Semalam terpaksa, hehehehe, terpaksa ikut Joe pergi Hock Eng di Bangi. Maka, yey, tak perlu masak sebab sampai rumah pasti sudah jam 7.30 lebih.
Rasa mahu makan roti nan. Pergi lah ke kedai Ameer Ali yang dikatakan fames di Bangi ini. Roti nan kosong dia murah 30sen berbanding di P16. Ah, masa tu sudah gembira sebab lebih murah.
Orang ramai, kebanyakannya muka budak2 lelaki hingusan, tak UKM, budak KPTM tak pun budak UniKL. Dalam selitan budak lelaki hingusan itu, terjumpa pula budak Omzy. Hai Omzy.
Masa penungguan ialah 20minit untuk 3 keping roti dan 1 ketul ayam tandoori.
Tempat menunggu haruslah dekat dengan tauke kedai supaya dia sentiasa nampak wajah kami yang kebosanan menunggu makanan yang tidak kunjung tiba.
Sesampai di rumah, didapati roti nya lebih nipis dan tidak gebu. Kuah saderinya, berwarna hijau sehijau2nya. Bila makan memang konfem pening sehingga hari ini. Kuat sangat rasa pudinanya. (Saya tak berapa gemar yang terlalu kuat begitu) Lepas tu terjumpa pula rambut dalam kuah tersebut.. Euuueeeewww.. Ayamnya pula keras, liat dan tawar.
Kesimpulannya, saya lagi suka roti nan P16. Walaupun harga mahal 30sen untuk sekeping roti berbanding dengan Ameer Ali, rotinya gebu, kuahnya saderi nya tak terlalu kuat, lepas tu diberi juga kuah kari dan kuah dal.
Walau bagaimanapun, (echey, ayat surat) jam 4 hingga 7, adalah happy hour. 1 jug air untuk 4 orang berharga RM3 sahaja. Pilihan air yang aku cuma ingat: Sirap dan sirap bandung.

aku suka membaca review review tempat makan ini...harus la aku pangkah this particular outlet from my eating outing list...hehehehe
ReplyDeleteKo boleh pangkah untuk roti nan dia. Menu lain, belum try lagi. Mungkin boleh tanya Fird, anak watan Bangi ;)
ReplyDeleteakmal: aku pun suke bce review tmpat mkn2 nie tp xde la sekerap ko mereview..
ReplyDeletekak yaya: amir ali tu 'mcm' ade gak kt sek 18 shah alam..
ameerali memang mengecewakan. dikatakan mahu mengimbau kehebatan lotus di bangsar ataupun pelita nasi kandar di klcc, tapi jauh panggang dari api.
ReplyDeletetempat makan sedap di bangi?tak banyak yang sedap. kebanyakkannya biasa2 saja. bila dah terlalu banyak, mutu diabaikan, macam makanan di pasar ramadhan.
apapun, kalau sarapan pagi, boleh cuba di restoren asam pedas depan pkns. beraneka, kuantiti yang limit tapi tiada kompromi pada rasa.
sekian, ini komen bukan entry blog
Adik Ryo: Mcm ada kat sek 18? Macam mane tu?
ReplyDeleteFird: Thanx
Mal: There u have it; review from Fird