Bukan sahaja untuk orang tua yang rasa umurnya tidak panjang atau untuk orang kaya2. Kita yang masih muda (echeh) dan tidak berapa ada harta pun perlu ada wasiat.Dulu saya pernah buat surat wasiat. Diletakkan di bawah bantal.
Dilahirkan dalam keluarga yang ramai adik-beradik memberi saya peluang untuk buat hal sendiri dan dapat menonton televisyen dengan bahagianya tanpa halangan.
Setelah menonton satu rancangan ini, saya dan Sis Yanti pun teringin untuk membuat yang sama. Jadi kami buat surat wasiat kami sendiri hanya boleh dibaca bila kami tiada lagi di dunia ini. Chey, masa ini dah tau ajal itu tak mengenal usia.
Surat wasiat kami ringkas. Hanya 1 untuk keluarga kesayangan. Menceritakan perasaan kami dan barang2 kesayangan kami perlu disimpan dimana bila kami sudah tiada nanti. Dan surat wasiat ini kami renew setiap 1 bulan. Rajin bukan. Nampak sangat saya ini budak malas belajar, suka menonton televisyen dan berimaginasi sahaja.
Saya rasa, semua orang perlu ada surat wasiat. Dituju khas untuk orang2 yang bermakna dalam hidup kita. Seperti dalam cerita P.S. I Love U.
Saya sangat suka cerita itu. Yaya memang suka cerita2 romantik yang ada mati2, menonton sehingga menangis dan hidung tersumbat. Siapa berani sila lar nonton movie Korea Windstruck, Sad Movie atau A Moment to Remember.
Saya mahu kembali membuat surat wasiat saya. Yang mana saya rasa ia juga membuat saya ingat bahawa ajal itu boleh datang bila2 masa. Maka saya perlu menghargai masa yang ada dan dipenuhi dengan perkara yang bermakna dan bekalan akhirat.
Dimulai dengan,
"Dear Abg Pjg, .....
Picture taken from this page.

abang panjang? errr..HAHA
ReplyDeleteso cute. nak buat jugaklah. dulu nak buat time capsul dengan skandal geli2. masok dalam lubang kemudian kambus. tapi tak kesampaian. HAHA. mahu buat bersama tunanglah .
yang last tu kelakar ok......ko nak ke dia baca wasiat ko ketawa2..hehehhee
ReplyDeleteNawal: Detik2 sebelum kahwin pun leh buat time kapsul. Akak nyesal tak buat ;)
ReplyDeleteHanie: Dia perlu ketawa setelah pemergian aku. Echeh.. Wes, blog ko hidup ke idak. Ade title je ;)
aku sukaaaaa tengok movies yang sebutkan di atas itu...
ReplyDeleteMal: Those are my favourite movies :)
ReplyDelete