Friday, 16 January 2009

Mentality kita..

Beberapa hari lepas, saya telah pergi membayar insuran saya di T******. Wanita di kaunter tu seorang yang ramah. Bercerita2 tentang kerja. Dia mengomel tentang kesibukan kerja dan menyatakan kepada saya:
Bestla kerja Kerajaan, relax jer..
Huh? Relax mende. Tak relax langsung. Kalau mengulat kat Ofis tu seberapa ketika, confirm kena bawa balik kerja ke rumah untuk disudahkan. Saya pun memperbetul kata2 Cik itu bahawa sibuk atau tidak itu bergantung kepada individu. Sebenarnya banyak kerja yang boleh dilakukan selepas sudah kerja2 rutin selain daripada bergossip dan ber'MLM'..

Kemudian, saya minta untuk print detailed transactions. Cik itu tanya boleh guna kertas recycle sebelah muka tak? Owh, saya amat mengalu-alukan. Cik itu pun masuk ke dalam ofis tetapi kembali membawa kertas baru. Katanya kertas recycle tu ditindan dengan benda lain. Guna kertas baru jer lah. Ayat Cik itu yang seterusnya:
Guna kertas baru pun apa salahnya, bukan saya yang bayar pun.
Saya pun rasa tak puas hati la kan bila orang berfikiran camni. Saya pun cakap lar,
Memang la Cik tak bayar, tapi company Cik yang bayar. Kalau staff membazir, company rugi, cawangan jugak kena tutup.
Dia sengih saya pun sengih.

Senangnya mereka2 ni berfikir kan?

Lepas grad, memang saya terus diterima kerje Govt. Tapi saya pernah ada pengalaman kerja dengan kilang confectionery daripada Belgium selama 3 bulan masa praktikal ijazah dulu. GM nya seorang Cina yang baik tapi tegas n suka peras tenaga staff. huhuhu.. Selama 3 bulan di sana, saya memang didedahkan dengan sifat kedekut company swasta.

-Nak pen baru, pulangkan pen yang dah kering dakwat.
-Nak fotostat, kena tulis dalam buku log berapa page nak buat salinan.
-Mana ada guna kertas Double A 80gsm ni. Fotostat guna kertas 60gsm jer dan kepekatan dakwat fotostat tu memang tak pekat langsung supaya jimat dakwat.
-Nak pergi meeting, pastikan PC off.
ETC, ETC, ETC...

Dari kecil pun memang saya dah didedahkan supaya jimat cermat, dari duit ke elektrik ke air. Dan saya amalkan sehingga kini.

Bos saya dulu tak suke saya hantar draf surat guna kertas recycle. Jadi memang banyak kertas membazir. Bila dapat bos baru, saya try hantar draf guna kertas recycle, dan die terima, saya seronok. Bila saya print surat, saya click pada "EconoMode(Save Toner)" yang mana tulisan tu akan jadi kurus sikit. Tapi tak salah kan, untuk draf jer.

Setengah daripada kita tidak sedar dan suke2 hati nak membazir dengan berfikir "bukan saya yang bayar pun". Pekerja di hypermarket suke2 campak tin makanan.. Tak kisah, yang penting kerja jalan. Bila tin makanan tu kemek, orang tak beli, bukan ke satu kerugian pada organisasi kita? Sambil basuh muka or gosok gigi air dibiarkan mencurah2, takpe "bukan saya bayar bil air".

Kalau kita lihat daripada pandangan yang lebih luas, pembaziran air boleh menyumbang kepada kekurangan sumber air dunia, pembaziran elektrik menyumbang kepada pembakaran bahan api yang lebih setiap hari (penggunan tenaga suria dan uranium masih belum meluas), penggunaan kertas menyumbang kepada penebangan hutan (tak semua kertas kita adalah daripada sumber recycle).

Plastik-penggunaan plastik untuk setiap kejadah barang menambah ruang untuk tempat pembuangan sampah (beli Mentos sebatang pun nak plastik ke, ape ntah). Minggu lepas saya beli eyeliner kat Watson's dan saya cakap siap2, saya tak nak plastik, cashier buat muka pelik.. (???)..

Tau tak untuk setiap 1 plastik sendri apabila membeli di Tesco, dapat 1 mata ganjaran. Pakai beg khas Jusco dan setiap pembelian RM50 ke atas dapat 1 pelekat. bila kumpul pelekat, dapat extra jusco points. Tapi masih jugak pengguna tak nak buat..

Dunia kita pun semakin hari semakin tenat. Kejap2 panas terik, tiba2 ribut sampai tercabut bumbung, banjir kilat..

It's time for all of us to change for a better future..

~Kena tag lagi.. Nanti lah buat kat umah.

6 comments:

  1. Saya terlampau setuju dgn Cik Yaya. Aku pun banyak buat benda yg sama. Kalau print draf surat/minit/memo/kertas kerja aku akan guna draft mode dan print depan belakang. Pastu kalau gi beli makanan kat kafe pakcik mahal kat bawah tu aku x bungkus pun bekas polisterina tu dalam plastik. Tak payah palstik2 pun, bleh je pegang bekas tu ngan tangan kan.Bukan susah sgt. Kalau print penyata bayaran bil plak aku akan kuna recycle paper.

    ReplyDelete
  2. Apa nak buat... dah itu yg ditanam dalam kepala hotak mereka...

    ReplyDelete
  3. Naz: We think alike =)

    Hadi: Kita boleh mula dengan generasi baru..

    ReplyDelete
  4. orang nak tanak je.

    ReplyDelete
  5. sgt setuju beb..

    save our trees... afterall, duit kerajaan tu kan duit kita jugak.. bayar cukai peee.....

    org masih x sedar...

    ReplyDelete
  6. Mala: Susah nak tukar pemikiran manusia..

    Quntum: Kita yang sedar ni, buatla yang termampu.. Aku dah pun sign up utk jd ahli Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...