Tuesday, 20 October 2009

Raja sehari yang kekecewaan

Warning: Entry ini adalah entry marah dan geram.

Ingatkah anda bahawa saya nak buat review tentang wedding planner saya yang sangat ehem, hanya sedap di mulut. Ini hanyalah sekadar review supaya jikalau ada orang lain yang google name butik beliau, mereka dapat baca review saya. Yang mana elok, saya cakap elok, yang mana tidak, saya akan bagi review yang sepadan.

Rupe2nya, setelah berjumpa dengan Ainu Sabtu lepas, Ainu telah memaklumkan yang dia juga telah ditipu oleh wedding planner tersebut menyebabkan dia back-off lebih awal walaupun terpaksa kehilangan sejumlah wang deposit. Ainu kata, kawan kepada abg iparnya juga pernah ditipu oleh wedding planner itu.

Wedding planner saya (A*lin Ishak name dipilih) datang dari kedai bernama Busana Pengantin @ Galaxy Selayang. Kedainya beralamat No.4A, Jalan 11, Selayang Baru dekat dengan restoran milik tuan Director Yusof Haslam. Work presentation dia di kedai sangat tip top, marketing skill dia sangat marvelous menyebabkan mama dan saya terpesona lalu bersetuju memilih dia.

Pakej kami adalah pakej lengkap. Dari sewa baju, make-up, makan, dulang hantaran, bunga pahar, katil, hias dewan, pelamin dewan dan pelamin ringkas di rumah. Tempoh masa yang diberi padanya adalah 1bulan. Oleh kerana tempohnya sangat pendek, kami tanya beberapa kali sama ada dia boleh lakukan dan dia cakap dia boleh settlekan semua. Kami percaya. Sekiranya tidak boleh, masih ada vendor yang boleh buatkan untuk kami.


1. Baju
Baju yang diberi adalah baju nikah dan baju sanding. Baju sanding adalah baju yang ditempah khas untuk saya (kononnya lar saya pakai 1st hand). Memandangkan saya sudah ada baju nikah, maka dia bagi saya lagi 1 baju untuk digunakan untuk outdoor photoshooting. Kononnya dia bercerita dengan saya yang baju2nya ditempah dari Man Kajang. Tapi menurut Ainu yang telefon Man Kajang direct, Man Kajang kata die tak de client bernama toot tersebut. Penipuan pertama.

Rupa-rupanya, cerita yang dicerita kepada saya tentang satu anak VIP ini mempunyai citarasa baju yang sama seperti yang diminta juga diceritakan kepada Ainu. Kononnya dia akan tanya anak VIP tu supaya saya pakai dulu baju tersebut sebab wedding anak VIP tu lambat lagi. Itu adalah cerita wajibnya kepada client. Dan selang beberapa minggu, dia pasti akan berdrama lagi mengatakan bahawa baju tersebut rupanya tidak sesuai untuk anda dan dia akan tempah baru di Man Kajang (konon). Dengan ceritanya sebegitu, menunjukkan yang dia sangat mementingkan kehendak client. Dan kita pun rasa dia sangat bagus. Harap maklum. Penipuan kedua.

Baju untuk photoshooting dihantar pada malam akad nikah untuk dipakai pada esok hari. Oleh kerana waktu yang sesak dan kepercayaan saya pada dia, saya tidakla pulak test baju tersebut. (Ini memang salah saya) Akibatnye, baju tersebut tak muat seperti dia tak buat pengubahsuaian langsung untuk potongan badan saya. Sungguhpun saya tak sempat try, baju tersebut memang langsung tak di alter untuk badan saya. Jika ketat sikit, tidak apa, tetapi ini langsung tak boleh muat. Penipuan ketiga.

Takut pisang berbuah 2 kali, saya minta dia hantar baju sanding awal walaupun die cakap ada yang tak siap jahit lagi. Bila saya test, OMG, ketat giler. Saya memang minta nak test baju ni, tapi dia sentiasa cakap baju tak siap lagi. Melihatkan muka saya yang seperti hendak menangis, dia pun cakap akan hantar untuk alteration supaya loose kan sedikit pada malam itu juga.

Tapi saya kecewa sebab saya minta baju saya warna maroon, yang keluar adalah baju warna merah menyala. Dan yang peliknya, baju saya lace dan satin tapi baju suami saya songket. Songket yang benang emas die lebih banyak daripada warna merah. Jadi macam tak sepadan. Dan baju suami juga tidak ditempah baru seperti yang dia janjikan. Seluarnya senteng. Dan bila pergi ke butiknya selepas wedding, tengok2 baju songket lelaki tu dah ade pasangannya dengan baju kurung songket yang sama.

Tudung la paling teruk sekali. Masa dia tunjuk kat saya, anak tudung Ariani. Tapi pada hari majlis, keluar anak tudung harga RM5 di pasar pagi Selayang Baru. Saya benci anak tudung tersebut sebab akan buat muka saya jadi bulat macam bola. Disebabkan tudung untuk dipakai bersama adalah tudung kain chiffon, saya terpaksa pakai juga anak tudung murahan tersebut. Kalau saya tau dari awal, saya nak pakai tudung kain bawal je macam saya pakai masa bertunang dulu. Penipuan keempat.

