Friday, 9 April 2010

koo chak!

Sedih2 pun tak guna. Bak kata arwah Din Beramboi, sedih atau menangis tu takkan mengubah apa2 tapi hanya akan membuat orang di sekeliling kita rasa tak best.

Perkara dah lepas, tak boleh nak ubah. Kalau kamu tak suka saya, pindahkanlah saya. Saya juga sudah muak berada di situ. Kerusi saya tu, kalau boleh bercakap, mesti dia cakap, asyik2 b*nt*t pempuan ni, saya mahu b*nt*t pempuan lain pula. heh

******

Ada orang pernah komen, saya ni tak ramah dengan budak. Bukan budak besar, budak bayi-bayian. Ada ke perkataan itu?

Mereka kata, mesti saya tak biasa dengan bayi2. Sebab saya tak pernah dukung anak staf2 di pejabat. Cukup sekadar cubit pipi bayi tersebut dan blah begitu sahaja.

Dulu masa di sekolah, bila cikgu2 membawa anak semasa sukan sekolah atau hari kantin, semua gadis sibuk mendukung anak2 cikgu menunjukkan sifat keibuan yang tiada ternilai.

Asli ke berlakon saya tak tahu. Saya tak berminat. Saya lebih berminat melihat lelaki kesukaan saya beraksi di padang.

Bila di komen begitu, saya cuma bagi senyuman yang paling manis.

Huh, bayi..

Masa saya berumur 7 tahun, seorang bayi lelaki telah muncul dalam hidup saya. Masa tu saya agak bengang dengan kehadirannya kerana dia, ibu tidak dapat hantar saya ke sekolah pada hari pertama saya masuk darjah 1, kerana ibu sedang sarat. Gedik pula menggunakan perkataan ibu.

Pada waktu rehat, ibu bapa bertenggek menyuap makanan kepada anak2 darjah 1 di kantin, sedangkan saya rehat bersendirian makan roti telur penuh bawang besar dengan sos tomato sebab orang taknak kawan dengan saya kerana muka saya tak sama dengan mereka. huhuhu.

Tetapi, lama-kelamaan, saya jatuh cinta pada bayi itu. Saya la peneman ibu menjaga bayi itu waktu malam, menukar lampin, (zaman itu kami pakai lampin kain), bagi minum susu. Bila mandi, saya akan siapkan bajunya, lampinnya.

Bila bayi makin besar, masa ibu bapa perlu keluar tanpa budak itu, saya lah yang menjaganya. Bila dah masuk sekolah, sayalah yang teman dia pergi sekolah. Nasiblar tidak berlaku kejadian dia berak dalam seluar.

Kemudian, bila saya besar sikit, dapat pula anak buah. Dengan pengalaman menjaga bayi yang mantap dulu, menjaga anak buah adalah kacang butir.

Siapa kata saya tak biasa dengan bayi?

Saya cuma tak nak beramah2 dengan bayi orang lain. Tapi kalau bayi itu anak2 buah saya yang ada kaitan dengan saya, saya akan menunjukkan sifat keibuan yang tidak ternilai..

Dan bila anak itu anak sendiri, apetah lagi kan?

Hannah, Hariz dan Shaqil


Joe dengan Baby Hanie

7 comments:

  1. same here. tak reti ok kalao anak2 orang lain. macam..err..takpala lain kali haha.

    tapi kalao sedara2 sendiri ke anak buah ke takpala kan. alah. pedulikan mereka.

    ReplyDelete
  2. aku juga waktu kecik takder orang nak kawan sebab aku rupa tak macam diorang...sedih...aku juga nak baby sendiri...huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Nawal: Kadang2 rasa macam fake kan tengok orang yang terlebih2 koo chak dengan anak orang lain.. Nape yaya sangat sour these few days >_<

    Mal: Hehehe, aku siap budak ni daring giler tanya aku masa tu, "Awak ni cina ke, tapi kenapa nama awak Suraya. Betul ke awak bukan cina" Siut je..hehehehe

    ReplyDelete
  4. yes fake ok~! alaa!! comelnya diiiaa! padahal bila tengok tak comel mana. takleh tengok baby tak comel kemudian dikata comel HAHAHAHA.

    alamak rindu anak buah la plak. hihi nak p jumpelah!

    ReplyDelete
  5. kartiniyusof7:59 pm

    samela Ya..aku pon xberminat nk dukung2 baby org nie. Pehtu nk cak2 plak..setakat tgk, senyum jela..Bkn ape, takot bile aku dukung kang tetibe trjatuh ke, trkepit ke..dh xpasal2..


    kalo anak buah sdri......ganyang2 pon no hal kan??

    ReplyDelete
  6. marmalade10:37 am

    er, aku ok je ngan budak-budak. kekadang bebudak tuh yang datang kat aku, bukan aku yang datang kat diaorang. apakah aku comel di mata mereka? hahahahaha. tapi bab-bab bawak bebudak datang ofis nih, susah sikit aku nak melayan sebab nama pun ofis. kena ah kerja. asal diaorang tak kacau or buat bising, aku ok je.

    ReplyDelete
  7. Nawal: Comel itu sunjektif.. hehehehehe.. Tapi kadang2 memang nampak fake, lagi sifat2 keibuan yang melampau di hadapan sekumpulan lelaki yang kacak..hahahaha

    Tini: Ko memang ganas :p Nanti aku ganyang2 anak ko leh ;) hehehehe

    Mala: Budak2 tu tengok ko senyum terus dia rasa ko comel ;) ihik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...