Siapa tengok cerita Hani, TV3, hari Selasa, jam 9 malam?
Oleh kerana di rumah tiada assteruk, cerita2 melayu la yang menjadi santapan. Setelah episod yang keberapa entah minggu lepas, saya dapati drama ini terlalu mirip dengan drama Jepun kegemaran saya,
1 Litre of Tears. Cerita yang sangat sedih, lagu yang sangat best dan hero, kurus kekek seperti yang saya suka sampai kahwin pun dengan orang kurus juga. hee
Persamaan 1.
1 Litre of Tears: Bapa Aya ada kedai jual tofu.
Hani: Bapa Hani ada kedai dobi.
Persamaan 2.
1 Litre of Tears: Ibu Aya kerja di sektor kesihatan.
Hani: Ibu Hani merupakan seorang jururawat.
Persamaan 3.
1 Litre of Tears: Aya ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
Hani: Hani pun sama.
Persamaan 4.
1 Litre of Tears: Aya main bola keranjang di sekolah.
Hani: Hani main bola jaring.
Persamaan 5.
1 Litre of Tears: Haruto (watak hero) ialah lelaki muram yang punya seorang ayah doktor dan marah pada ayahnya kerana tidak menyelamatkan abangnya yang telah meninggal dunia.
Hani: Watak Irfan pun sama, sebijik..
Persamaan 6.
1 Litre of Tears: Aya sakit
Spinocerebellar Degeneration Disease. Incurable.
Hani: Hani sakit barah otak. (Biasala cerita Melayu, barah otak ialah penyakit paling femes).
Persamaan 7.
1 Litre of Tears: Aya tak boleh masuk sekolah biasa lagi sebab dia tak boleh berjalan, jadi masuk sekolah khas.
Hani: Hani jadi buta selepas pembedahan, masuk sekolah untuk orang buta..
Bila baca sipnosis episod seterusnya, setakat ni jer lah yang sama. Takkan nak tiru sampai habis kan. Tu namanya ciplak tak de idea sendiri.

Picture credit to Google.