Wednesday, 11 November 2009

Anda suka makan donut?

Jawapan bertarikh April 2009, donut Big Apple dan J Co juga belum ada sijil halal.

Sebarang pertanyaan tentang produk2 halal, click sini, then click e-halal. Di situ, boleh cari senarai syarikat, hotel, restoran yang ada sijil halal. Website HDC masih lagi redirect ke web e-halal JAKIM. [edited: Sekarang dah kembali ke JAKIM.]

Sijil Halal adalah satu standard, seperti MS ISO 22000 atau HACCP atau sebagainya. Pengeluar yang nak dapatkan kepercayaan umat Islam bahawa produknya Halal, akan apply untuk sijil Halal (atau memaparkan sijil Halal palsu di depan kedai) daripada HDC. Dan setelah HDC approve produknya halal (dari segi bahan dan lokasi pembuatan), bertambahlah pembeli produk tersebut sebab dah yakin yang produknya halal.

Masalahnya sekarang, ramai sangat pengeluar yang nak tipu. Spesifikasi nak dapatkan Halal bukan senang, banyak kriteria yang perlu ditepati, (adalah dalam 4jam kuliah belajar pasal standard Halal masa zaman Uni dulu. Dan berbaloi la tak tidur sebab panel interview PTD tanya pasal Halal semata2 sebab tengok saya grad Food Science and Nutrition). Banyak juga syarikat yang terkandas separuh jalan sebab tak dapat menepati spec.

Dan kita sebagai umat Islam, kita mempercayai logo tersebut atau dengan HDC JAKIM itself yang bila ada logo Halal, produk tu Halal dimakan. Tapi bila dah timbul ragu2 akan ke'accountability' orang yang memberi pengiktirafan Halal ni, "makanan yang pelik2 tu, tak perlulah nak dicuba2," tu quote ayat mama.

Saya dapati sekarang, ramai yang ambil remeh hal halal ni. Parents saya sangat particular tentang produk halal. Pembelian produk makanan, MESTI check dulu ingredient dia dan perkataan seperti Lecithin (tanpa diikuti perkatan 'Soya') dan Gelatine akan direject 100% dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Saya pernah makan hanya sekali marshmallow seumur hidup ni, itupun sebab ada dalam biskut Chocopie yang model iklan Mila AF tu. Rasanya memang sedap sampai rasa nak beli lagi 5 peket. Sambil makan dan menyuap Joe yang sedang drive, saya check ada logo halal Jakim, tapi bila tengok ingredient die bovine gelatin, terus saya rasa nak muntah.

Balik tu, saya browse nama syarikat pengeluar Orion Confectionery di e-halal JAKIM, tapi takde, yang ada cuma Orion Food Industries dan hanya beberapa ingredient dapat sijil halal. Masa tu, saya tak check dengan SMS Halal Malaysia sebab tak ingat no SMS.


Saya anti produk2 makanan yang berstruktur spongy. Produk2 begini mesti ada gelatin dan gelatin ni dihasilkan dari sumber binatang. Sama ada binatang pink berekor simpul atau binatang berkaki 4 yang telah disembelih, itu yang menjadi tanda tanya. (Untuk vegetable kapsul ubat-ubatan, Prof saya cakap, gelatin jenis ni dibuat dari teknologi microbiologi

Ada yang berkata, makcik jual keropok lekor tu takde sijil halal, takde pun orang argue halal ke tak. Tepuk dahi saya. Kita diberi akal untuk berfikir dan panca indera untuk melihat, mendengar etc.. Anda ada beli keropok lekor atau kuih muih di pasar malam daripada bangsa lain? I doubt u did. Nak beli ape2 di tepi jalan pun tengok dulu penjualnya kan? Kenapa? Sebab makcik tu takde sijil halal, tapi AT LEAST mesti daripada orang Islam kan? Seteruk2 orang Islam Malaysia nak buat kuih or nasi lemak, takkan lar die pakai daging khinzir. N kalau nak argue dari segi kebersihan, kalau dah teruk sangat mungkin la die gaul nasi guna kaki dan restoran yang kotor, kite pun geli nak masuk kan?

Dan syarikat besar, cawangan 1 dunia or Malaysia, takkan takde duit nak mohon standard Halal Malaysia? Unless they have something to hide?? Bagi saya, agak fishy lar kalau mereka tak mohon. Atau pun mereka melihat di Malaysia ni, orang Islamnya ni tidak ambil kisah lagi restoran or pengeluar tu ade sijil Halal atau tidak. Yang penting ianya sedap, glamer dan kalau tidak makan, rugi wo, ketinggalan zaman.... Jadi tak mohon pun masih ada market kan? Nauzubillah..

Ada yang kata, yang ade sijil Halal pun tipu, sebenarnye tak dapat pun. Jadi sebab tu kena guna akal. Handphone tu bukan sahaja untuk bermesej gedik dgn bf/gf, tapi boleh juga utk semak halal secara sms. Sesiapa yang pandai bace ingredient, sila baca sebelum membeli, rasa was2, boleh check dgn JAKIM dan sekiranya didapati mereka tipu, aduan boleh dibuat, itu peranan kita sebagai umat Islam supaya saling bantu-membantu dan bukannya membatu.

Senarai restoran yang dapat sijil Halal pun ade disenaraikan, rajin2lah menyemak. Sekarang ni sama ada kita mahu tau atau tidak, ambil berat atau tidak, itu sahaja..

Kesimpulannya, produk makanan halal haram ni tak boleh diambil remeh bagi melahirkan umat Islam yang berkualiti kerana setiap produk haram yang masuk tubuh kita, akan menjadi darah daging.

(Macam ending karangan UPSR)

3 comments:

  1. memang karang upsr sangat...
    tapi aku pon sama la sangat la sentitip bab halal ngak halal ini...
    bila gi obesi sanggup nieh berlapar cari makan kat kedai islam walaupun bukanlah cuisine that particular country...sedih la gak sebab gi jejauh tapi makan kebab gak sebab itu ajer yang diyakini halal sebab orang islam yang jual...
    huhuhuh

    ReplyDelete
  2. Aku kat Beijing aritu, nak makan aiskrim pun risau. Gelatto!!!!

    ReplyDelete
  3. Mal & Hadi: Bagus lar camtu.. Kdg2 aku rasa nak jadi vegetarian.. Tapi kat Malaysia takde burger vegetarian yang sedap.. Maneleh hidup tanpa burger!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...