Tuesday, 30 March 2010

Saya terbeli....

3 bekas T*pperware..

Semalam, sementara meneman puan saya habis solat asar sebab kami 2orang terakhir di pejabat, saya telah menyelak catalog T*pperware yang tersadai di meja PT saya.

Muka pertama, menarik bekas ni.

Muka kedua, ni lagi cantik.

Muka ketiga, ni sesuai untuk letak cereal.

Muka keempat, kelima, keenam................ Saya rasa macam mau beli semua...

T*pperware di rumah Ma adalah jauh lebih tua dari umur saya. Masih kukuh memastikan makanan yang tersimpan tidak masuk angin.

Dulu brand ini boring. Warna putih lutsinar. Tak pun bekas dia putih, penutup dia merah.

Sekarang ini, warna2 ceria. Hijau, oren, kuning, biru.

Salah satu hadiah kahwin kami, diberi 2 set (1 set 4 bekas). Mula2 ingat jenama cap ayam. Rupenye jenama jaminan seumur hidup. Saya suka. Terus mahu mencari koleksi yang lain. Lalu mula merasa diri ini macam makcik2.

Saya mengamalkan dasar membeli alatan dapur yang berkualiti supaya tahan lama dan dapat mengurang penyumbangan sampah di dunia di samping suka melihat susunan bekas2 dari koleksi yang sama di dalam almari dan peti ais. Memang sanggup tidak beli baju atau kasut setiap bulan demi menyimpan wang untuk membeli set pinggan Co*elle atau Kit*chenAid Mixer.

Ok, perlu berhenti sekarang supaya tidak menjadi semakin makcik2.

Akhir kata,

16 comments:

  1. betul...barang untuk kegunaan di dapur kena beli yang tahan lama...pay a lil bit extra but can last longer...

    ReplyDelete
  2. aku ada jual corelle. mau? kalau rasa mahu jd macam mak datin, royal albert pun ada jual. hiks...tp serius ni

    ReplyDelete
  3. semakin risau tidak cukup makcik makcik haha

    ReplyDelete
  4. hahaha.. kt mana la yg makcik yaya oii... kalo makcik, takde la t*pperware tu update design2 dia...

    ReplyDelete
  5. Mal: Tu lar. Actually semua barang pun rasenye spend a lil bit more, sabar sikit, then boleh dapat yang lebih berquality.

    Fird: Ko jual corelle? Ape2 design pun? Aku suke yang putih bersih. Royal Albert terlalu kemakdatinan ;)

    Nawal: Siapa yang tidak cukup makcik? Once u have your own home, automatically akan jadi makcik2 :p

    Ina: Ko juga penggemar T*pperware?

    ReplyDelete
  6. marmalade7:50 am

    yaya, serious. kau dah jadi makcik ah wei. apa nih? hahahahahahaah

    ReplyDelete
  7. Tu lar, tidak vogue gitu.. hehehehehe

    ReplyDelete
  8. welcome to the club. Tupperware, Queen Anne, Crystal, China Bone dan Noritake.
    I loike!

    ReplyDelete
  9. tu dia aih myn punya senarai jenama barang2 'makcik'. Makcik tak makcik, janji everything is well organised, tak gitu Yaya?

    ReplyDelete
  10. Min: Noritake dah ade 1 set :) Siape pergi Filipina, boleh order kat diorang. Orang kate Noritake kat sana murah. Queen Anne kemakdatinan sangat. Tunggu aku jadi datin.. hehehehehe :)

    Naz: Yup :)

    ReplyDelete
  11. owh... aku bukan peminat t*pperware.. tp suka tgk design dia... aku tak beli pasai mahal sgt..plus..umah aku kebykn dh lengkap.. beli pon membazir la... tgu jahanam kt umah baru angkat kot? =p

    ReplyDelete
  12. Tau dah nak beli ape untuk hadiah kahwin ko, set T*pperware :p

    ReplyDelete
  13. Ahahahahaha, baik :)

    ReplyDelete
  14. yaya, aku nak jugak. heheheeee~

    ReplyDelete
  15. Ko juge mahu T*pperware sebagai adiah kahwin? ;)
    Ok, noted :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...