Sunday, 15 February 2009

Benda murah yang tak bagus..

Saya suka beli barang yang murah2. (Barang2 yang tak boleh makan la and barang2 yang guna kat muka. Barang2 murah2 cmni sangat mencurigakan.) Pendapat mengatakan barang mahal dan branded tu bagus tak boleh dipakai berdasarkan pengalaman dan setelah saya mengikuti kelas mengenai industri dan perniagaan semasa zaman belajar dulu yang mana 50% atau lebih dibayar hanya untuk jenama dan promosi. (correct me if I'm wrong).

Anyway, saya telah membeli mouse laptop saya yang berharga paling murah kat rak kedai tu. Bro Pian cakap, kalau tak memerlukan kerja2 grafik, beli mouse murah pun dah cukup. So, I took his word on it. Mouse tu cute yang sengaja dibuat menyerupai tikus, ada mata kat tempat click and warna putih biru. Wayar boleh dilaras sebab bila guna laptop, tak la mengganggu dengan wayar2 tu. Tapi apalah rezeki yang sikit, mouse itu dah mula mengong and laptop asyik2 tak boleh recognized.

Lebih menggeramkan bila kita nak buat kerja cepat and mouse pulak buat hal. Rasanya macam wire dia dah loose sebab bila goncang2 kat wayar tu, elok sekejap. Tapi takat mana la sanggup asyik nak goncang wire tu.

Saya rasa, saya dah buat kerja2 surveyance yang terperinci apabila membeli barang. Barang yang mula nak habis stok macam eyeliner, compact powder, lipstick or facial wash, dah dibuat survey harga 2 bulan sebelum dijangka habis. Seperti satu kepuasan bila dapat beli barang dengan harga yang lebih murah kan? Tapi kadang2 bila terkena beli barang mahal or barang yang murah rosak cepat ni, saya amik kira sebagai takde rezeki. If tak hilang kat situ, akan hilang di tempat lain.

Bila nak masuk dunia berumahtangga, lagi banyak barang nak hafal harga. Saya ingat lagi Sis Yanti ada 1 buku yang ada senarai harga normal barang2 rumah untuk dibuat panduan bila shopping. Cadangan yang baik. Tak perlu besar. Saiz buku tiga 5 tu dah cukup dan boleh letak dalam handbag.

Apabila orang cakap yang duit itu tak boleh memberi kebahagian, saya kurang setuju. Tanpa duit juga tak boleh bahagia. Hidup berasaskan cinta dan kasih sayang tanpa duit, boleh bahagia ker? Ibu dan ayah hidup dalam stress sebab tak boleh menyediakan keperluan untuk anak2. Anak2 stress, cari kebahgiaan melalui cara yang salah.

Yer, harta dan duit itu juga ialah punca seorang menjadi jahat sebab sifat tamak. Teringat cerita gembala kambing zaman Rasulullah yang hidupnya sederhana dengan jumlah kambing yang sedikit tetapi beliau taat solat jemaah setiap waktu di masjid. Tiap2 hari dia berdoa supaya bilangan kambingnya bertambah. Akhirnya Allah memakbulkan doanya. Kambing dah jadi banyak, beliau terlalu sibuk jaga kambing. Mula2 tak solat jemaah, lame2 tak solat langsung.

Ah, perkara camnilah yang paling kita takuti. Sebab itu la, orang berharta yang beriman adalah sebaik2 manusia sebab harta ini ialah dugaan yang besar dalam hidup kita. Saya tak minta untuk kemewahan. Cukup asal dapat memberikan keperluan asas dan keselesaan. Saya sangat percaya yang berjimat itu sangat penting. Berjimat yer, bukan sampai tahap kedekut.

Orang yang hadapi kesusahan, akan sentiasa ingat kepada Allah atas dugaan kesusahan yang dihadapinya. Oleh itu, saya rasa, Allah sengaja taknak bagi saya peha kecik walaupun saya dah berdiet dan exercise gile2 punya. Mungkin sebab bile peha saya dah kecik, saya akan pakai seluar ketat..hehehe

3 comments:

  1. awal2..serius jek aku baca.bila smpi tang peha tue,aku ketawa sorang2 kat opis nie.(bukan ketawa ejek ok)

    yaya2=)

    ReplyDelete
  2. uiks... camana agaknya papaya pakai seluar ketat?

    hehehehe

    ReplyDelete
  3. f.i.f.i.E: Itulah hakikatnye..hehehe

    Hadi: U wont be seing me wearing it, that's for sure..hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...