Monday, 1 February 2010

Moving II

Membeli perabot.

Bukan mudah.

Lagi2 bagi orang yang kedekut macam saya. Dahla kedekut, cerewet pulak.
Contoh cerewet: Tak boleh settee warna gelap, nanti banyak nyamuk, takleh warna terlalu cerah, nanti cepat kotor, kusyen kena keras ada spring, kalau tak nanti cepat lendut, kalau ada spring, kena ada span, nanti duduk rasa spring je.. Ha, tu baru settee, belum lagi spec beli katil, tilam dll.. Kata kerja kat Bahagian Perolehan. Spec tu penting ;)

Kami bukan stok manusia "Biar papa asal glamorous", orang datang rumah kami akan rasa envy tengok perabot kami yang dibuat dari Itali berharga berpuluh ribu. (Dan berpuluh ribu hutang kad kredit.) Kami membeli ikut kemampuan kami. Perabot murah2, takpe, yang penting rumah tu bersih dan wangi.

Kami ke C*venzi Sungai Besi. Kekononnya C*venzi ni perabotnya pada harga yang boleh tahan. Perkara pertama saya tanya, kalau beli harini, bila boleh hantar.

"Akak, kalau beli harini, 24hb onwards baru boleh hantar"

"Berapa transportation fee?"

"RM110"

Gila mahal and and lembab. Harini baru 31 Jan. Lepastu, barang2 dia pun tak cantik. Flyers penipu. Tak letak tarikh validity, bila datang tanya, cakap promotion dah habis. Sebenarnya memang taktik korang cakap macam tu, supaya orang datang tanya promotion tu, diorang akan cakap dah habis or promotion produk tu dah habis tapi akan ada sesetangah yang ended up beli perabot lain bila dah masuk tengok.

Kami tak tertipu.

Kami ke C*venzi tepi T*sco Extra Selayang pulak. Sama je. Diorang ni dah diajar dialog yang sama.

Kami ke Wes*ourt. Wes*ourt pun standard Cavenzi juga. Ada yang cakap, Wes*ourt n C*venzi are under one roof. Kilang yang sama. Tapi barang dia jauh lagi murah dan kalau barang ada stock, boleh hantar hari Sabtu ni, transportation fee =RM60 atas apa2 barang, seberapa banyak barang pada mana2 area Klang Valley.

Pada keheningan petang itu, kami telah membeli katil, tilam, meja TV and small L-shape settee.

Abg bangla yang attend kami telah mengajar kami seperkara: Perabot di rumah yang perlu mahal dan berkuali ialah sofa dan tilam. Sebab 2 benda ni kita guna paling lama. Katil, atleast 5jam sehari. Sofa tengok tv, atleast 2jam sehari. Hmm, betul jugak. Dan selepas itu, dia promo tilam yang berharga RM1600 bagus untuk tulang belakang. Hahahaha

Saya suka tilam keras. Saya membesar dengan tilam sabut. Tilam sabut yang stiff as board. Memang boleh menulis atas tilam tu. Saya da biasa tidur atas permukaan yang keras. Tidur atas tanah masa camping, no hal. Memang boleh sweetdreams lagi. Nabi Muhammad juga tidur atas permukaan yang keras kan? Tilam yang lembik, tenggelam bila tidur itu kurang elok ye. Tak bagus untuk backbone.

Maka abg bangla promo plak tilam yang keras macam tilam sabut, tapi bukan sabut, better than sabut. (Dia cakaplah kan). Saya baring atas tilam tu, memang best lah. Lembut tapi keras. Dan harga dia, hmmm.. We settled for something less expensive.. Harap2 15tahun tak payah tukar tilam. hehehe


********


Apabila pergi ke kedai perabot, saya paling benci bila orang kedai tanye,

"Cari apa kak"

"Cari katil, settee, meja makan etc, etc, etc, yang tak berapa mahal"

Orang kedai pun bawak kita ke perabot yang tak berapa mahal tu.

Orang cerewet macam saya akan keluar statement yang tak la kuat sangat, sepatutnya hanya patut didengar oleh teman tapi didengar pulak oleh orang kedai perabot iaitu statement seperti ini "Kaki katil die kurus sangat"

Paling geram bila orang kedai jawab,

"Nak yang murah memang macam ni" dengan nada mengejek seolah2 saya ni miskin sangat.

&*(@ u! di dalam hati saya.

Saya hanya senyum, cakap terima kasih dan terus blah dari kedai itu, tak akan datang lagi seumur hidup saya.


********


Buat masa ini, rumah di Putrajaya hanya ada perabot TV atas lantai di ruang tamu dan 2 tilam single di bilik tidur.

