Bimbang penguasaan wanita
KUALA LUMPUR 22 Feb. -
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.
Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.
Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk, Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.
Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, Cuepacs mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.
Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun terdapat lebih ramai guru wanita dalam perkhidmatan tersebut, peringkat pembuat keputusan dikuasai kaum lelaki.
Beliau berkata, prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.
Yim Pheng menyarankan agar kementerian berkenaan mengambil lebih ramai guru lelaki untuk bidang-bidang tertentu seperti sukan, pendidikan jasmani dan kokurikulum.
Nisbah yang ideal antara guru lelaki dan wanita kata Lok adalah 50:50. - Bernama
Taken from Utusan Online
"...implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara."? Mohon ulas lanjut tentang implikasi yang bagaimanakah yang dimaksudkan.
p/s: Mase amik degree dulu pun lelaki cuma 1/4 daripada coursemate. Lelaki Melayu, cuma 3 orang!!

apa diorang kecoh. ratio tu dah betul. drpd kelahiran bayi2 lagi ratio dia pompuan yg banyak.
ReplyDeletemasa sekolah rendah, byk laki kantoi, ramai pompuan berjaya.
sekolah menengah pun sama.
universiti pun sama.
maka logiklah yg dpt jd ptd tu ramai pompuan. sbb ramai laki yg dah kantoi...
pelik aku. cuba tgk masalah tu dari akar dia, bukan pucuk.
dah dari bayi lagi pompuan ramai...
hahahahaha. orang patut risau sebab delivery system kat malaysia nih, kalau dicompare dengan singapore, mmg kalah lah. ini boleh risau sebab lelaki sangat kurang dari wanita? wah, peliklah zaman skang nih. so kalau lebih ramai lelaki, maka delivery system akan menjadi lebih baguskah?
ReplyDeleteactually it doesn't make much difference pun lelaki ke perempuan ke. janji kerja jalan =)
Rosli & Mala: Boleh tak aku cakap, mungkin CUEPACS perlu something sensasi untuk diluahkan sebab kalau tak, badan tu macam takde fungsi..
ReplyDeletei hear you woman. i was kinda pissed off about this thing. Kalau ikutkan hati nak aje aku cakap banyak benda.
ReplyDeletehmm..cuepacs salah sebenarnya kalau ckp wanita bukan pembuat keputusan yg baik..tapi aku setuju kalau dia cakap lelaki pembuat keputusan yang lebih baik...boleh ke gitu? hehe..tapi aku bukan sexist ok..a good topic to discuss..
ReplyDeletethere are factors, pros n cons yg sangat panjang kalau nak dibincangkan..
korang pon mesti ade bos laki n pompuan kan? nilai la sendiri..after all hari ni presiden cuepacs ckp ni bukan pandangan cuepacs..individu je..
senang cakap...
ReplyDeleteaku prefer having male boss daripada female boss...and more than half of my friends feel the same way...
tapi alhamdulillah, aku pernah ada female bosses yang tarbaikkkk...
tapi aku rasa tak perlu la nak kecoh about gender issue...dah memang nisbah kelahiran laki : pompuan camtu...and memang laki yang berkualiti makin kurang sekarang...only yang berkualiti tinggi dapat jadi PTD...ooopppsss...hahahahaha
wanita ramai dari lelaki, di sektor2 bermanfaat mcm perkhidmatan, pendidikan dsbnya, itu hakikat.
ReplyDeleteMungkin cuepacs melihat kepada kesan langsung dan jangka panjang dominasi wanita dalam sektor perkhidmatan. Tanpa menafikan keupayaan wanita kadangkala (dan byk kali) lebih baik daripada lelaki, faktor lain seperti cuti bersalin, pilihan bersara awal, komitmen kepada keluarga, psikologi dan emosi adalah faktor yang membezakan citra kepimpinan lelaki dan wanita. Sekali lalu, kelihatan seperti kewujudan Kementerian Wanita seakan dangkal melihat keupayaan wanita memperkasa diri mereka melebihi lelaki dewasa ini. Kementerian Lelaki dan Pembangunan Keluarga, sekalipun berbunyi lucu, adalah satu yang boleh mula difikirkan.