Parents saya dijanjikan baju sepasang untuk hari majlis. Baju tersebut katanya ditempah khas dari butik terkenal. Malam sebelum hari majlis, baju tersebut tidak boleh dipakai oleh Mama sebab terlalu ketat. Bila diukur dengan baju sample, memang jauh sangat berbeza. Dan selang 2 minggu selepas hari kahwin saya, saya jumpe baju yang exactly sama di kiosk baju di Carrefour. Penipuan kelima.

Pengajaran: Jangan percaya kata orang yang memang maha convincing seperti ini. Percaya pada diri sendiri dan berjuang untuk duit yang telah dibayar.


2. Make-up

Dia datang lewat!! Dia kata, dia akan make-up 3 jam sebelum majlis kerana make-up die mengambil masa 2jam. Yer right! Dia datang beberapa minit before pukul 1 dan make-up saya dalam masa tak sampai 45 minit!

Dari awal, saya kata mata saya sepet dan perlukan shading dan penggunaan eye-liner yang sesuai supaya nampak lebih luas dan tidak sepet. Malam akad nikah dan hari khatam Quran, juru make-up nya oleh orang lain. Saya suka make-up masa malam akad nikah. Light and simple. Bulu mata pun jenis yang ringan. Hari khatam Quran, make-up saya agak disaster sebab kening yang terlalu tebal sehingga dikomen oleh Bro Wan saya nampak seperti kening Shin Chan.

Pada hari sanding, janji manis yang ditaburkan die nak buat make-up saya smokey eyes, langsung macam takjadi. Lipstick juga terlalu pucat, bila dalam gambar, nampak macam tak pakai lipstick. Beliau bragged yang Rozita Che Wan sentiasa mengambil dia sebagai make-up artis, (dia tu memang dah cantik, mata buntang bukan macam mata minah sepet ni). Dia degil tak nak pakaikan eyeliner, lepastu bagi pakai eyelashes yang berat sampai nak angkat kelopak mata pun tak larat. Konon bulu mata harga RM80 dari SASA. Ingat saya tak tahu menahu pasal make-up. Fake eyelashes yang saya beli kat lowyat.net berharga RM6 pun sangat lembut dan ringan. Hasil make-up juga disaster. Tapi masa nak pergi outdoor photoshooting, saya tambah eyeliner sendri. Penipuan keenam.

Kawan yang sejati ialah mereka yang telus memberitahu apa yang tidak betul atau tidak cantik. Kalau lah Aqish ada bersama saya mase tu, mesti make-up nyah tu akan dikritik dengan dahsat.

Pengajaran: Sila buat make-up testing. Sekiranya die telah menabur janji manis untuk buat make-up testing, tiba2 dia kata dia sibuk tak da masa, insist dan paksa jugak. Biar dia annoyed tahap dewa. Jangan takut untuk nyatakan ketidakpuasan hati anda. Anda adalah client. Sungguhpun anda tidak berapa pakar tentang make-up tapi anda tahu what’s best for you melalui pengalaman2 make-up sendiri. Rakan baik perlu ada semasa make-up testing atau semasa make-up hari kejadian. Hanya rakan baik yang tau citarasa anda.


3. Pelamin
Memandangkan kami pakai baju warna maroon, rasanya kurang sesuai pelamin juga warna maroon. Tapi si wedding planner yang kami anggap profesional dalam bidang tersebut telah kami serahkan kepada beliau untuk membuat keputusan. Hasilnya dalam gambar, baju blend in dengan pelamin. Nampak sangat serabut.

Saya insisted on bunga lily putih bertangkai panjang tapi saya dapat bunga tangan ros warna merah ade selitan lily 3 kuntum di tengah. Warna bunga tidak nampak sebab baju pun warna merah. Semasa akad nikah, saya insisted nak bunga tangan warna merah tapi dia kata tidak sesuai, dia bagi saya bunga tangan warna putih. Hasilnya dalam gambar, warna bunga telah blend in dengan warna baju warna cream.

Pengajaran: Kalau anda telah buat research, dah tengok wedding planner terkenal yang lain buat nampak cantik, jangan ikutkan sangat kata2 wedding planner yang kadang2 perasan bagus ni. Follow your instinct.


4. Makanan
Makanan masa akad nikah dan khatam Quran, sedap tapi makanan masa majlis tidak dapat tandingi Ishak Caterer yang mana merupakan caterer wajib keluarga kami bila buat function. Makanan high-table die sangat tak sedap dan tiada hiasan2 seperti tembikai diukir menjadi swan atau jeli warna pelangi seperti majlis kahwin Suzy. Ada yang komen buburnya macam nak basi. Kek kahwin complementarynya juga buruk dan nampak sangat cheapo. Nasib mama buat pulut kuning.

Pengajaran: Sila listkan makanan untuk high-table. Jangan bagi caterer buat keputusan sendiri. Kita ada hak untuk berbuat demikian.

