Setiap hari, tengok barang best, tak jadi beli sebab nak simpan duit, nak beli rumah..
Sebulan sekali, tengok orang pergi merantau sana sini, tak dapat pergi.. Simpan duit, nak beli rumah..
Terngiang2: 10% deposit (3% booking 7% upon signing S&P).
Kalau takda cash di tangan pun susah tahu..
Oh, a'ah.. Sedang mencari rumah 2nd hand. Mana ada kawasan perumahan baru di sekitar 20km radius Putrajaya ni lagi yang kurang RM300K.. Kalau ada terjumpa, sila share, jangan kedekut..
*stress*
Cepat2 la dapat membeli rumah idaman dan saya boleh membelanja baki wang bulanan saya di hujung bulan tanpa rasa serba salah lagi..
Dan sering kali menyesal tidak membeli rumah 3 tahun++ lepas masa mula2 masuk kerja yang pada masa itu, rumah di kawasan idaman hanyalah RM160K dan sekarang dah mencecah RM300K berserta lumut, lalang dan pagar yang berkarat..
Sekarang sedang giat mencari rumah.. FB no more or jarang2.. Tiap kali bukak internet di rumah, laman2 web property yang menjadi tumpuan.. Setiap malam tengok update orang nak jual rumah..
Stress tahu nak mencari rumah ni..
Nak yang murah tapi burok dan dekat;
Nak yang mahal tapi cantik dan dekat; atau
Nak yang murah tapi cantik dan jauh?
Saya nak yang murah tapi dekat dan cantik.. Jawapannya: Tiada dalam senarai pencarian..
Nak rumah yang untuk tinggal sampai ada cucu; atau
rumah yang mungkin perlu disewa atau dijual (atas faktor kerja yang berisiko untuk diposting ke state lain)?
Kalau rumah tu confirm tinggal sampai tua, jauh sikit dari kemudahan pun ok lagi. Tapi kalau berisiko nak kena jual atau sewa, kenalah cari di kawasan yang ada kemudahan kedai, pengangkutan dll baru boleh kenakan harga yang tinggi sikit..
Kawan-kawan kata, gabung la loan, lepas tu beli rumah 450K..
---> Lepastu tiap hari makan makanan kurang zat demi membayar duit rumah bulan2. Alahai, pendapatan isi rumah kami masih belum mampu untuk rumah sebegitu mahal.
Membuat keputusan untuk komitmen 30 tahun ni sangat susah...
Research, research, research...
Kami dah dapat tawaran berpindah ke rumah teres di P11. Tapi kami tolak. Sebab bagi kami, bila kami pindah, haruslah ke rumah sendiri. Tinggal di apartment pun sudah memadai untuk 2 orang. Rumah itu pun sekadar persinggahan. Hanya ada perabot asas, tiada gantungan gambar di dinding, tiada bunga2an, tiada asteruk dan tiada mesin basuh.. hehe..
Tahun 2011, usia 27, saya mahu:
1. Jadi umat, isteri dan pekerja yang baik;
2. Rumah;
3. Anak (hehehe); dan
4. badan yang kurus..
Ayuh!
~Mama saya pada usia 27, sudah ada 2 rumah, 2 orang anak dan badan yang kurus.. Tak termampu teman nak kejor..

er.. tang last nk kurus tu aku sgt meragui okeyyyy.. sebab apa?? sebab belom yot2 pon ko dh bagai di pam2... adalah sgt mustahil utk ko slim bila dh beranak pinak kelak
ReplyDelete(mai la ushar umah dekat2 area equine ni.. tak silap aku ada.. tp lease hold la.. )
Aku ambil kata2 ko sebagai cabaran untuk kurus.. hehehe..
ReplyDeleteUshar jugak situ.. Within 20km radius Putrajaya semua dalam perhatian kami..
sama la kita.
ReplyDeletetengah secure sebijik condo di dengkil. my second home purchase, for investment. harap loan lepas. amiinnn.
loan gomen spare dulu, tunggu ada laki balik :P
eh what about yang rumah pertamaku which was announced in the budget speech 2011 tuh? go and find out lah. then you can tell us. hahahaha.
ReplyDeleteand yaya, you cannot compare your mom dengan yourself. income per capita time tuh lain. skang lain. jgn sedih tak bertempat :)
yaya : aku tengok kat area rumah kak ina n akram tu ada rumah teres. bajet dalam rm250K kot. aku mau beliiii.lease hold pun lease hold lahhh... janji aku duk rumah sendiri nanti :D
ReplyDeleteMin: Dah tengok Apartment Anggun Bangi kat Seksyen 4 Bangi? Cantik! Tapi tinggal beberapa unit Type B (1100 sqf) je. Siap dapat 2 parking lot. Mahal sikit la untuk apartment, around 230K lepas tolak 7% bumi discount. Siap tahun 2012. Aku cam berminat je nak amik sebuah.. Tapi nak beli rumah teres lagi.. Mapuh keras nak bayar.. haha
ReplyDeleteTapi area situ prospek tinggi, agak2 tak mampu bayar, jual je lah. Dapat untung 20-30K pun jadilah.. Ni tengah fikir2 lagi ni..
Mala: Dah cari sikit2. Yang tu, leh dapat 100% loan TAPI pendapatan isirumah mesti kurang 3K dan rumah yang nak dibeli pun mesti takleh lebih 220K.. Dekat Bahagian Pinjaman Perumahan tak keluar ape2 pasal tu dan rate baru pinjaman pun takde lagi..
Niha: Ade ke bawah 250K? Aku check tiap hari kat Mudah dan iProperty, tak pernah jumpa pun.. Single storey ada lebih kurang harga tu..
yaya, ghani beli dalam harga 220K kot. kalo tak silap. sila tanya kak ina. haritu ghani datang time kitorg melepak. dia dah beli rumah yg dia duduk tu. :)
ReplyDeleteGhani beli tahun bila tu?
ReplyDeleteDalam masa setahun, property sekitar Putrajaya ni meningkat 100K..
kalo tak silap, ghani beli this year. taktaula kalo salah. ko try tanya ghani :)
ReplyDeleteghani beli thn lpas.. blkg umah aku kt lestrai putra ni (kt equine).. B*PH loan dia nilai RM190K.. tp umah tu ikut harga semasa (ms ghani beli) RM220k.. 2 tingkat.. ok la tuh kan?? kt area umah aku byk lagi yaya.. RM250k & below.. akram beli pon dlm RM250K (corner lot ok)..
ReplyDeletejom beli kat lestari sana. area ruah akram tu ada 3-4 rumah kosong. moh kite berjiran :D
ReplyDeleteLestari Putra 2 storey no more yang 250K below. aku dah check, everyday. Furthermore, LEP is abandoned project by Talam Corp.. hehe
ReplyDelete