Tuesday, 2 March 2010

Saya dah cuba

Siapa pernah dengar petua, untuk mudah seterika baju batik, letak dalam freezer semalaman, esok boleh seterika dengan mudah?

Saya dah cuba dan petua ini tidak berjaya.

Petua ini perlu lebih detail seperti cara pencucian baju batik tersebut.

Seperti saya yang hanya masukkan baju batik dalam net dan terus masuk dalam mesin basuh.

Hasil baju batik yang telah melalui tempoh spin, pastilah berkedut2.

Bila dah seterika tu, memang takda rupa macam pernah diseterika. Berkedut berjuta.

Mungkin tempoh spin terlalu lama? Atau penggunaan pelembut sedikit?

Maka saya pun berbalik kepada cara tradisional iaitu basuh tangan, guna baldi dan berus. Setelah direndam dalam air dicampur pelembut, jangan perah dan jemur di bawah redup.

Hasilnya, mengancam sekali.

Tiada kedut berjuta.

Nak seterika pun mudah, mengikut kata

Jadi, jangan malas, sila basuh baju batik anda cara tradisional. Bermulalah dengan membeli berus dan baldi sekarang.

5 comments:

  1. setuju... baju batik adalah spesis kain yang manja... dia xmo berpusing-pusing di dalam mesin basuh.. dia mahu dibelai dengan tangan dan selepas mandi dia mahu terus digantung.. Dia harap jangan la perah dia dengan kuat... dan letak la sedikit pelembut kain agar baunya harum. hasilnya.. *blingg* tiada kedutan...

    ReplyDelete
  2. aku x penah basuh baju batik guna mesin basuh. aku hantar je kat kedai dobi! hehe! org malas nak membelai baju batik mcm aku ni mmg begini!

    ReplyDelete
  3. Wanie: Ye betul.
    Naz: Tiap minggu anto dobi, baju suami isteri, kering mak ;)

    ReplyDelete
  4. la.. aku cmpak je batik dlm mesin.. tp ada softener gak la... time nk iron batik tu..make sure sembur air...setakat ni mmg itu je petua aku n baju aku tak kedut dr pg smpai petang...

    **make sure batik lembab ms iron + iron guna yg plg panas...**

    ReplyDelete
  5. Ina: Kadang2 ikut jenis kain batik jugak. Mungkin aku punye batik murah kot? hehehehe.. Bukan setakat lembab, seolah2 macam kene basah terus masa iron.. T_______T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...