Sunday, 7 August 2011

Merungut

Saya pasti, semua orang pasti akan merungut. Hanya orang yang tinggi imannya sahaja yang cukup kuat untuk tidak merungut. Saya juga tidak terkecuali. Tidak terkecuali dari asyik merungut.

Dulu saya selalu merungut penat turun naik public transport ke tempat kerja. Sekarang alhamdulillah, saya dah boleh tolerate. Berhimpit punggung bertemu punggung dalam tren pun adalah suatu situasi biasa yang tiada siapa yang suka tapi saya bersyukur kerana masih ada ruang di dalam tren untuk saya menyempit kerana kadangkala berlaku keadaan di mana tren datang lewat atau pengguna terlalu ramai, kami terpaksa beratur dan menunggu giliran untuk masuk ke dalam tren yang padat. Bersyukur tempat kerja saya hanya berbeza jarak tidak sampai beratus KM.

Saya menderita ulcer yang besar di lidah dan tidak berupaya untuk bercakap dan teramat sukar menelan air liur selama hampir 4 hari. Dan selama 4 hari itu, saya jadi manusia yang hanya bercakap apabila perlu nak merungut pun tak boleh. Nak MC, badan masih sihat, cuma mulut yang sakit, kerja boleh diteruskan maka saya masih bekerja seperti biasa.
Hiduplah saya tanpa merungut selama 4 hari. Bile berlaku perkara yang tidak best, hanya mampu beristighfar.. Pada ketika itu, saya rasakan diri ini terlalu kerdil dan tidak bermaya.

Kebelakangan ini jiwa saya amat sensitif dan cepat tersentuh. Anda pasti sudah tahu bahawa jabatan saya memperuntukkan 1% kakitangannya untuk golongan kurang upaya yang mana kini telah mencecah hampir 4%. Maka pemandangan melihat golongan OKU adalah suatu pemandangan biasa. Tambahan pula, terdapat sekolah buta untuk budak laki-laki berhampiran.

Di suatu pagi seorang buta berjalan agak jauh di hadapan saya. Tiba-tiba dia berjalan semakin menghampiri pokok dan seorang wanita telah menarik dia menjauhi pokok tersebut. Tidak semena-mena, saya menangis. Menangis membayangkan sekiranya Allah tiba2 hendak tarik nikmat hidup saya, adakah saya akan tabah menghadapinya.. Air mata tak sempat kering, terserempak pula dengan ibu muda membawa anak lelakinya yang sungguh comel tetapi buta berjalan ke sekolah. Saya menangis lagi..

Ya Allah betapa besarnya dugaan sesetengah orang itu. Dan saya, baru dapat sakit sedikit, merungut berjela2 sedangkan hidup saya dilimpahi nikmat yang tidak terhingga dan jika saya merungut pada orang buta di depan saya itu, mesti boleh dapat pelempang free sebab tak bersyukur.

Bagi ibu2 mengandung, nasihat saya, merungutlah secara sederhana ataupun tidak perlulah kot diberitahu ke seluruh komuniti setiap hari bahawa anda sedang menderita morning sickness kerana terdapat golongan di luar sana yang sanggup bertukar tempat dengan anda asalkan dapat mengandung.
Bersyukurlah yang anda sedang mengandung. Dapat mengandung dan melahirkan bayi yang sihat itu adalah suatu miracle yang berlaku setiap hari.

Dan juga peringatan kepada saya, bermoyok kerana teringatkan kandungan yang telah hilang tidak akan menghidupkannya kembali. Bersyukurlah yang saya masih ada suami yang sangat penyayang (yang kini sedang berdengkur tidur di sebelah.. Hehehe). Enjoy lah setiap saat bersama.

Saya bersyukur..

Happy 2nd Anniversary sayang...

I hope you like your gifts because I really love mine and the surprises you gave me :)

Mak saya selalu bilang, bila kita didatangani dugaan, itu tandanya Allah sayang kita kerana Dia mahu kita sentiasa ingat kepada Dia kerana kesenangan mudah membuat kita lupa dan lalai.

