Semasa di zaman universiti, di kala semuorang masyuk bercintan dan membelanje awek or balak dengan duit PTPTN or scholarship, saya berada di bilik, sama ada tidur, bace novel Inggeris yang dipinjam di NovelCity Kotaraya atau library Uni (yang kesuntukan novel Inggeris yang best) atau menonton tv kecil 5" warna hitam putih. Papa hadiahkan tv kecil tu buat harijadi saya yang ke 19 supaya saya menonton berita, akibatnya, menonton berita 10%, menonton drama siam, drama Cina, drama Inggeris, drama Melayu 90%. (TV hitam putih 5" pun jadi)
Saya tak punya balak mase Uni. Tak berkeinginan atau menginginkan saya. Hahahaha, statement kedua begitu depressing bila dibaca 2 kali. Bagi saya, (ini pendapat peribadi) lelaki2 di uni saya zaman itu sungguh tidak "cool" di pandangan mata saya, heh. Paling ngetop keseluruhan, mestilah budak perubatan. Bagi saya, nasib jumpe mereka masa pesta konvo saje sebab mereka di kampus lain, itupun sudah tidak tahan dengan sesetengah mereka yang memandang pelajar jurusan lain dengan sebelah mata sahaja (tidak semua, hanya segelintir). Ye, kami akui, anda pelajar pandai.
Maka, di kampus saya, yang paling ngetop adalah budak jurusan Kejut (Kejuruteraan). Masa tu siapa yang ade balak budak Kejut, popular habis. Lebih kurang dapat balak macam Ali dalam cerita Ali Setan :) Budak Kejut kalau dicalonkan untuk Exco JAKSA, memang ramai je mengundi. Walau tidak pandai dan dapat pointer 2.0 pun, bila nama budak Kejut, macam glamer gitu.. Yang tak hensem pun perasan hensem.. Bosan........
Second top bagi wanita bertudung litup or tudung labuh ialah pelajar lelaki FPI (Fakulti Pengajian Islam). Wah, mereka ni memang hebat memberi ucapan dan membaca al-Quran. Sampai penulis ini pun pernah keluar malam membonceng motor member nak dengar ceramah yang disampaikan mereka. Dengar ceramah ye. Dan zaman saya, ade beberapa pelajar wanita yang sudi menjadi isteri kedua kepada pensyarah FPI. (bukan sahaja pelajar, lecturer pun ngetop).
Budak ROTU kurang dapat sambutan sebab mereka gelap. no offense :D
Saya Fakulti Sains dan Teknologi. Malang sekali jurusan saya, Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Sains Makanan dan Pemakanan atau Pengurusan, hanya ada 3 orang pelajar lelaki Melayu. Seorang tu sangat2 metro seksual. Sanggup beli selipar jepun Gue*s? berharga RM80 demi jenama dan memang selambe selalu tegur saya dressing tak mengikut peredaran zaman, seorang budak Tabligh, memang saya tak berani pandang muka dia bila bercakap, seorang lagi normal tapi die dengan dunia die je.
Jurusan saya hanya 20% Melayu, 80% chinese. Mereka kate, jurusan saya jurusan boleh buat duit dan mase itu, hanya UKM, UPM, USM dan UiTM sahaja ada jurusan ni, Jadi prospek kerje sangat tinggi memandangkan kilang makanan yang banyak di Malaysia dan kami boleh jadi pegawai teknologi makanan or nutritionist.
Berbalik kepada cerita asal, pelajar2 lelaki yang bermotivasi tinggi yang nerd tapi tak berapa nerd tapi pandai memang 1 dalam 1000 zaman tu. Lelaki yang suka buat lawak pastu gelak besar ramai2 bila ade sekumpulan awek berhampiran adalah golongan majoriti. Golongan gila kuasa or kuat berpolitik, tiap tahun nak bertanding jadi MPP, 1 dalam 500. Golongan setakat pergi Uni sebab dapat PTPTN, mewah semasa dapat duit pinjaman sampai dapat belanje awek sakan punye tapi bile dah penghujung semester nak exam, makan telur dengan nasi + kicap adalah 1 dalam 10 orang.
Itu penilaian saya semasa di Uni saya dan zaman saya. Di Uni lain mungkin berbeza sebab masa saya dan coursemates ke UiTM Shah Alam untuk buat penilaian alam sekitar, terkejut jugalah tengok pelajar2 memandu BMW, Honda Civic, Vitara etc.. Giler ah. Kat uni kami, paling hebat pun keta Atos. Dibenarkan untuk gelak.
Oleh itu, saya nasihat kat adik saya, tak perlu lah ade awek lagi. Sebab kebanyakan (bukan semua) awek2 uni sekarang agak meterialistik. Mahu ade balak supaya balak belanje itu ini. Kalau setakat belanje brand Scar*et ok lagi, (kategori masih mampu, bukan kata lowclass) ni kan jalan2 kat Midvalley, dipimpin masuk kedai Z*ra. Takkan nak awek orang kaya, pastu awek pulak belanje sume ala2 gigolo gitu, ish malu la lelaki begini...
Bagi yang perempuan pula, lelaki yang masuk Uni ni, belum tentu bila mereka keluar mereka ade kerje. Kat Uni memang la ngetop, EXCO itu bagai, popular habis lah, kadang2 tu tengok2, extend sem, tak pun tetibe GB (Gagal Berhenti). Terlampau aktif sangat aktiviti Uni sebab nak duduk Kolej dalam, akhirnya keluar Uni terus. Tapi yang mane ade potensi berjaya tu, berbuat2 baiklah, uhuk, uhuk, kenal hati budi. Janganlah nak bercinta sakan sampai serah segalanya... Nauzubillah...