Kenapa orang selalu mengungkap "sadisnye" bila ada orang lain bercerita tentang perkara sedih.
Saya dah google, dan tiada perkataan sadis dalam bahasa Melayu yang membawa maksud sedih.
Sadis yang wujud hanyalah sadist yang membawa maksud mereka yang zalim, kejam dan melakukan aktiviti ganas terhadap hidupan lain (penerangan secara bahasa pasarnya lah).
Kalau sadis yang mereka selalu ungkapkan itu adalah bahasa slang untuk sedih, saya rasa macam kurang sesuai. Sebab maksudnya sadist itu begitu berlawanan dengan sedih.

Saya pernah terfikir pasal benda ni masa sekolah dulu. Setelah memahami maksudnya, saya tak sanggup dah nak guna perkataan tu.
ReplyDeleteMemang 'sadis' begitu berlawanan dengan maksud 'sedih'. Malah, jauh menyimpang!
p/s: I think I saw you+husband at Titiwangsa about 2 weeks ago??
Aku pernah kena tegur dengan kakak aku pasal guna word tu, pastu aku tak guna lagi sejak itu.. Mereka2 ini suke sebut ikut suka je, maksud sebenar, tak tahu..
ReplyDeletep/s: Oh, tiap hari minggu aku+husband bawa bapa mertuaku berjalan di Titiwangsa setiap pagi.. Eh, nape tak tegurin aku dong! :)