Wednesday, 7 April 2010

8 itu nombor untung

Ada apa pada nombor? Takde ape. Tapi ma saya pesan, jika mahu beli kereta baru, jangan ambil no plat yang ada no.4. Bukan kerana kepercayaan yang no.4 itu bermaksud mati, tapi sebab nanti susah nak jual kepada golongan yang mempercayai bahawa no.4 itu nombor malang.

Setiap aset yang kita beli adalah investment walaupun kereta itu suatu liabiliti.

Owh, sudah lama tak gune perkataan liabiliti. Terakhir belajar pasal liabiliti adalah masa subjek Kemahiran Hidup tingkatan 3.

Anyway, selamat Ulangbulan ke8 kepada kami. Masih tiada hasil. Sudah mula risau. Dan juga rase jeles kepada rakan sepejabat yang baru mendirikan rumah tangga Januari lalu sudah mula wekwek di pejabat.

Pertama, saya salahkan pil horsetail yang saya ambil tu. hehehe

Kedua, mungkin kerana stress. Stress kerja dan juga stress lain2.

Geng2 ibu sudah mula cerita yang takut2 pada saya. Salah satunya, mungkin kejadian accident 2tahun lepas telah melemahkan rahim saya untuk proses penempelan. Perlu pergi urut segera kata mereka.

Baik!

Harapan untuk menjadi ibu pada usia 26 hancur berkecai. Jika ada rezeki, diharap dapat menjadi ibu pada usia 27. Sama usia kakak ke2 dan ke3 saya menjadi ibu.

Ma pula akan bermastautin di Leeds menjaga Hannah dan Haris sehingga bulan Ramadhan. Waaaa, saya akan merindui belaian kasih ibu selama 5 bulan. Tidak sempat menyambut ulangtahun saya yang ke 26, 26 April ini bersama ibu tercinta. T_______T Ma, saya mahu hadiah mahal dari UK tau ;)

Minggu lepas, selesai sudah AGM KESKEB bahagian saya. Lega bila dapat lepaskan jawatan. Tahun lepas, aktiviti Biro Kebajikan dan Sosial agak terbengkalai sehingga tumbuh lalang2 setinggi pinggang. Menanggung kerja 3 kali selama 8 bulan antara puncanya. Echeh, alasan.

Gambar hiasan

Geng AJK dilantik kebanyakannya dari staf sokongan. Dan ketua biro ehem lah yang paling aktif setakat ini. Tak sampai 4hari bekerja sejak AGM, semalam sudah ada penjualan barang. Oooo, baru tau kenapa kamu begitu terdesak mahupun jawatan itu. Rupenya sudah tidak sabar berniaga di atas lesen KESKEB.

Tapi minta maaf lah, pegawai di bilik 3 dari depan ni susah betul mahu beli barang2 dijual oleh staf. Bukan tidak mahu menyokong, tapi saya rasakan harganya melambung2 tinggi. Yang mana saya boleh beli dengan harga jauh lebih murah di luar.

Dan 1 lagi, sila bagi sampel semasa penjualan barang makan. Kalau sedap, memang mudah mendapat sambutan.

*****

Posmen dan kerani posmen akan dapat kenaikan gaji. Urusan pos surat juga sudah pasti akan naik. It's about time. Rasenye sejak saya tahu menulis surat dan mengepos surat memang 30sen lah harga setem. Nasib baik dah kahwin. Kalau tak, hantar 1 kad kahwin harga setem 60sen, dah sama harga dengan kad T______T

7 comments:

  1. takpe ya.. caiyo!!! caiyo!!! aku doakan yg terbaik utk ko.. n cpt2 pi ngurut!

    ReplyDelete
  2. JANGAN RISAU..TAKDER REZEKI LAGI..26?MUDA LAGI LA..PEPUN, TERUSKAN BERUSAHA.EHE...

    ReplyDelete
  3. Ina: Thanx babe. Sebenarnya tak sabar nak tengok Yaya or Wan Junior camne ;)

    Nor Arinza: Thanx

    ReplyDelete
  4. Aku suke part2 berusaha ni...hehehehe

    ReplyDelete
  5. Si Pjg: Euww, 18SX, tak sesuai :p

    ReplyDelete
  6. benda tu rezeki...n mungkin disebabkan korang belum bersedia maka Dia belum mahu lagi pertanggungjawabkan korang as parents..

    btw, makan la telur ayam kampung bebanyak..protein tu..increase quality sperm...

    ReplyDelete
  7. Tapai: Aku pun rasa macamtu.. Tapi kadang2 rasa stress jugak, lagi bila dah nak masuk setahun dan aku pernah ada sejarah kemalangan.. >_<

    Increase sperm quality? Abg, esok kita gi beli ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...