selalunya selepas menonton filem tersebut, yang keluar dari fikiran saya ialah "Nasib tak tengok kat wayang".. Dan selepas dari itu, saya lebih suka menunggu filem tersebut disiarkan di Astro pada Hari RAya. Tak berbaloi la weh..

Mengurangkan jumlah filem asing yang ditayangkan di pawagam mungkin satu langkah yang baik seperti yang dilakukan di Korea Selatan dan China. tetapi menaikkan harga tiket hanya akan melonjakkan pembelian DVD cetak rompak. Kerugian mana yang lebih lumayan agaknye??

7 comments:

  1. aku skang lebih suka tgk dvd. aku takyah fikir pasal parking, melayan kerenah orang yang pelbagai dan juga boleh ke tandas bebila masa aku suka. and bile aku dah tanak dvd tuh, aku just bagi je pada sesape yang nak tengok.

    bagi aku, aku layan jugak filem melayu nih. yang sangat horror dan sangat bagus. sepi ok. remp-it best. baik punya cilok pun best. tapi kalau semua asik cedok dari barat, baik aku tgk filem hollywood. diaorang nak naikkan harga tiket, macam rokok lah. kalau orang tuh dah addicted, diaorang still beli jugak. mahal mcm mana pun.

    suruh orang-orang filem nih, pi belajar economics dululah.

    ReplyDelete
  2. Ko jgn tgk cite hollywood, ko tgk cite M'sia jer..nnt ko tak rase cite tu cedok dr Hollywood..hehehehe

    Aku pun suke tgk dvd, leh golek depan tv, tak la dok statik jer.. Gi tgk wyg tu satu drp aktiviti dating jer =)

    ReplyDelete
  3. tgk wayang adalah aktiviti yang tidak memerlukan banyak percakapan =) tapi still together. hahahahah

    ReplyDelete
  4. kalau la cite dah best... rm20 pon org tgk.. tol kata mala..

    dorang tanak pun cube nak improve industri filem sdiri, asyik buat quick fix decision je.. dengan harapan dapat tarik lagi ramai org tgk..

    kalau dah x best tu, tade de org nak gi tgk walopon murah.

    *kalo RM20 satu.. sebulan leh tgk 1 cite je ngan jmg... hehehe.. bajet 2009 rm50 je sebulan utk wayang*

    ReplyDelete
  5. Mala: If dah kawin, amik couple seat leh peluk dlm wyg..awww...

    Quntum: Aku pun sdg wat budget 2009 aku..hehehehe

    ReplyDelete
  6. kalau dah kahwin atau bersekedudukan, bole peluk2 atas katil sambil layan DVD. er... macam menyimpang jer topik aku ni.

    ReplyDelete
  7. Jom tgk wayang minggu ni b...minggu dpn kn kite ade hal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...