Saya suke online shopping. Dan bahagianya melihat baju2 cantik, baju pre-loved, new, used. Kalau ada masa senggang, saya guna untuk window shopping secara online.
Window shopping secara online ni sangat sesuai untuk orang malas seperti saya yang tiada masa, (chey, konon) untuk berjalan2 di pusat beli-belah mencari baju seperti orang bujang. Cuma perlu computer, internet connection, meja dan kerusi empuk serta duit dalam CIMBCLicks atau Maybank2u.
Rasenye sudah beribu website saya masuk. Dan kadang-kala website tersebut sangat mengecewakan.
Bagi saya, website menjual2 baju ni perlu ambil berat perkara di bawah supaya memudahkan orang2 seperti saya:
1. Labels. Mesti kategorikan produk2 tersebut mengikut groups. eg: Dress, tops, skirts, pants, long pants, short skirts etc, etc.
2. 1 entry, jangan campur adukkan pelbagai kategori baju kerana nanti perlu letak pelbagai labels.
3. Jangan letak 1 produk dengan banyak labels. Jika produk itu dress, letak dress, jangan ditambah "skirt", "tops", walaupun sekarang ini ramai yang menggunakan dress sebagai "tops".
4. Jangan letak terlalu banyak penambahan2 yang tidak bersesuaian di page anda, kerana akan menyebabkan page tersebut lambat loading, lalu mengurangkan minat mereka yang datang menjengah kerana perlu tunggu lama.
5. Jangan letak entry yang terlalu sedikit. Kami malas asyik2 nak kene click "Older posts".
6. MESTI letak ukuran baju. Saiz bukan sahaja dari segi M, L, XL atau UK6, UK8, tapi ukuran pada bahu, dada, pinggang, hips, panjang baju, panjang kain/seluar, panjang lengan serta ukur lilit pada ketiak.
7. Tak semua orang ada Maybank2u, dan tak semua ada CIMBClicks, jadi haruslah ada dua2 sebab due2 ni paling glamer dalam online banking.
8. Perlu letak kategori fesyen pakaian, eg: vintage, modern, untuk ke kelab, muslimah etc, etc.
9. Saya suka tengok baju itu diperagakan pada orang sebenar daripada pada patung. Tapi yang setakat gantung pada penyangkut baju atau flat di atas lantai, sungguh tak berapa best.
10. MESTI letak jenis kain, eg: cotton, polyester.
11. Perlu buat research harga di pasaran online. Dulu, saya rasa jualan baju online ni mahal la jugak, tapi sekarang bila ramai yang menceburinya, harga pun makin turun. Tapi masih ada yang kekal dengan harga mahal tanpa mengetahui orang lain menjual baju yang sama dengan harga lebih murah.
Sekian dulu buat masa ini, ada idea baru, saya sambung di rumah. Nak balik tengok AdaMaya..heeee
*
*
*
*
Ok, saya sangat suke design baju pada
page ini. Geramnye. Kat mane boleh dicari tops and skirt2 macam dalam page ini dengan harga yang murah? Sila bagitau saya cepat demi keharmonian rumah tangga saya. (Ape kaitan??)