Monday, 1 March 2010

Kecil tapi bermakna

Saya merupakan seorang yang mudah berasa gembira. Tak perlu memberi cincin berlian baru boleh membuat saya gembira. (Tapi kalau dapat cincin berlian memang membuat mana-mana perempuan bagai terbang di udara ;)

Saya suka handbag besar. Sebesar handbag yang boleh membawa masuk secara haram 2 burger dan 2 air ke dalam wayang.

Tetapi saya selalu lupa letak handphone kecil saya itu di poket bag. Akibatnya, bila handphone berbunyi, usaha untuk mencapai telefon sebelum talian terputus selalu gagal

Maka Joe telah membeli saya ini:


Patung comel yang berwarna kuning. (Nama dia Momo sebab lipstick dia seakan coMOt gitu.) Letak dalam beg besar mana pun, memang mudah untuk cari handphone saya sekarang.

Beberapa hari yang lepas, mengomel tentang beg handphone saya yang dah koyak. Dan semalam, Momo sudah terikat pada beg handphone yang baru.

Saya memang tak suka iron baju, tapi setiap pagi, selepas buat breakfast, pasti baju ke pejabat sudah siap tergantung.

Setiap pagi, kalau saya terlupa, secawan susu sudah siap tersedia sebelum pergi kerja, suam, tiada gula.

Ikan, saya suke makan tapi tak suka pergi beli dan membersihkannya. Joe jugalah yang berhimpit2 membeli ikan dan pulang ke rumah membersihkannya.

Saya juga tidak dibenarkan mengangkat barang berat atau menolak troli bila keluar membeli barang dapur.

Bila saya sedang memasak di dapur, sekiranya Joe tiada di dapur membantu, dia pasti sedang membuat kerja rumah yang lain.

Bila berjalan, saya sentiasa berada di belah dalam khuatir saya dilanggar kereta.

Setiap kali selepas makan, pasti dapat pelukan dan ucapan terima kasih.

Bila saya batuk di waktu malam, Joe akan membawa air suam tanpa disuruh.

Bila saya sakit kepala, Joe akan urut sampai saya tertidur.

Bila saya diam, Joe mesti tanya kenapa.

Cukuplar sekadar cakap, "Abg, dah nak hujan", Joe akan terus ke ampaian mengangkat pakaian.

Dan banyak lagi.....

Perkara-perkara ini semua nampak kecil, nampak remeh tapi bagi saya ianya sangat bermakna. Lebih bermakna daripada mendapat hadiah mahal atau belanja makan di tempat eksklusif.

Ya Allah, Kau telah kurniakan aku lelaki yang hampir sempurna di pandangan mataku. Kau kekalkanlah dia sepertimana sekarang dan semoga jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Ameeen.

10 comments:

  1. you are so lucky to have found your soul mate...hope i will find mine soon...

    ReplyDelete
  2. I pray u will find yours too because you're a 1 sweet guy. Rugi kalau membujang :)

    ReplyDelete
  3. oh terharu aku baca entry ko
    abg joe is the best...=)

    ReplyDelete
  4. Yes, he's the best :)

    ReplyDelete
  5. hahhh..Momo!!
    OMG...tidakkkkkkkkk
    hehehe..

    ReplyDelete
  6. Shuko: Nape dengan name Momo? Ada kenangan yang hendak dilupakan? *winkwink*

    ReplyDelete
  7. tanya hadi...
    hampehh la hadi hehehe..

    ReplyDelete
  8. so sweet ya. akupun x tau p pasar beli brg basah, tau tunjuk2 je nak apa, nak apa. hubby yg pilih n balik umah siangkan. hope the bliss will last 4ever. we pray together k :)

    ReplyDelete
  9. tak sgka.. joe seorg yg jiwangs.. huhu.. tumpang gumbira utk korg 2..

    ReplyDelete
  10. Shuko: Nanti aku tanye die.
    Aireen: Sama la kita. Aku dok tepi je takut terpercik air ikan. Sungguh gediks..hehehe..
    Thanks dear :) You too
    Ina: Thank u. Joe memang jiwangs orangnye ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...