Sunday, 18 October 2009

Little spoilt brat..

Saya adalah seorang yang sangat manja + mengada2 (cuma saya tidak meraung2 di lantai seperti seorang kekanak yang tidak dapat lollipop warna2 warni berharga RM8 di Famous Amos). Tapi muncung saya memang boleh ikat dengan reben dan saya menangis bila dimarahi suami.

Sebenarnye suami tercinta tak pernah marah isteri comel ini. Dia cuma diam dan kembali normal selepas sejam. Tapi si isteri comel tetap menangis macam lar kena cubit sampai tinggal bekas lebam yang tak hilang selama seminggu. Oleh sebab itu, si isteri comel yang selalu gets her way ini kekadang naik lemak. Sian pada si suami hensem dan tetap hensem walaupun sedang tidur.

Selepas kahwin, suami menggantikan ibu. Syurga saya adalah di bawah tapak kakinya. Dan sepatutnya saya perlu melayannya sepertimana saya melayan mama saya. Saya tak boleh marah dia, tak boleh tinggi suara dengan dia dan tak boleh lawan kata2 dia. Sekali suami marah, Allah pun murka. Saya tahu tu, tapi kekadang I always, always got carried away.

Saya pun pelik, dengan mama, saya boleh jadi penyabar, boleh jadi tidak pemarah, tapi dengan suami ni pula, saya jadi tidak penyabar. Mungkin saya perlu jadi vegetarian (orang kata makan kurang meat (white or red) menjadikan kita kurang pemarah dan lebih penyabar seperti sami pakai baju oren).

Dan insiden semalam yang mana kami telah sesat di bandar Puchong selama sejam hendak mencari Puchong Utama P8 sekali lagi telah membuat saya jadi kurang sabar lalu melepas geram pada orang sebelah yang memandu Gen2 biru yang tak basuh selama sebulan. Dan rasanya disebabkan itu, hari ini saya diarrhoea dan pening selama sehari. Allah selalu bagi cash sekarang ini.

Saya perlu jadi lebih baik. Suami saya adalah lelaki yang paling baik walaupun isteri comelnya malas lipat kain, selalu tak lipat selimut lepas bangun tidur, tinggal telekung atas lantai lepas solat jemaah dengan suami.

Dan sejak ada suami ini juga saya jadi terlampau sensitif. Menangis semakin teruk semasa menonton cerita Windstruck walaupun tontonan untuk kali yang ke10. Tidak boleh lagi membaca atau menonton cerita2 percintaan yang sedih. Suami akan tersenyum sambil mengelap air mata si isteri yang menangis berjurai2.

Saya tak sanggup kehilangan dia. Ya Allah, Kau berkatilah hubungan kami ini agar kami bahagia dunia dan akhirat. Amin..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...