Ini dari kaca mata saya, kenapa pasangan yang sudah berkahwin perlu ada anak cepat. Sebab2 sampingan saja.. Kebaikan kepada isteri :)
Bila dah berkahwin, kita akan ada keluarga baru. Keluarga yang kita kurang biasa. Bagi yang susah hendak ramah bila berjumpa saudara mara suami hanya beberapa kali setahun, kadang2 memang kebuntuan nak cerita apa.
Jadi, pada masa inilah kita perlukan sesuatu subjek untuk bercerita atau sebagai distraction.
Mangsanya ialah anak.
Selalunya saya tengok, lagi ramai anak, lagi banyak topik boleh cerita.
Anak saya suka itu.... anak saya suka ini ......
Saya beli baju anak di sini, anak saya minum susu itu sebab.....
Semalam dia lompat katil, jatuh, dah bawa pergi jumpa doktor, doktor cakap ini.....
Tengok? Betul tak?
Lagi best, bile ade kenduri ke bagai, ada anak kecil, kita akan dikecualikan untuk membuat persiapan kerana perlu jaga anak. Wahh, heaven :) (Tengok ini adalah contoh isteri yang dibesarkan dengan perkataan catering selepas perkataan kenduri)
Bila anak sudah dewasa, kita juga dah jadi lebih matang dan kemakcik2an. Tak perlu lagi anak sebagai topik cerita. Masa ini, akan keluar lah soalan seperti seperti Haritu SPM, anak awak dapat berapa A?
Pffffttt

Setuju sangat-sangat :D
ReplyDeleteaku agak sensitif baca entri ini.
ReplyDeleteAnif: Dari kaca mata saya saja :)
ReplyDeleteHadi: Nape sensitif? >_<
uhuk! lagi haru kalo org yang dah kaawin setahun tp belum ada anak pastu sibuk2 je makcik2 ni tanya itu ini. dudlu time belum kawin tanya apesal tak kawin lg. aiyaaaa...esok2 dah ada anak tanya anak berapa pulak. eiii...cliche tauuuu :P
ReplyDeleteNiha: Mengambil berat dengan kata sopan nye. Kate tak sopannya, suka menyibuk >_<
ReplyDeleteaku masih menanti bila masa aku dibenarkan untuk ada anak...sedih sekejap...
ReplyDeleteyaya : aku hangin bila orang duk sibuk tanya wang hantaran aku berapa. kalau nak tolong bagi takpe jugak. ni busy nak tanya (aku tak kisah kalau family or kawan2, ni ntah sape2 je tanya. argh)
ReplyDeletesiap boleh mention, anak dia dulu belas2 ribu. gasakla kan? kena tengokla kemampuan sesetengah orang. ces betul.
akmal : alaa...ko boleh jd godfather anak aku nnt. TAPI! jangan ajar anak aku pelik2 okayyyyy~!!! :P
ReplyDeleteBiasala tu, perempuan dan lelaki, kalau dah ada anak, akan tidak sengaja bercerita.
ReplyDeletecuba balik kampung, mesti la cita si orang ni dan orang itu dikeluarkan. modal bercerita jer.
Apa-apa pun, banyak banyak bersabar. Tuhan Maha Mengetahui
Niha: Takyah cakap. Orang zaman sekarang suke betul tanye hantaran2 ni. Macam satu ukuran pulak sekarang, lagi tinggi lagi top la konon. Pffftt..
ReplyDeleteMal: Ko muda lagi. Si Kurus umo 31 belum nampak bayang lagi jadi bapa T____T
Kak Min: Thanx :)
ReplyDeleteYg pentingnye sabar...ade rezeki nt ade la...
ReplyDeleteyaya, makan alpha lipid.
ReplyDeletep/s: nihantaran berapa?huhu.
Abg kurus: Baik..
ReplyDeleteAnon: Alpha Lipid bagus untuk bagi conceive ker?