Kekadang rasa rajin pergi kerja, terutama bila gaduh dengan Joe dan harus ada gangguan supaya tidak sedih-sedih atau emosi terganggu. heh. Biasalar suami isteri gaduh2 manja.
Pagi semalam menonton rancangan di TV2 jam 6 pagi (kalau tak silap lar)
Sebuah rancangan motivasi. Pakar motivasi tersebut berkata, wanita perlu ada kerjaya. Atau dengan kata lain, wanita perlu ada sumber wang sendiri.
Memang seronok ada sumber wang sendiri.
Contohnya bila pergi ke Sogo terlihat kain cadar Cannon yang cantik tetapi berharga panas, suami kata taknak belikan. Maka minggu depan pergi ke Sogo dengan Mama tanpa suami, beli dan bayar guna duit sendiri.
Lagi seronok bila melihat duit gaji masuk di hujung bulan.
Lepas tu boleh ada kad kredit sendiri dan bukan supplementary suami.
Ah bahagianya :)
Tapi bagi yang tidak bekerja, bukanlah bermakna anda tidak bergaya. Anda cuma perlu bijak menyimpan duit yang diberi suami. Anda perlu ada akaun sendiri yang tidak diketahui orang lain nilainya kecuali diri anda dan seorang dua yang anda paling percaya. Duit itu anda mungkin perlukan sekiranya berlaku kecemasan seperti ditinggal suami yang gilakan perempuan lain yang sedang berkursus di bawah jagaannya. Nauzubillahi minzalik..

salam kenal puan suraya.mengikuti blog ini secara senyap selama ni. Entri yang ini menarik perhatian saye untuk komen. sgt setuju dengan awak. terutama ayat yang last tu. Kene sentiasa beringat dari sekarang. kawan saya sendiri terkena sebijik mcm ayat last tu! Nauzubillah!
ReplyDeletei agree with u and I learn from the past. :)
ReplyDeleteAnna: Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini :) Itu pesan ibu saya. Bukan tak percaya dengan suami, tapi kita merancang, Allah menentukan. Perlu sentiasa sediakan payung sebelum hujan. Nauzubillah, moga2 tak terjadi kepada kita.
ReplyDeleteKak Min: :)