Tuesday, 23 March 2010

Tingkat 4, Unit 1

Tu separuh dari alamat rumah saya :)


*****

Beli roti nan 4 keping, ayam tandoori seketul: harga RM10.50 dan makan untuk 2 kali makan malam. Jimat tak? Sang isteri nak berdiet, sang suami memang sejak azali tong perutnya kecil, hasilnya, boleh menabung dengan lebih banyak dalam tabung smiley.

Tapi takla hari2 makan roti nan. Kes berlaku bila sang isteri malas2 kucing nak masak lepas penat bekerja.

Dulu mase tinggal di rumah ibubapa, kalau masak, taklah masak untuk 2 orang sebab ade ahli keluarga yang lain. Sekarang, masih mengalami masalah untuk meng'adjust supaya masak untuk 2 orang tetapi tidak berlaku pembaziran.

Tapi biasalah, lauk berlebihan masuk dalam freezer, 2 minggu lagi, letak dalam mangkuk, bukak pintu microwave, letak ke 2minit, TING! "Sayang, jom makan malam!"


******

Membasuh baju.

Si isteri membasuh baju secara tradisional sejak 3minggu lalu. Sebelum ni, tiap Jumaat malam Sabtu mengangkut luggage seperti mahu pergi cuti-cuti Malaysia selama seminggu tetapi bezanya beg diisi baju busuk. Ditambah dengan laptop, beg badminton suami, botol kosong 5L x2botol nak import air tapis dari rumah. Terserempak dengan Razak (bukan nama sebenar) atau Halim (juga bukan nama sebenar) atau sesiapa yang tinggal di Blok E di dalam lift mesti kelihatan pelik bila kami katakan akan pulang ke kampung di KL bila ditanya mau ke mana.

Berbalik ke membasuh baju secara tradisional dengan berus comel kaler pink.
Baik untuk kesihatan terutama perut sebab perlu membongkok semasa hendak memberus.

Aduhai, ampaian jemurnya comel betul. Ada 5 tali bersaiz 1M panjang setiap satu. Jemur sepasang baju suami, sepasang baju kurung isteri, t-shirt dan seluar badminton suami, tudung, serta anak-anak lain, dah penuh ampaian. Bayangkanlah kalau ade 4 orang anak2 nakal yang suke tukar baju setiap 2jam. Apartment kami takda balcony. Padanlar ade orang letak rak jemur kain di tangga apartment dan jemuran baju2 berserta anak2 pelbagai warna di tingkap.

Hmmm

6 comments:

  1. Wahh!!! Kagum dengan orang2 yg rajin membasuh baju secara tradisional. Kalau aku, ampun dan maaflah nak buat mcam tu sbb aku sgt benci membasuh baju secara tradisional. Juga tidak suka menggosok baju serta melipat baju (tapi kena buat jugak walaupun tak suka!). Huhu! ;)

    ReplyDelete
  2. yaya

    sekadar bg hint je
    cmner la nk ziarah rmh korang ni?? ;p

    bagus la entri ko
    kbyakkannya ada citarasa
    'berdua lbh baik..'..

    ReplyDelete
  3. takpe ya.. menda2 ni sume akan wat ko tabah.. akuk penah lalui sume ni..pcya la...

    ReplyDelete
  4. Naz: Ko kene cari isteri yang suka buat laundry. Aku suke buat laundry, no hal lah setakat basuh baju :)

    Rio: Rumah aku Presint 17, lain2 tu ade clue dalam entry :)

    Ina: Tu lar, aku setuju :)

    ReplyDelete
  5. naz: aku ms duk asrama sgt suka basuh mcm yaya ni.. tp masalah aku plak.. tgn aku tak tahan sabun..asik mgelupas.. bes woo.. ble wat party bueh! ahhaha (teringat zaman duk asrama.. buat buih byk2..siram ko.. siram aku..aduh..)

    rio: takkan ko je.. aku pon nk serbu umah yaya..

    yaya: wat potluck la.. jmput kwn dtg ramai2.. terus wat doa slmt

    ReplyDelete
  6. Tunggu kami beli tv dulu, then boleh buat potluck @ doa selamat. Rio n Fird leh jadi tukang baca doa :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...