Tuesday, 20 October 2009

Rumah besar, tiang seribu

*tak tau ape kaitan dengan tajuk di atas*

Kenapa apabila penjawat awam berbicara tentang hendak mencari rumah, respon orang ramai mesti dikaitkan dengan kuarters atau menyewa? Seolah2 itu yang berada di kotak minda mereka bahawa penjawat awam tak memiliki cita2 untuk membeli rumah kerana kerajaan menyediakan kuarters?

Kerajaan sememangnya menyediakan kuarters untuk penjawat awam. Bayangkan menduduki rumah teres 3 tingkat yang mana dinding pagar akan dicat secara percuma apabila mula ada kulat sebab kontraktor guna cat murah atau apartment 3 bilik bukaan yang luas dengan bayaran sewa yang sangat minima. Tentunya mereka berasa terlalu complacent dengan keadaan tersebut lalu ingin terus tinggal di situ selama-lamanya.

Tapi kita perlu sedar, kita bayar tiap2 bulan sampai 20 tahun pun, rumah tersebut bukan milik kita. Sungguhpun tiada wang pendahuluan, boleh buat pinjaman perumahan kerajaan sehingga 100%. Bermulalah dengan rumah yang kecil. Semua orang mengimpikan rumah besar seperti rumah Yusof Haslam lengkap dengan court tenis dan kolam renang, tapi kita belilah sekadar yang mampu. Yang penting, akhirnya property itu jadi milik kita.

Topik wajib dengan suami rajin kemas katil baru2 ini tak lain tak bukan ialah tentang mencari rumah. Bukan senang nak mencari rumah yang sesuai. Lagi bila nak cari rumah 2nd hand. Nak tengok kawasan, adakah ada serangan lalat atau kawasan golongan rempit buat race di waktu malam atau kawasan itu selalu takde air dan pernah keluar di TV3 memohon simpati sebab PBT memang terkenal akan kelembaban mereka bertindak. Selain itu, perlu juga semak sama ada kawasan tersebut dibina atas timbunan sampah sarap atau kawasan lombong yang ditambak. Sekiranya ada kawan2 di PDRM, perlu check sama ada kawasan tersebut selalu berlaku pecah rumah. And the list go on.... heh, penat..

Mama dan papa shortlisted sebagai simpanan untuk menjalani Haji tahun ni. InshaAllah, 90% chances akan pergi. Maka sepeninggalan mereka, saya sebagai kakak yang paling tua walaupun baru berusia sweet 25 perlu menjaga rumah untuk 40 hari. Yey, let’s partay!! Yang ada di rumah pun cuma Pian. Yey, let’s partay! Heh

Jadi, boleh lar saya mencuba pelbagai resepi makanan. Yang mana tak jadi tu, Joe dan Pian la tukang habiskan. Maka untuk 40 hari tu, boleh lar merasa jadi mem rumah.

Teringat masa mama dan papa pergi Haji kali pertama tahun 2001. Masa tu Sis Yanie yang berumur sweet 24 menjadi ketua rumah. Bro Wan adalah budak gemok berusia 10 tahun. Sekarang budak gemuk itu masih gemok tetapi bergigi besi yang boleh melekat di magnet yang besar seperti tarikan Magnito. Masih baby brother saya yang annoying tapi comel yang suka baca novel cinta seperti buku tulisan Nicholas Sparks dan novel Twillight, sangat hebat bermain guitar tetapi mendapat pointer sem 1 matrix UM yang rendah sebab suka sangat main Dota sehingga jam 3pagi. (Takde kaitan dengan entry ini.)

Hari ini ada jamuan Hari Raya tahunan Kementerian. Tahun ni adalah tahun ke3 berturut2 yaya tidak hadir. Selain kenyang perut, saya pasti akan kenyang mengumpat juga sebab sakit hati tengok orang tamak haloba seperti anjing dengan bayang2 ambil makanan banyak, berebut2 tak beratur macam esok bakal berlaku gempa bumi 9.0 skala richter selama 3 minit maka perlu makan dengan banyak hari ini.

Adoi, kenapa lah masyarakat kita ni bila bab makanan sokmo berebut2, takut sangat makan habis pastu ambil banyak2 pastu tak larat makan. Maka saya malas lalu pergi makan Jom Jimat KFC bersama suami kurus saya. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...