Monday, 18 October 2010

Short nap weekend

Saya sentiasa ada masalah disiplin. Disiplin dari segi pengurusan masa disebabkan penyakit suka tangguh sejak azali lagi.

Tangguh belajar, tangguh lipat baju, tangguh lap lantai, tangguh kemas katil etc, etc.

Kahwin pula dengan seorang lelaki yang cukup pantang kalau saya suke tangguh2 contohnya bila amik bekas air sejuk, tak letak balik dalam peti ais atau tangguh basuh pinggan. Suami yang bebel, comel tak? Tak comel, sebab kena tegur.. huh

Pastu kene tegur dengan penuh kasih sayang, kalau nak kurus, kene la rajin buat exercise. Ni tiap kali tengok pempuan kurus, asyik kate nak kurus tapi tak buat ape2. Baik, baik.

Semalam, Ahad yang produktif.

Pagi2 seawal 6.30 sudah ke Putra Perdana, jogging. Pelik, sebab 6.30 di Taman Layang-layang Kepong dah ramai manusia, ni kat Putra Perdana jam 7 lebih baru ramai orang. Maka 7.15 dah habis jogging 2 round. Jogging path dia pelik, kami tak tau jogging path mane yang betol. Kalau di Kepong tu, jogging path die ade laluan yang lembut tu (untuk menyerap hentakan bila jogging), tapi kat Putra Perdana, semua pun laluan batu-bata.

Habis jogging, saja nak tengok semua taman2 yang ade kat Putrajaya ni.

Taman Botani, setakat masuk kereta kat tempat letak kereta je, ada nampak orang jogging tapi macam tak best sebab die turun ke bawah, pemandangan macam tak best je, berbeza dengan Putra Perdana yang atas bukit, jogging path dia turun naik bukit dan boleh tengok bandar Putrajaya.

Taman Rimba Alam, khas untuk orang suke naik basikal atau naik kuda sebab jalan die berbukit2, dari luar bukan macam taman rekreasi bawa anak2 dalam pram.

Lepas tu cari Taman Saujana Hijau, tak jumpe, pusing2 lepas tu jumpe Presint 9 (sila gelakkan kami) terus pergi makan nasi lemak kat depan Klinik Kesihatan tu (abis terbentuk kembali kalori yang terbuang masa jogging tadi). Nasi lemak kosong yang pedas-sangat-manis-pulak-tu-dan-sambal-takde-bilis pun harga RM2.50. Tobat taknak beli dah, tapi tak tau kenapa ramai orang beli kat tempat tu.

Balik rumah, menonton 2 movie, Paranormal Activity dan Blueberry Nights.

Lepas maghrib, had our dinner outside dan membeli barang dapur..

PTK dimansuhkan, terus rasa malas nak siapkan kertas kerja.. Haaa, tangguh lagi lar tu...

4 comments:

  1. ocismtmn botani ~ x best sbb turun ke bwh??

    erm, klu aku
    suke jogging kt tmpat yg mndatar
    senang nk berlari..
    juga baru heartbeat maintain
    & joging pun makin laju...

    uhuk.uhuk..

    ReplyDelete
  2. Tapi jogging kat tempat yang turun naik bukit, baru bakar extra kalori.. :)

    ReplyDelete
  3. aku hilang kalori by sleeping. uhuk uhuk.

    ReplyDelete
  4. Urghhhhh, aku tensyen dengan stetmen di atas!! hahahaha :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...