Friday, 5 February 2010

What did you see?

Dulu masa saya di tingkatan 4 dan 5, saya amik kelas tuition di Kasturi KL. Setiap hari Sabtu dan Ahad, adalah hari paling benci sebab tak dapat tidur sampai jam 9 kerana perlu pergi tuition menaiki bas seawal jam 7 pagi. Saya masih ingat lagi, hari Sabtu ialah kelas tunggal Fizik dan Add Math dan Ahad ialah kelas tunggal Kimia.

Saya naik bas di depan Warta Lama di Selayang. Kat situ pagi2, mesti ade satu pakcik kurang siuman, rambut berserabai dan berbau hancing akan tidur kat kerusi tempat tunggu bas. (Sampai sekarang, saya agak trauma nak duduk di kerusi tempat tunggu bas).

Saya akui, hidup saya selalu dipengaruhi drama sebab terlalu banyak menonton televisyen. Maka fikiran saya juga kerap berdrama. Membuat assumption terhadap keadaan sekeliling.

Setiap kali melihat orang tidak siuman, saya pasti akan terfikir, bagaimanakah hidup dia sebelum dia jadi tak siuman? Adakah dia pernah berkahwin? Ada anak2 ke? Atau dulu dia pernah kaya-raya, economic downfall menyebabkan dia muflis lalu jadi tak siuman? dan bermacam2 lagi imaginasi saya.

Bas yang lalu depan Warta, nak ke CM adalah bas 94, 94A, 55D, 10D. Ada juga bas Metro yang ramai warga asing yang suka ushar pelik seakan melihat kita bogel. Tapi saya suka naik bas Metro sebab pemandu dia kurang ajar, suka bawa cilok2 dan saya cepat sampai ke kelas tuition.

Bas2 ini akan melalui Chow Kit. Kat sini, boleh nampak makcik2 tua tanpa teman menjinjing plastik2 berat berisi barang2 dapur menaiki bas. Dan berfikir lagi. Kenapa makcik ni sorang2 pergi pasar? Mana anak2 dia? Mana suaminya? Adakah makcik ini tinggal berseorangan? Atau anak2 nya telah mengabaikannya? Kalau benar makcik ini punya anak, kenapa dibiarkan makcik2 tua begini masih ke pasar berseorang membawa beg plastik berat? Dalam hati beristighfar moga saya takkan buat ibu bapa saya begini.

Setiap minggu saya akan melalui CM. Setiap minggu juga saya akan ke Petaling Street mencari CD baru atau ke Kotaraya meminjam novel di Novel City. Saya bersendirian. Saya tiada teman. Saya suke bersendirian tanpa teman.

Melalui Kotaraya mendengar pakcik cina tua bermain Erhu mendendangkan lagu2 sedih di bawah jejambat depan Kotaraya. Kadang2 saya berdiri berhampiran dan mendengar alunan Erhu. Apakah kisah pakcik ini agaknya. Bermain Erhu yang usang sepanjang hari. Saya tak pernah tanya. Mungkin juga pakcik ini tak pandai berbahasa Melayu, saya juga tidak tahu.

Bila ke shopping complex, melihat seorang lelaki bersama anak atau anak-anak tanpa isteri. Apa yang anda fikir? Saya akan terfikir, mungkin isterinya outstation dan bapa membawa anak2 makan di luar. Atau mungkin dia seorang bapa tunggal. Kalau melihat anak2nya berpakaian tidak betul seperti sebelah stokin pink dan sebelah stokin merah, ni lagi kes berat. Isteri outstation lama sampai suami dah tak terurus dengan perihal anak2 atau si suami sedang melalui proses penceraian.

Ada sekali saya hendak menonton wayang dan di kaunter ialah 2 orang kanak2 lelaki baya sekolah rendah. Yang abang agak besar, mungkin dalam darjah 6, berpakaian lusuh hanya berselipar jepun dan yang adik, mungkin berpakaian yang terbaik dia ada, siap berkasut dan berstokin mungkin berumur 6 - 7 tahun.

Waktu itu beberapa hari selepas Raya Eidulfitri. Bila hendak membayar duit tiket, si abang mengeluarkan duit kertas seringgit yang agak banyak, bergumpal2 macam amik dari tabung. Dikira satu persatu, ditambah pula duit syiling. Si adik hanya memerhati abang mengira duit. Bila tiket diperoleh di tangan, si adik melompat gembira. Dan saya menitis air mata.

