Tuesday, 13 April 2010

Berjalan kaki juga seperti membawa kereta

Anda sedang berjalan di pasar malam, tibe2 orang di depan anda berhenti mengejut, anda juga berhenti mengejut hampir2 melanggar dia. Rupa-rupanya orang tersebut tiba2 buat keputusan nak tengok menu di gerai makanan berhampiran. Dan berdiri statik di depan anda, enggan ke tepi. Anda pula yang terpaksa membelok untuk meneruskan perjalanan.

Geram tak bila berlaku begini?

Berjalan juga seperti membawa kereta, kalau tiba2 mahu tengok menu ke, betulkan tali kasut ke, anak anda tiba2 gatal kaki ke, sila ke tepi. Anda menghalang perjalanan. Sila bertolak ansur.

Tapi fikir2 balik, pemandu Malaysia nak belok pun tak bagi signal, inikan nak considerate bila berjalan.

Sekadar mengeluh di tengah hari.

Hari ini saya turun ke kafe E7 pada jam 1 setelah hampir 2 tahun tidak turun ke kafe itu pada jam 1. Punya la ramai manusia. Badan berbau nasi goreng. Rasa mahu pulang ke rumah dan tukar baju.. T___T

Selamat menjamu makan tengah hari semua!

4 comments:

  1. aku setuju! aku selalu rempuh je manusia tu kalo dh tak paham bhasa

    ReplyDelete
  2. baru baru ini aku bengang dengan seorang uncle di mekdi kajang...beratur dah skit punya lama...then bila sampai depan kaunter baru dia nak panggil anak bini dia decide nak order aper...tak boleh ka decide waktu tengah beratur sebentar tadi itu...arghhh...stress aku dengan orang-orang begini (reflek kembali one of your entry)...

    ReplyDelete
  3. Ina: Aku pun kekadang rempuh je. Orang tua tak lar..hehehehe

    Mal: Aku juga stress.. Memang diorang ni tak jenis tak considerate

    ReplyDelete
  4. Ina: Aku pun kekadang rempuh je. Orang tua tak lar..hehehehe

    Mal: Aku juga stress.. Memang diorang ni tak jenis tak considerate

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...