Kesimpulannya, saya sangat tidak puas hati dengan wedding reception saya. Dan saya paling benci kerana ditipu oleh wedding planner tersebut. Janji2 manis yang ditaburi hanyalah janji2 kosong. Beginilah orang Melayu membuat bisnes.

Saya bukan nak burukkan wedding planner ini. Tapi saya taknak raja sehari yang lain kecewa seperti saya. Pakejnya tidak semurah mana menjadikan saya lebih sakit hati.

Suami kata let it go. Tapi bila diingatkan, saya jadi marah.

Bakal pengantin, sila buat research banyak2.

15 comments:

  1. yaya dear, i read this whole entry every word...i'm so sorry....thank you so much for sharing...a good lesson for all of us...

    wah ainu mummy to be..mashaAllah...do send my salams to her...

    ReplyDelete
  2. mak ai...
    aku ingat lagi waktu aku bersenda gurau kat rumah ko tu, dia melenting bagai nak rak...terus aku sadap ler...huahuahau

    tapi aku sangat sedih kerana dihalau oleh wedding planner ko itu dari meja yang aku sudah bersiap sedia nak melahap itu...hauhauha...tapi lepas dengar komen ko yang ia tidak enak....hurmmm..ntahlah yaya...tapi whatever it is. aku enjoy gi wedding ko regardless of the probs, are becoz both of you are my friends...

    and that is enough for me to overlook any flaws that you stated....thanks for inviting though..hehehe

    ReplyDelete
  3. fietri10:43 am

    aku ada tengok some pics dalam entry ko yg lepas.terdetik cakap"kenapa nmpk mcm lain?"

    ada kisah rupanya.setuju dgn pendapat ko.even aku yg lmbt lagi nk kahwin,sbuk dok masuk sani sini tgk2 pakej perkhawinan.Ngee.

    eh,kim salam dgn ainu dan aqish tau.aqish tue,aku penah satu meja dgn dia masa mula2 dia masuk kelas dolu2 kala.Haha.

    ReplyDelete
  4. trok..trok..trok..kalo aku dh nangess dh tuu..

    ReplyDelete
  5. Sab: Some wedding planners do take their clients for granted. Be extra careful dear.
    Mal: Aku pun bengang giler bila die suruh korang makan tempat lain. Tapi ko tak rugi pape Mal, makanan high table die memang tak sedap langsung! And I heard that kedai dia di Puchong dibakar oleh clients yang kecewa.
    Fitri: Gambar dalam entry yang lepas? Aku tak pernah letak lagi gamba kawin kat dalam blog, cume ade kat Facebook je.
    Tini: Nangis pun tada guna. Dah lepas, that day will never repeat again. Neway, aku plan nak gi sewa baju kawin n amik gambar kat studio sebagai ganti

    ReplyDelete
  6. dem aku baca aku dah jadi marah.

    pernah gak terpikir nak amik wedding planner, senang keje skit. tapi pikir2 balik diorg ni pun kadang2 bukan buat sendiri, ada yang sub-con, buat jadi lagi mahal. aku rasa kalau buat sendiri (dengan bantuan of coz, sorang2 matilah) lagi bagus. penat tapi janji puas hati.

    so terpaksa la aku start meresearch sekarang walaupun aku nak kawen lambat lagi. hehe

    ReplyDelete
  7. Ara: Kalau masa panjang lagi, baik survey satu2.. Wedding planner selalu subcon, die goyang kaki je sebenarnya n kita pun tak tahu bape banyak die amik komisyen baru bagi kat orang yang betul2 buat kerja tu..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Dear..bg facebook awk..sy pun amek die..sedih sgt nie coz dah byr byk..

    ReplyDelete
  10. Puteri: How's everything going? I hope semuanya ok sekarang..

    Nicky: Since you've paid everything, fight for your right girl.. Fight for everything she has promised you from day 1..

    Macam mana kita nak stop dia ni?? PR dia sangat bagus kan? Sesiapa pun akan tergoda... huhuhu

    ReplyDelete
  11. stressnye..sedih..takut..mcm mane ni...:(

    ReplyDelete
  12. sorry adik delete komen before this takot si dia baca sbb wedding next week takot dia xbuat pula .. nnti after wedding my bro adik cite ya kalau ada yg tak kena . ok kakak2

    ReplyDelete
  13. kak yaya !! lin tu mmg shial ! wedding kami die xbuat .. suka2 hati mak bpk die je .. tp alhamdulillah majlis tetap jalan mcm biasa tp terpaksa la kuar duit lagi ..

    then akak jgn lupa beli paper metro rabu ni 2/3/2011 family sy bg tahu media psl pondan cilake ni ..

    ReplyDelete
  14. Zetty: When is your wedding? I pray that everything goes well on that day.

    Nicky: Akak dah baca Metro pagi ni. Tengok kat MHI, tak sangka pulak front page..

    Ramainya yang dah tertipu.. Bagaimanakah nasib mereka yang telah buat bayaran tapi majlis belum lagi? Adakah dia akan melarikan diri? I hope not... Kalau tak, kesian kat client yang dah bayar.. huhuhu

    ReplyDelete
  15. omg!!! takutnya kalau jadi mcm ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...