19 comments:

  1. happy anniversary yaya and husband. Semoga bahagia selamanya dan dimurahkan rezekia sentiasa.

    ReplyDelete
  2. yaya : happy anniversary. aku ni hari2 minggu melepek di rumah sebab sakit kepala. pastu sibuk suruh mak aku picitkan. sambil picit2 tu empat mak aku bebel "ni la pengorbanan ibu mengandung. esok2 kalo anak buat perangai mesti sedih sbb susah2 mengandung anak taknak dengar cakap".

    sentap okehhhhhh...

    btw yaya, have faith. Allah memberikan ujian pada hamba yang soleh. :)

    p/s: aku rasa Allah nak bagi aku rasa mabuk teruk sebab aku dulu selalu lawan cakap mak aku. hehe.

    ReplyDelete
  3. meh taim akak plak nak merungut:

    bersyukurlah jika kita ada orang di sisi yakni bergelar suami kerna penat lelah, sakit pening, unpaid bills bisa boleh dibebani bersama.

    ehehheheheheheheheh.....

    ReplyDelete
  4. sejuta like this entry..

    happy anniversary dear...

    saya bersyukur ngan apa yang ada :)

    ReplyDelete
  5. hehehe.
    tetiba aku pulak yang "terasa". hihihi.

    happy anniversary yaya and wan. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  6. Mira: Thank you and amin... :)

    Niha: I hope you're feeling much better now :)
    Nasib ada mak picitkan kepala :)

    Min: Exactly :)

    Eimma's: Thank you :)

    Mala: 'Terasa' part mana tu.. hihihi..
    Thank you Mala and amin.. :)

    ReplyDelete
  7. Well said Yaya......

    Happy Anniversarry to you both.... InsyaALLAH....there is a silver lining in every cloud...take care!...thanks for the reminder...i think we all need it.....manusia mmg mudah lupa and hanya rasa diaaaaa je yg malang kan.......

    take care!

    ReplyDelete
  8. sesungguhnya morning sickness itu juga satu nikmat..hadapinya dengan sabar dan syukur atas nikmat-Nya ;)

    ReplyDelete
  9. harap tabah...

    tiada yang lebih besar dalam kehidupan ini melainkan kehidupan itu sendiri.

    insyallah nanti ada rezeki di kendian hari.. usaha dan sabar.

    ReplyDelete
  10. happy anniversary yaya!
    Insyallah one fine day it'll be your turn. Have faith.

    ReplyDelete
  11. yaya.. aku nk nasihat pon tak tahu mcmna ... sebab aku pon tak alami semua tu.. tp aku tau.. ko akan carik aku utk alasan yg terbaek kan? sabar ye yaya.. ada hikmah semua yg terjadi...

    eniway, hepi enibesari!

    ReplyDelete
  12. Kak Shireen,

    I'm glad you like it.
    Thank you and take care kak :)

    ReplyDelete
  13. Niza,

    You are one strong woman tahu tak? tak padan dengan saiz badan yang kecil molek :)
    Jaga diri n kandungan.

    ReplyDelete
  14. Zulfikar,

    Thank you dan tidak akan sesekali berputus asa tetapi pada masa yang sama, redha dengan ketentuan :)

    ReplyDelete
  15. Zetty,

    Thank you :)
    Tengah tunggu u annonuce good news kat blog u ;)

    p/s: Kenapa macam makin kurus? Jaga kesihatan k..

    ReplyDelete
  16. Ina,

    Thank you beb..
    Tu lah, rindu sama kamu tau.. :)
    Rindu dengar ko bebel2 kat aku ;)

    ReplyDelete
  17. sngt suke entry ni...
    uphold my spirit msa tgh down ni...
    and...
    happy 2nd anniversary...
    wishing both of u to have a wonderful and loving marriage forever
    *hugs*

    ReplyDelete
  18. Honeylily,

    Thank you..
    Glad you like it :)
    Jangan sedih2 k.

    wishing you the same dear :)

    ReplyDelete
  19. papaya :

    happy anniversary buat hang
    & mat gayut...;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...