Monday, 14 March 2011

Dugaan

(Oh, lebih kerap blog diupdate. Apa lagi, schedule entry la. Type banyak2, lepas tu schedulekan. hehehe)

Sesungguhnya, bila kita didatangani masalah, selepas meluahkan kepada suami, mesti hendak juga meluahkan kepada mama. Kalau tak, pusingan itu seolah-olah seperti tidak lengkap. Kata2 semangat dari seorang ibu itu juga yang hendak didengari.

Pagi ini, bila masuk ke pejabat, hati terasa lebih tenang. Meluahkan ketidakpuasan hati kepada "orang itu" juga dalam keadaan tenang dan tidak emosi.

Mama kata, doa itu pendinding dan kekuatan kita. Dengan berdoa, percayalah yang Allah akan melindungi kita, InshaAllah.

Dan kata2 Sis Yanti juga memberi kesedaran kepada saya. Bila kita didatangi dugaan, kadang-kala itu adalah balasan Allah kepada dosa2 kita. Adakah kita telah menyakiti hati suami, hati ibubapa, hati orang lain atau yang lebih penting, adakah kita telah mengingkari perintah Allah.

Kesusahan itu membuat kita menjadi lebih tabah dan lebih kuat. Sekarang saya rasa susah dengan keadaan di pejabat, tetapi hikmah di sebaliknya semua kejadian itu, saya belajar untuk menghadapinya lebih awal dalam kerjaya saya dan menganggap ini adalah pengalaman yang berharga.

Menanggung kerja yang tidak tertanggung pula; Hikmahnya, menanggung kerja setelah untuk kali ke4 ini memberi saya ilmu yang lebih berbanding rakan2 seangkatan yang lain.

Ketiadaan bos secara langsung telah memaksa memberanikan diri dengan kerap kali berjumpa dengan pengurusan tertinggi untuk berbincang dan mendapatkan nasihat, seterusnya, saya belajar sedikit sebanyak rentak dan pemikiran mereka.

Akhir sekali, tetapkan dalam hati, bekerja ini ibadat kerana Allah dan seperti ibadat2 yang lain, buatlah yang terbaik untuk mendapat keberkatan dari Allah. Hati pasti akan lebih tenang. In shaa Allah.

Terima kasih yang tak terhingga buat suami yang sentiasa memahami mood swing saya dan tidak putus asa memujuk memberi semangat.

6 comments:

  1. suruh wan bawak kau pi event di bawah (yakni entry sebelum ini) untuk memujuk kau. sure happy ah! hahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Nanti dia bawak je, dah sampai kaunter bayar, keluar credit card sendiri.. hehehehehe

    ReplyDelete
  3. pusingan luahan perasaan kita same la yaya ;) wajib pas luahkan kat suami terchenta mesti kene luahkan kat mak tersayang plak..baru lega ;)

    ReplyDelete
  4. mood swing itu sangat tak best kan? masih dapat bertahan lagi!

    ReplyDelete
  5. yaya.. harap bersabar... jgn stress sgt2... kang tak baik utk kesihatan

    ReplyDelete
  6. Niza: Kan... Dapat nasihat dan kata2 dorongan, baru rasa lega sikit.

    Kak Min: Sangat tak best.. :(

    Ina: Thanx. You too beb :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...