Fikiran kembali berdrama. Mereka bermacam cerita di sebalik situasi sebentar tadi.

Saya tak suka melihat elderly makan berseorangan di food court atau mana2 tempat makan. Tangan terketar2 menyuap makanan, kadang2 tumpah di tepi bibir, kadang2 tumpah di atas meja atau tertumpah terkena baju. Di mana anak2nya? Pasangannya? Sedihnya jika saya di tempat mereka.

Hidup ini penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Saya penat dengar orang komplen. Lagi2 komplen seperti ini, "Kenapa aku masih takde bag Coach"


*mode sedih*

12 comments:

  1. whoaaa...exactly cam aku gak...aku sejak dari usm lagi...aku slalu dok terpikiaq pasal kehidupan orang lain...especially yang susah tu...itu yang bantu aku untuk menyedapkan hati that at life i have a good life walaupun ada la kekurangannya...but then again aku ni pon kuat tengok drama kot...sebab aku pon suka gak dok 'teranalisis' pasal orang sekeliling aku secara tidak langsung...dulu waktu kecik aku slalu ikut arwah tok aku gi rumah-rumah orang tua and rumah anak-anak yatim untuk help out with something...it somehow help you to appreciate your own life...contohnya cam aku tengok ada pakcik tua yang bujang lagi, i feel better sebab aku still muda and i still maybe got time...opppss terpanjang lagi skali plak...hampunnn ya yaya...

    ReplyDelete
  2. waahhh..kite tuisyen kat tempat yg sama lah..kat KASTURI..hehe

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:49 pm

    kesimpulan:
    1)orang2 kl dan pinggir kl sangat ramai yg memilih pusat tuisyen kasturi.

    2)yaya suka berfantasi tetapi masih berpijak pada pentas realiti.

    ReplyDelete
  4. Mal: Really appreciate your comments :)
    Hana: Samalar kita :)
    Anon: Kekonon Kasturi banyak soalan bocor ;) Tapi cara cikgu dia mengajar (Add Math) memang bagus dan menyenangkan pemahaman.

    ReplyDelete
  5. mamal: u still hv time.but time is running out! hehe..

    yaya: penceritaan ko terlalu sedih.rs nk mengalir ayaq mata tp aku tahankan.
    aku tak berdrama bile aku katakan ini..hehe

    ReplyDelete
  6. sama la kita kak! i love wondering how it will feel like to be in the other persons shoe. where will she be in 4 hours, what did she eat. its so fun, especially if they have a lifestyle we dont have. LOL.

    and a very humbling experience.

    ReplyDelete
  7. perempuan mgandung jalan sorang2 tanpa suami disisi dan pimpin anak kanan kiri,ko pernah nmpk tak?

    aku selalu!dan tak suka tgk drama mcmni.luluh hati perempuanku melihat.tapi aku ketawa kuat2 la bila dger org komplen pasal coach tu.

    ko potong mood aku nk berdrama,tahu tak :p

    ReplyDelete
  8. Ryo: Mal ada time for what??
    Aku stil rasa sedih bila teringat 2 orang budak nak beli tiket wayang tu..

    Nawal: Kalau shoes orang2 yang kaya, fun juga membayangkan hidup mereka. Tapi bagi yang hidup kurang berkemampuan, it's just so sad to imagine what it feels like..

    Fitri: Pempuan mengandung, pastu pimpin anak kiri kanan, pastu suami jalan nonong kat depan lagi aku rasa nak bagi penampar kat laki tu. Suami dah syok2 dengan bini, time nak jaga anak, ko bagi 100% kat bini. Nauzubillah.. Semoga suami aku tidak begini..

    ReplyDelete
  9. entri kau ni agak sedih aku baca. mungkinkah kau tulis dlm mood sedih?

    analisis orang sekeliling tu biasa la, semua org buat. tapi kena ingat gak, menilai buku bukan dari kulitnya.

    tapi menjadi pemerhati mmg syok :D

    ReplyDelete
  10. Betul, takleh menilai dari luaran. Sebab tu boleh create macam2 drama di sebalik kelibat manusia..

    Tak ingat dah mood aku masa tu macam mane ;)

    ReplyDelete
  11. setuju2. sedeh dan humbling. :(. cant help but feel bad, sometimes im such an ungrateful person.

    ReplyDelete
  12. Nawal: Human aint perfect but never ever stop to be better :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...