Harap takde orang gatal2 nak datang :p

10 comments:

  1. saya sangat setuju sofa dengan tilam harus beli yang selesa and tahan (memang agak mahal)...as for tilam boleh tengok kat mattress outlet, kira okay gak ler price dia...and as for sofa, instead of cavenzi, cuba try valencia...kat seri kembangan...harga dia boleh tahan, cun dan duduk pon rasa nak tido ajer atas sofa itu...
    as for meja makan, amik yang 6 seater dah cukup...ada yang meja dia boleh convertible jadi besar skit...kalau boleh amik yang kaju instead of besi...fridge, harus amik yang dua pintu bagi orang2 kawin ini...mesin basuh beli yang dalamnya besi...dua benda ini sebab guna dengan lasak skali...and last but not least, harusss beli microwave...bila dah malas nak masak or malas nak ngadap stove, boleh ajer amik frozen food and masuk terus dalam microwave...ooopppss...terpanjang ler plak komen ini...harap ammmpunnnnn

    ReplyDelete
  2. Saya setuju!

    Tapi meja makan tak nak beli lagi.. Kita jadi orang Melayu zaman dlu, makan atas tikar..hehehehe

    Mesin basuh, kitorg balik rumah parents basuh ;) Microwave, ade dah. Tu benda wajib! Fridge udah ada.. Stove, aku pinjam stove letrik mak aku.. hahahaha..

    Rasa nak wat housewarming, tunggu perabot datang dulu.

    ReplyDelete
  3. kalau taknak beli set meja makan, beli meja jepun dulu...and then beli kusyen beso bagak kat carefour itu..boleh duduk atas kusyen sambil menikmati makanan di atas meja...

    ReplyDelete
  4. Hadoi..... sampai menangis aku baca entry ni. Nangis sebab gelak sakan! Kelakar la Yaya!! Best giler baca cerita ko pasal membeli perabot ni. Dan yg paling penting aku telah mendapat banyak tips pasal membeli perabot drpd entry ko ni. Thanks! =)

    ReplyDelete
  5. Mal: Aku memang suka meja jepun then ade kusyen besar :) Aku kan fanatik cerita jepun.. Cita2 ku adalah menetap di negara sivic tinggi seperti Jepun..

    NAz: You're welcome.. Lame ko tak mengomen kat blog aku.. :)

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:50 pm

    kami beli perabot kat kedai shoplot je.bukan yg ade brand sendiri mcm cavenzi, westcourt or valencia. sbnye, FYI, kilang2 perabot kat KL ni kilang die satu je-kat Sg buloh. that's why kite tgk design lebih kurang je. Yang membezakan harga diorg ialah sewa kedai. secara logiknye, sewa kedai shoplot mcm kedai perabot lestari pasti lebih murah dari cavenzi.lgpun kedai2 mcmtu xde promosi kat paper.plus, boleh buat tawar-menawar gile2 kat kedai tu!

    ReplyDelete
  7. Anon: Yup true. Kami dah buat banyak survey juga pada kedai2 yang tiada nama. Tapi tak dapat yang diingini dengan harga yang dikehendaki.

    Paling suke pergi kedai secondhand or garage sale sebenarnye. Tapi kedai 2nd hand pun tak dela murah mana. Dan sekarang orang Malaysia jarang2 buat garage sale. Kenapa eh?

    ReplyDelete
  8. hadei.. agak tlambat aku juper blog ko yaya. hehe.. aku nk kasi cadangan kedai2 yg patut ko lawati (base on apa yg aku beli utk umah sewa aku)

    1. kedai 99 dekat jusco equine. kat kdai tu aku dpt set katil rm99 utk single bed, n rm199 utk double bed(dpt 1xkatil, 1xcermin panjang, almari, 1xmeja kecik..tak tmasuk tilam.. tilam aku beli rm299- tilam sabut yg keras tp lembut..hehehe)... L shape setter pon aku dpt kt situ rm299 je.. rak tv coming soon.. adik aku nk angkat kt situ gakk around rm199...

    2. try ke kedai apa ntah kt giant kinrara (tingkat 2).kt situ aku dpt meja makan 6 seater pd rege rm299.. kayu getah n mmg tahan lama.. dh 2thn aku pkai, still ok.. huhu...

    3. kalo ko nk kedai second hand...kt equine ni ada gak.. tp aku masih belum smpat nk ke sana ushar2.. kalo nk pi tgk selaki..koling aku eh..kita pi sesama ushar...

    4. kt kelana jaya ada 1 gudang yg jual brg2 2nd hand yg rijek dr hotel (member aku ckp kan otel selalu tukar deco derang stp 5thn)..so, kt sana pon ok gak.. kt giant kelana jaya.. tu pon aku tak sempat nk ushar lg...

    sebenarnya byk lg kedai mcm tu yaya.. nk plak kalo ko rajin jalan2.. kt area serdang lama & kajang byk kdai yg jual murah giler.. cuma masa je takde nk ronda

    **aku bli brg sket2...last2 dh penuh umah ni.. hehehe.. tu blom kira yg mak aku rijek ke sini.. heehe**

    ReplyDelete
  9. Thanx Ina, nnt nak beli perabot, aku ajak ko lar join sekali ;)

    ReplyDelete
  10. no hal la... kol je aku.. tp ko kena make sure la.. bukan aku yg soping! hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...